• 9 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Bukan melambai 'bye-bye', tetapi seperti mahu menyeru Haura untuk datang kepadanya.

Tanpa bantahan, Haura pun hanya mengikutkan sahaja kehendak Aarya. Membuka langkah, menuju kearah tempat Aarya berdiri bersama dengan lelaki itu tadi.

Sekarang, dia sudahpun berada disebelah Aarya sekaligus, berada berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Anak matanya hanya tepat memandang Aarya. Tidak langsung memandang lelaki yang berada dihadapannya itu.

Tak mahu lah. Tambah dosa je nanti.

Meskipun dapat dia rasakan dirinya sedang diperhati. Tetapi tetap sahaja diabaikan.
.

' Haura, andai kau tahu betapa aku mengharapkan supaya kau ingat pada aku. Tapi ternyata, pertemuan terakhir kita pun sewaktu kau masih sekolah rendah. Pada waktu itu pun, hanya aku yang kenal kau.

Kau?

Kau tak kenal aku.

Jadi bagaimana.. Bagaimana caranya supaya aku dapat menghuni hati kau, Haura? ' ujar Nuhaan. Dalam hati.

Riak wajahnya serta merta berubah keruh. Lantas dia melarikan anak matanya kearah lain.
.

Jujurlah, Haura berasa sedikit malu dan auto awkward untuk berhadapan dengan lelaki itu semula.

Tetapi apakan daya? dia gagahkan juga menebalkan wajah demi seketul Aarya.

"Err serba salah pula kita suruh akak untuk datang kesini. Sorry lagi kak."

"Tak apa, bukan jauh mana pun nak jalan ke sini." balas Haura. Rajin pula si Aarya meminta maaf sejak dua menjak ni.

Aarya tersenyum. Lalu menghulurkan sebuah beg kertas kepada Haura.

"Ini kak, Aarya buat sendiri tau kek ni semalam. Khas buat kakak angkat kesayangan Aarya sorang ni. Ada lagi satu bekas untuk Kak Dyna. Tapi dia kan dah balik, jadi nanti akak tolong kirimkan pada dia ya."

"Ya Allah, susah-susah saja. Terima kasih Aarya. Serba salah akak sebab tak bagi apa-apa pun pada Aarya." suara Haura penuh kesal.

Sudahlah semalam Aarya memberinya gelang. Hari ini, kek pula?

Dia? Langsung tak teringat nak menyediakan apa apa buat Aarya dan Erdyna.

"Eh tak apalah kak, Aarya tak kisah pun. Akak bukalah dulu beg tu. Tengok apa yang ada." Sengaja mahu menyuruh Haura membuka beg itu dihadapan dia. Mahu melihat reaksi Haura.

Haura hanya mengangguk seraya tersenyum. Lantas dia membuka beg kertas yang tertutup rapi itu dengan berhati-hati.

"Wahh, seriously red velvet cheese cake? Subhanallah Aarya, susah-susah je buatkan untuk akak. Jazakillah, sayang." bersinar-sinar anak mata Haura ketika melihat isi didalam beg kertas itu.

Terdapat dua bekas kek red velvet yang dihias cantik bersama cheese powder dipermukaan atasnya.

Sememangnya Aarya mahir dalam membuat kek. Lihat lah mama nya siapa kan?

Mama Aarya sendiri ada buka kedai bakeri. Berkembang maju perniagaan kek makcik Jannah. Kalau tak salah, hampir sepuluh cawangan juga yang ada di Malaysia ini.

Sepuluh cawangan sekalipun, Haura sendiri belum ada rezeki untuk menjenguk kedai-kedai bakeri itu. Setiap kali mahu kesana, ada saja halangan.

" 'Afwan kak. Tak susah mana punlah buat kek ni. Favourite cake akak juga kan? Lagi pun lepas ini kan akak dah tiada lagi dekat tahfiz ni.. Tak dapat dah rasa kek buatan Aarya." sungguh kecewa nada dihujung ayatnya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now