Bab 11

56 3 1
                                    

Hari bertambah hari ingatan Miqayla kian kembali. Namun hal ini tidak diberitahu oleh suaminya mahupun ibunya sendiri. Hanya dia sahaja yang tahu perkembangan itu walaupun prosesnya lambat.

Pada mulanya dia agak pelik kenapa ibunya tidak memberi dia ubat sedangkan kesakitan yang dialaminya itu memerlukan dia untuk mengambil ubat secara konsisten bagi mendapatkan kembali pulih sepenuhnya.

"sayang" ucap Ray Iskandar. Dia baru pulang dari tempat kerja.

Mereka berdua sudah mula tinggal di rumah Ray Iskandar. Rumah itu agak jauh dari kawasan kejiranan. Hanya ada sebuah rumah banglo elit sahaja di situ dan rumah itu adalah milik Ray Iskandar.

"eh awak. Maaf saya tak perasan awak dah balik" balas Miqayla lembut. Tangan suaminya dikucup lembut.

"takpe, ni kenapa tak tidur lagi?"

"em saya tunggu awaklah. Awak dah makan?"

"hm belum" Ray cebikkan bibir.

"okay jom kita makan. Saya dah masak tadi"

"sayang tak makan lagi ke?"

Miqayla menggeleng kepalanya tanda tidak.

"haih kenapa tak makan. Nanti perut masuk angin"

"eysh saya tunggu awaklah. Tak akan saya nak biar suami saya makan sorang-sorang"

"eeee cuwitnya sayang saya ni. Jom kita makan" kata Ray Iskandar dan terus mencempung tubuh kecil isterinya ke dapur.

"arghhhh awak janganlah" jerit Miqayla terkejut. Dia tidak nafikan yang dia bahagia dengan Ray Iskandar. Suaminya itu tidak pernah berkasar dengannya malah dimanjakan lagi. Mana mungkin hatinya tidak terpaut.

Kasih Airana जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें