Bab 20

77 2 1
                                    


"Sedap?" tanya Ray lembut. Wajah kecil itu masih kelihatan sembap.

"hm sedap. Uncle tak makan?"

"tak" jawab Ray sepatah

Kasih Airana meneruskan suapannya. Dia memakan spaghetti bolognaise yang dipesan oleh Ray.

Ray meneguk espresso sebelum matanya memandang keluar. Bagaimana perasaan isterinya ketika ini. Dia tahu Miqayla akan lebih mencintai dan memilih Zakuan berbanding dirinya.

"uncle. Dah"

"Dah? jom kita naik tengok mama" balas Ray lantas memimpin tangan kecil itu untuk ikut bersamanya.

3 jam kemudian

Miqayla terus bangun apabila melihat seorang doktor yang memakai serba biru keluar dari bilik bedah itu.

"ma..macam mana doktor?" dengan suara yang begetar dia bertanya. Hatinya rapuh apabila melihat wajah doktor itu kelihatan sangat sayu.

"maaf puan. Kami tak dapat selamatkan Encik Zakuan" kata doktor itu sebelum dia berlalu.

Miqayla terduduk. Kaki tidak mampu menampung beratnya lagi.

"sayang" Ray menyambut tubuh Miqayla dari rebah

"ke..kenapa semua ni terjadi. Kenapa di..dia tinggalkan saya. Kenapa" tanya Miqayla sendiri sambil tangannya memukul-mukul hatinya yang sakit.

"hey stop hurting yourself, sayang. Ni semua dah tertulis. Kita tak boleh ubah takdir sayang"

"you still have me and you still have Airana. Please be strong for us"

Ray menarik Kasih Airana yang sedari tadi hanya canggung di belakang bersama tangisan. Disatukan mereka bersama.

Miqayla memeluk anaknya erat. Inilah satu-satunya kenangan yang dia ada bersama Zakuan.

Kasih Airana Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora