Prolog.

22 3 0
                                    

Gelap.

Dunia seolah kehilangan cahaya dan aku ditelan di dalam lohong gelap yang tidak berpenghujung.

Kepala ini terasa amat berat seperti baru sahaja terjaga dari tidur yang panjang.

"Sampai bila kau nak tipu aku?"

Aku mendengar suara lelaki yang perlahan lahan bergema di gegendang telinga aku.

Pandangan aku gelap tetapi sedikit demi sedikit kesedaran aku mula kembali.

Aku berusaha membuka mata.

Satu susuk tubuh lelaki berdiri membelakangiku di bawah lampu yang menyilaukan mataku.

Siapa?

"Jawab. Sebelum anak kau mati."

Suara lelaki itu bergema lagi. Tetapi kali ini nadanya kedengaran kasar dari sebelumnya.

Kedengaran juga seperti bunyi seseorang menangis teresak esak.

"Tolong, jangan apa apakan dia..."

Aku cuba menggerakkan anggota badan untuk memberikan respons tetapi seluruh otot dan badan ini sungguh berat seperti dihempap dengan batu.

Pandanganku yang kabur kini semakin jelas dan aku menyedari aku sekarang tersandar pada sebuah kerusi di satu sudut ruang tamu.

Aku mendengar bunyi nafas dan tapak kaki seseorang mendekati ku.

Tiba tiba dagu aku digenggam dan didongakkan ke atas. 

Dalam keadaan yang lemah, aku sedaya upaya membuka mata dan melihat seorang lelaki berwajah kosong dan muram merenung ke dalam mata aku.

Lelaki misteri itu mempunyai parut pada bahagian atas kanan matanya dengan kulit mukanya yang penuh kawah seperti permukaan bulan.

Mata kanannya kelihatan sedikit merah daripada normal seolah darah akan memancut keluar dari uratnya pada bila bila masa.

"Sampah."

Lidah aku kelu.

Seluruh badanku kaku dan tidak mampu untuk berbuat apa apa.

Dia berjalan pergi mengabaikanku dan kemudiannya berdiri di sebelah susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di meja ruang tamu di bawah cahaya lampu yang malap.

Aku mendengar tangisan tadi datang dari arah tersebut dan suaranya sangat biasa aku dengari selama ini.

"Mak..."

Nafasku tersekat dan suaraku terlalu serak seperti tidak pernah meneguk air selama sebulan.

Mak tidak menjawab dan hanya merenung kosong ke arah meja.

"Do you believe in fate?"

Lelaki itu bertanya sambil memandang tepat ke arah aku.

"Apa?"

"Takdir, kau bertemu aku di sini."

Dia kemudiannya menyeluk poket belakang seluarnya dan mengeluarkan sebilah pisau.

Jantungku berdegup kencang.

Dia melarikan jari jarinya pada muka mak sambil sebelah tangannya lagi memusing musingkan pisaunya.

"Macam mana kalau aku bagitahu kau, yang aku boleh lenyapkan semua maksiat dan dosa yang ada dalam dunia ni?"

"Kau cakap apa ni... Siapa kau ni sebenarnya..?"

Aku mengumpulkan seluruh tenagaku untuk bangun dari kerusi tetapi lutut aku yang terlalu lemah gagal menyokong berat badanku.

Aku jatuh tertiarap dengan muka tersembam pada lantai.

"You see, mak hang ni is the best example of sinful people. So it's only logic if I kill her, kan? To eradicate the evil? Don't you think so?"

Dia meletakkan pisau di leher mak.

Aku melihat sedikit darah mula terbit dari lehernya dan jantung aku semakin berdegup kencang.

"Berhenti... Jangan sentuh mak aku..."

Aku sedaya upaya cuba mengesot untuk menghampiri lelaki itu. Tubuh aku masih tidak berdaya untuk bangun dan menghalang dia.

Aku cuma mampu merayu.

"Tolong..."

"Berhenti..."

Aku semakin keliru dengan apa yang berlaku.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Siapa dia?

"Apa kau nak... Cakap!"

"Jawab soalan aku. Atau aku kelar dia sampai mampus."

"Tolong... Jangan..."

"Apa itu wujud?"

"Aku tak tahu.."

"Apa itu takdir?"

"Aku tak tahu!"

"Bodoh."

Lelaki itu merangkul leher mak dan bersedia untuk mengelarnya menggunakan pisau.

"No.. no... Stop!"

Aku meronta ronta di atas lantai dan mencari cara untuk menghalang lelaki itu.

Aku terlihat satu botol kaca bergolek berdekatan dengan aku.

Dengan sekuat tenaga yang ada, aku capai dan campak botol tersebut tepat ke arah mukanya.

Kaca berderai.

Darah menitis dari dahinya.

Mukanya bertukar bengis seolah asap akan keluar dari api kemarahannya itu.

Dia mencacakkan pisaunya ke atas meja dan mengesat darah yang keluar dengan belakang tangannya.

"Wrong move, kid."

Rambut mak digenggam dengan kasar dan didongakkan kepala olehnya.

"Tolong... lepaskan aku..."

Mak merayu.

Dia mengukir satu senyuman sinis ke arah aku.

"Stop... Stop..."

Secara tiba tiba, dia menghempas muka mak dengan kuat pada meja.

"MAK!!!!!"

*********

- by Awan.

NihilismeOn viuen les histories. Descobreix ara