°∘∘38∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Let me help you, sayang." Khalaf meletakkan kembali lipatan baju isterinya ditepi. Lelaki itu mengangkat perlahan tubuh lemah Aisy sehingga selesai dia turun dari katil.

Baju Aisy diambil serentak pinggang isterinya itu ditarik lembut. Perlahan Khalaf membawa gadis itu ke arah bilik mandi yang sedia ada dalam wad tersebut.

"Angkat beg Tuan Muda jap Aaren

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Angkat beg Tuan Muda jap Aaren. Aku nak jumpa Cik Della--" Keluar saja dari perut kereta bahagian memandu, terus Qayyum mencari kelibat Aaren.

"Dah kenapa pulak? Suka hati kau je tinggalkan barang Tuan Muda dalam kereta." Aaren yang duduk tadi terus bangun memaparkan riak wajah hairan.

"Memekak betul la. Tuan Muda Khalaf yang suruh kau bawa naik atas. Aku ada kerja belum habis ni."

"Shuh-- shuhh--" Qayyum meneruskan langkah kedalam rumah agam Tengku Rossa.

Sehingga hilang bayang sahabatnya itu direnung, tanpa sedar Khalaf sudahpun berada membelakangi pandangannya.

"Oh mak--" Apabila Aaren mengalihkan kembali pandangan kehadapan, terkejut dia secara tiba-tiba melihat Tuan Mudanya itu muncul. Pandangannya turut beralih ke arah Aisy yang dicempung oleh lelaki itu.

"Tu-Tuan Muda Khalaf--"

"Teruk juga mata kau lebam Aaren." Khalaf memerhati bahagian mata kiri Aaren yang ditumbuknya beberapa hari lepas.

"T-Tak adalah. Aku okey." Aaren tersenyum kelat. Serba salah kerana kecuaiannya, Aisy diculik.

"Suruh abang kau tu tengokkan mata kau--"

"Evren yang buat mata aku lebam lagi teruk, Tuan Muda." Aaren menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Memang Evren turut ada bagi penumbuk padanya kelmarin.

"Padan muka kau." Khalaf kembali mengatur langkah. Dibawanya Aisy yang lena itu dengan penuh berhati-hati mendekati ke arah pintu utama.

Melihat Tuan Mudanya itu selesai melangkah masuk kedalam, Aaren kembali menyambung tugas. Di dalam hati dia sekarang menyumpah seranah abang bertuahnya si Evren.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kau dah makan belum Harizz?" Khalaf mengusap kepala budak lelaki itu. Dari tadi dia menemani Harizz menonton rancangan TV di ruang tamu.

"Belum--" Harizz menggeleng kepala laju. Anak mata masih ralit memberi tumpuan pada TV.

"Mama tak ajak kau makan ke?" Berkerut dahi Khalaf mendengar jawapan Harizz. Jam tangannya dipandang sekilas. 5 petang. Busy betul orang yang dalam rumah ni, sampai budak kecik ni pun tak makan lagi?

"Rizz nak Kak Aisy suap, taknak mama." Harizz meletakkan kepala ke atas peha Khalaf. Bukan main selesa baring atas peha abangnya seorang itu.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now