• 10 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Sofabed dituju Haura.

"Hm. Abang Eed nak cerita apa tadi? Best tak? Kalau tak best ByCha tak mau lah dengar." kata Haura yang baru sahaja duduk di atas sofa.

Disebelah kirinya Raeed disebelah kanannya pula Raees. Dia di tengah-tengah.

"Goodgirl. Macam ni lah princess Raees." pipi Haura dicubit kuat. Haura cepat menepis tangan Raees lalu mengusap-usap pipinya yang sudah memerah.

Hish suka betul buat pipi orang memerah. Bukan merah blushing. Ini merah sakit!

"Eee copat la cerito, eden udoh ponat ni haa, tok sabo nok tidoq." pelbagai jenis loghat yang disebut Haura. Sukahati dia je mahu mencampur-campurkan segala loghat.

Raeed tersenyum lucu. Dah tak reti nak guna loghat negeri lain tu, tak usahlah di guna. Ini nak juga guna. Kan dah bercampur-baur jadinya. Tak pasal-pasal kena sound dengan owner negeri.

"Macam ni.. abang-"

"Huarhh, mengantuk la abang.. " Haura mengambil bantal di tepi Raees lalu menyembankan wajahnya disitu.

"Abang ada minat seorang lelaki ni."

Ok biar Haura proses sekejap..

Abang. Minat. Lelaki?

"W-WHAT?!" terbeliak mata cantik Haura. Serta merta tubuh layunya menjadi segar. Kantuknya yang ditahan daripada tadi juga hilang. Segala bayangan katil dan bantal empuk yang ada di dalam fikirannya juga serta merta lenyap apabila mendengar kenyataan daripada Raeed.

"Abang Eed, minat l-le-lelaki?!" kuat tak kuat suaranya, bingit juga telinga kedua-dua manusia yang berada disebelahnya itu.

Raeed mendengus tak puas hati. "ByCha ni kalau boleh fikiran tu jauh lah lagi, abang ni straight ye! No belok-belok."

"Huhh.. tekejod kita. Ingatkan abang ga- tadi. Hahahah!"

"Mengarut." jelas jijik wajah Raeed.

Raees yang duduk disebelah pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajah Raeed.

Obvious nau kejijikan dia.

"Okay.. Okay. So kenapa abang minat that guy? And for what abang nak minat lelaki tu?"

"Abang mahu dia yang jaga Raeesha nanti. Jadi peneman yang halal hingga ke hari tua buat Raeesha." mendatar sahaja suara Raeed.

Terjatuh rahangnya. Terkedu. Nasib tidak bertaut sahaja kening Haura. Tidak sangka itu adalah perkara yang baru sahaja diujar abangnya.

Sebelum ini, jika ada mana-mana lelaki yang mahukan dirinya, pantas sahaja kedua-dua abangnya ini menolak dan bukan main melarang sekeras-kerasnya.

Tapi kini..

Huh.. bukan itu sahaja yang buat dia terkedu. Apa yang buat dia lebih tersentak adalah..

Apa benda dua orang ni dah buat? Cari calon suami untuk dia kah? Sedang membuka kaunter calon suami untuk dia kah?

Ataupun wajah dia ini ada tertampal memerlukan pasangan secepat mungkin yang orang lain sahaja yang nampak, dan dia tidak dapat melihatnya?

Haih apa benda ni. Serabut lah. Tidak pernah terfikir dek akalnya untuk bercinta mahupun berhubungan dengan lelaki.

Dia tak memerlukan semua ini lagi. Masih terlalu awal. Apa yang dikejarkan sangat?

Belum sempat Haura membuka mulut, Raees menyambung.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now