Bab 2

83 3 2
                                    

"mama yini ana nak makan kepci oyeh?" tanya Kasih Airana dengan sebutan yang masih pelat.

"sayang mama nak makan kepci? boleh tapi kita tunggu abi balik dulu tau" balas Miqayla sebelum pipi bulat anaknya dicubit lembut.

Sekarang sudah pukul 5 petang. Selalunya Zakuan akan sampai di rumah pada pukul 6 petang.

Sejam kemudian

"Assalamualaikum" ucap Zakuan setelah menanggalkan kasut kerjanya di depan pintu rumah.

"Waalaikumsalam, abang dah balik"

"ye sayang" jawab Zakuan. Nampak di raut wajah itu jelas keletihan namun masih berdaya untuk menghangar senyuman manis kepada isterinya.

"abi!!!!! Ana nak akan kepci" kata Kasih Airana sebelum terus memanjat abinya untuk dipeluk

"sayang janganlah naik abi macamtu. Kesian abi" tegas Miqayla. Dia cuma kesian akan suaminya yang tidak henti-henti melakukan kerja.

Di waktu siang suaminya akan berkerja sebagai kerani dan gajinya tidaklah lumayan. Namun cukuplah untuk mereka makan anak beranak. Di belah malam pula, suaminya akan mengambil upah menjahit memandangkan suaminya mempunyai kemahiran menjahit dari dulu lagi. Dia pula akan bantu tapi sering kali ditegah kerana suaminya bimbang jika isteri penat.

"takpa abi okay je. Kan Kasih Airana"

Laju Kasih Airana mengangguk tanda setuju.

"abang pergilah rehat. Abang nampak penat. Biar saya je bawa Ana pergi kfc" kata Miqayla simpati.

"eh takkanlah abang nak biarkan sayang pergi berdua dengan Airana. Takpa sayang jangan risau, abang tak penat pon. Lagipon kita dah lama tak makan luar sama-sama. Bulan ni abang ada duit lebih bolehlah kita makan besar sikit. Ya sayang" kata Zakuan lembut. Dia tahu dia tak mampu untuk beri kemewahan kepada keluarganya tetapi dia tetap akan berusaha untuk beri yang terbaik kepada mereka.

Miqayla tersenyum dan terus mendakap tubuh sasa itu.

<><><><><><>

"kau dah buat apa yang aku suruh?" tanya satu suara di talian. Dia tidak memakai suara sebenar.

"dah boss. Semuanya dah setel" jawab satu suara garau

"kau dah pastikan itu dia?"

"ye boss. Memang itu kereta dia dan saya yakin dalam itu juga dia"

"bagus. Selepas semua selesai aku akan bayar 100%" terus talian dimatikan.

satu senyuman sinis terlakar tajam dibibir.

Kasih Airana Where stories live. Discover now