Bab 21

92 2 1
                                    


Majlis dikebumikan pada pagi jumaat, Hari yang mulia.

Semua orang sudah beransur balik setelah selesai majlis pengebumian.

"sayang, jom balik. Nak hujan dah ni" kata Ray lembut. Tangannya sedang mendukung tubuh kecil Kasih Airana. Tidak dapat dinafikan gadis kecil itu sangat kuat. Tiada setitis pon air mata yang jatuh dari tubir mata namun wajah itu jelas kelihatan sangat sedih.

Lambat-lambat Miqayla bangun dari duduknya.

"semoga abang ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Saya sayang abang" kata Miqayla perlahan dan mencium batu nisan itu.

Dia mengekor Ray sambil matanya tidak lepas dari melihat rumah baru bekas suaminya.
Walaupun hanya ditimbun dengan tanah namun ia masih kelihatan indah.

"kita pergi makan dulu? dari pagi lagi sayang tak makan"

Miqayla tidak menggeleng dan tidak juga mengangguk. Hanya diam.

"Ana nak makan?"

"Ana dah makan tadi uncle"

"Mulai sekarang Ana jangan panggil uncle, panggil papa"

"haa pa..papa?"

"iye papa. Sekarang kita pergi makan makan. Tadi pon papa tengok Ana makan sikit"

Kasih Airana mengangguk. Sekarang baru dia faham kenapa abinya pernah bercakap bahawa dia akan mendapat papa baharu. Banyak perkara yang dipesan oleh abinya sebelum ini. Dia tidak menangis sekarang pon disebabkan oleh pesan abinya juga.

Abinya kata jika nak tengok abi happy jangan menangis bila abi dah takda di sisi Ana.

<><><><><><>

"sayang nak makan apa?" tanya Ray. Dia dan Airana sudah selesai membuat pesanan kepada pelayan itu.

"haa? er" dia bagai baru tersedar.

"saya nak nasi goreng kampung"

"air?"

"sirap"

Pelayan itu mengangguk dan berlalu.

"lepasni kita pergi rumah Zakuan. Ambil baju Ana"

"haa? awak izinkan saya tinggal dengan Ana?" mata Miqayla kembali bersinar.

"mestilah. Kan Ana?"

"hm betul. Papa kata kita boleh tinggal sama-sama"

"Pa..papa?"

"Yup. Saya suruh Ana panggil saya papa. Tak bestlah panggil uncle"

Airana senyum menampakkan giginya sambil menunjuk👍 dengan jari kecilnya.

Dalam diam Miqayla tersenyum. Dia bersyukur suaminya ini mampu untuk menerima Kasih Airana.

Kasih Airana Where stories live. Discover now