°∘∘37∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Aisy nak suap sendiri boleh Farrel?"

Permintaan Aisy dibiar berlalu. Mulutnya ralit meniup sesudu bubur yang masih panas. Usai itu, terus Khalaf menyuap isterinya dengan penuh teliti.

"Betul nak suap sendiri?" Melihat mulut Aisy yang ralit mengunyah itu membuatkan Khalaf tersenyum.

"Betul." Salah satu sebab mengapa Aisy meminta agar tidak disuap kerana perutnya sangat lapar pada waktu itu. Dia lebih selesa jika makan sendiri.

"Behave." Bekas bubur tersebut dihulur buat isterinya.

"Mama tolong tengokkan Aisy. Farrel nak jumpa Qayyum dekat luar."

"Okey.." Tengku Rossa bersedia menjaga menantunya. Dia tahu yang Khalaf masih ada beberapa perkara yang nak diselesaikan.

• ────── ✾ ────── •

"You're doing good, Qay--"

"Tak semua aku buat sendiri. Ada yang Cik Della tolong sekali." Qayyum bertutur tenang. Wajah fokus Khalaf yang sedang membaca segala maklumat pada iPad itu direnung lama.

"Sejak bila kau bekerjasama dengan dia ni?" Tegas Khalaf menyoal. Anak matanya masih teliti membaca.

"Tuan Muda janganlah perli aku. Cik Della yang memang nak tolong hack balik semua data The Locos tu." Perlahan saja nada suara Qayyum menjawab. Takut pula tersalah keluar ayat kang. Bukannya boleh buat main.

"Okay then.." Khalaf memulangkan kembali iPad yang dipegangnya itu pada Qayyum.

"Takda apa-apa dah Tuan Muda Khalaf?"

Khalaf menggelengkan kepalanya perlahan. Mengizinkan anak buahnya seorang itu kembali menyambung tugas.

"Aku minta diri dulu." Sempat Qayyum menundukkan sikit wajahnya sebelum dia melangkah menjauhi Khalaf.

" Sempat Qayyum menundukkan sikit wajahnya sebelum dia melangkah menjauhi Khalaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Farrel."

"Bila Aisy boleh balik nii--" Setelah dua hari Aisy terperap dalam wad itu, dia mula terasa bosan. Lama dia merenung ke arah Khalaf. Lelaki itu tampak sangat berhati-hati mengurut lengannya yang lebam akibat diikat kelmarin.

"Esok, Irene kata."

"Farrel rapat dengan Irene ke?"

Segera Khalaf mengalihkan pandangan ke wajah isterinya. Lain dijawabnya, lain pula soalan yang dapat.

"Mengarut, sayang." Minyak panas dituang sekali lagi bagi meneruskan urutan pada lengan Aisy.

"Betul ni? Macam tak je--" Aisy memaparkan riak wajah yang tidak berpuas hati.

"Aku punya sayang dengan kau sampai tak tidur malam sebab jaga kau, Aisy." Terselit nada tegas Khalaf menjawab. Emosi orang mengandung ni pelik betul. Dahlah cengeng, salah jawab karang nangis pulakan.

Bebelan Khalaf membuatkan Aisy menghamburkan ketawa kecil. Wajah beku suaminya itu direnung penuh sayang.

"Gelak la kau. Suami sendiri dah buat dia mengandung pun cakap nak perempuan lain." Lelaki itu mengomel sambil menghabiskan urutan sebelum dia menutup kembali bekas minyak panas itu.

"Farrel ni!" Ketawa Aisy serta merta berhenti apabila Khalaf melepaskan apa saja ayat bagi mengusiknya.

Dengan perlahan Khalaf naik ke atas katil wad itu lalu terus berbaring disebelah isterinya. Selimut ditarik sehingga melapik paras dada Aisy.

Walaupun Aisy mengeraskan badan, dia tetap berlembut menarik tubuh kecil gadis itu kedalam pelukannya.

"I'm sorry, aku tak sengaja." Tepi kepala Aisy dikucup beberapa kali.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now