Bab 19

84 2 2
                                    


"Assalamualaikum. Ni Puan Miqayla Sofea ke?"

"Waalaikumsalam. Ye saya. Ni siapa ye?"

"Saya cik nom. Saya ada berita penting nak cakap pada puan"

tiba-tiba jantungnya berdegup laju.

"apa berita tu ye?"

"boleh Puan Miqayla datang ke Hospital Takwa sekarang"

"em boleh tapi kenapa ye? siapa sakit"

"Puan akan tahu setelah puan sampai nanti. Saya letak dulu ye. Assalamualaikum" kata empunya suara itu sebelum menamatkan panggilan.

"Waalaikumsalam" jawab Miqayla. Hatinya mula tidak sedap. Apa yang bakal terjadi selepas ini Ya Allah.

"sayang, kenapa tergesa-gesa ni?" soal Ray. Risau melihat wajah isterinya tika itu.

"saya nak pergi hospital"

"hospital? siapa sakit"

"saya tak tahu. Tadi ada orang call suruh saya pergi hospital tu sekarang. Saya tak sedap hatilah"

"dah jom. Saya temankan"

"tapi awak kan kerja harini"

"takpa saya masuk half day"

"boleh ke?"

"mestilah boleh. Saya kan boss"

Mustahil dia akan membiarkan isterinya dengan perut yang semakin membesar itu seorang diri.

Mereka berdua pon bergerak ke Hospital Takwa yang mengambil masa selama 30 minit dari rumah.

"Puan Miqayla?"

Miqayla dan Ray menoleh ke arah suara lunak itu

"ye saya. Ni cik nom yang call tadi kan?"

"ye saya cik nom. Mari ikut saya"

Miqayla sekadar menghantar senyuman dan mengenggam erat lengan suaminya. Langkahnya mengekor langkah cik nom.

"MAMAAAAAAAA" Kasih Airana terus berlari kearahnya.

wajah kecil itu basah dengan air mata.

"A..ana Ana buat apa kat sini sayang" Miqayla menarik anak gadis itu ke dalam dukungan.

"a..abi hiks hiks abi sa..sakit"

Nafasnya bagai tersekat. Dia tak salah dengar kan.

Ray yang melihat isterinya pucat lesi terus mengambil Kasih Airana dan dibawa ke dalam dukungannya.

"Puan" Cik nom memanggilnya apabila sebuah katil ditolak keluar dari wad yang tidak jauh dari mereka. Di atas katil itu ada sekujur tubuh yang terbaring lesu.

Miqayla terus berlari mendapatkan jasad itu.

"ab..abang kenapa abang baring dekat sini. Abang nak pergi mana?"

"abang sakit sayang. Abang minta maaf atas semua kesalahan abang selama ni. Abang tak mampu dampingi sayang"

"no no abang tak pernah salah. Sayang yang salah. Tolong jangan tinggalkan sayang. Tolong" rayu Miqayla. Air mata yang membasahi wajahnya tidak diendahkan.

Zakuan sedaya upaya mengukir senyuman yang jelas kelihatan sangat pedih.

"Jaga anak kita dan hidup bahagia dengan Ray. Tu permintaan terakhir abang. Abang tahu dia mampu jaga sayang. Andai kata kita tak bertemu lagi selepas ni, abang akan tunggu sayang di syurga"

"maaf ye puan" kata seorang doktor itu sebelum menolak katil.

"jangan. Jangan pergi" jerit Miqayla dalam tangisan. Dia cuba mengejar tapi tubuhnya dipeluk erat oleh Ray. Sebelah tangan Ray mendukung Kasih Airana manakala sebelah lagi menahan isterinya.

Kedua-duanya hanyut di dalam tangisan.

"sayang dah lah tu. Kita doa supaya semuanya berjalan lancar ye" Ray cuba memujuk isterinya untuk bertenang.

Lama-lama Miqayla cuba bertenang.

"ma..mama" Airana bersuara apabila mamanya sudah tidak meronta. Tadi dia hanya memeluk kuat tubuh Ray dek kerana takut dengan rontaan dan jeritan mamanya.

"Ana" Miqayla yang baru tersedar akan kehadiran anak perempuannya terus memeluk tubuh kecil yang berada di dukungan Ray.

"mama minta maaf sayang" dicium berkali-kali wajah itu

Airana membalas pelukan hangat mamanya lama.

"A..ana lapar"

"Ana tak makan lagi?"

Kasih Airana hanya menggeleng tanda tidak.

"takpa biar saya bawak dia pergi cafe" kata Ray. Dia tahu isterinya itu ingin kekal berada di sini sehingga semua selesai.

"terima kasih. Ana pergi dengan uncle ye. Mama tunggu abi dekat sini"

"okey mama"

"sayang nak makan apa-apa?"

"takpelah. Saya dah kenyang"

"okey, saya pergi dulu. Kejap lagi saya datang balik"

Miqayla hanya mengangguk sebelum dia melabuhkan duduknya di hadapan bilik bedah itu.

Kasih Airana Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt