• 8 | 𝐁𝐘𝐃 •

Começar do início
                                    

"Jangan pergi mana-mana, duduk sini diam-diam. nanti payah pula adik nak mencari kamu." sempat Puan Jannah meninggalkan pesanan ringkas kepada Nuhaan sebelum dia berlalu pergi kearah tempat parking kereta.

Meninggalkan Nuhaan seorang diri.

Sedang Nuhaan menunggu Aarya untuk keluar daripada dewan, sengaja dia mahu menjenguk adiknya yang masih berada di dalam.

Mama kata dah nak selesai.. Tapi sudah sepuluh minit dia menjadi tugu negara hidup, tidak keluar-keluar pun.

Dengan selamba, dibuka pintu kayu besar dewan lalu kepalanya sahaja yang menjenguk. Badan diluar kepala didalam. Laju sahaja anak matanya dapat menangkap susuk tubuh kecil Aarya.

Mudah sahaja, cari yang paling rendah. Itulah Aarya. Budak kecik molek tu.

Dia dapat lihat, Aarya masih lagi sedang berbual dan bergambar bersama rakan-rakannya. Selepas bergambar, berpeluk pula. Ada juga yang sampai mengelap air mata.

Huh, drama! Bagaikan ini hari terakhir untuk mereka. Padahal, hanya tiga minggu sahaja tempoh mereka untuk berpisah. Selepas tamat tempoh, mereka akan bertemu semula.

Apabila sudah puas meng-usha adik sendiri. Dia pun berpaling semula kepalanya kehadapan. Lenguh juga leher jinjangnya apabila menjadi pengintai tak berbayar untuk adiknya dari tadi.

Nasib baik tiada siapa yang perasan akan perbuatannya tadi. Kalau tidak, apa pula dikata orang.

'aku usha adik aku je ya.'

Apabila kepalanya sudahpun berpaling menghadap kehadapan, tiba-tiba matanya tertembung dengan sepasang anak mata indah berwarna kebiruan.

Terus terhenti pergerakannya.
Agak tersentak dengan keberadaan gadis itu. Terkejut ada, terpaku pun ada.

Mata dia..

Pakaian dia..

Macam... Familiar. Dari mana dia pernah melihat gadis ini ya?

Kenapa begitu mudah untuk dia lupa ni? Aduhh.

Ohh..

Dia sudah ingat!

Tapi, keliru.

Adakah gadis yang berada dihadapannya ini adalah gadis yang bermain dengan Nayra tadi? Ataupun inikah 'budak perempuan' yang dia dan mama mengaguminya tadi? Orang yang sama atau berbeza?

Disebabkan kedua-dua situasi tadi dia hanya dapat melihat daripada jauh sahaja, dan tidak kurang daripada satu meter. Makanya sebab itulah agak susah untuk dia mengecam gadis ini. Sudahlah tuan badannya memakai purdah. Hanya nampak mata sahaja. Bertambah kelirulah dia.

Hampir sepuluh saat juga mereka bertentangan mata sebegitu. Secara tiba-tiba, gadis yang berada betul-betul dihadapannya itu terus menunduk dan beristighfar.

Seakan betul-betul baru tersedar dan menyesali akan perbuatan yang telah dilakukannya tadi.

Astaghfirullah.

"Maaf." Sempat gadis itu bersuara seraya menundukkan separuh tubuhnya kearah Nuhaan lalu terus beredar daripada tempat itu dengan langkah yang agak pantas. Terputus niatnya yang mahu masuk kedalam dewan tadi.

Nuhaan hanya memandang tubuh gadis itu yang kian menjauh. Lalu dia terus mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Raeed ditekan.

"I need to ask him about this." Nuhaan monolog sendiri.

[ Raeed ]​

Me : Raeed

Yes? :

Me : in a pink abaya.
is it Haura right?
asal selama ni kau tak
beritahu aku yang itu
adalah Haura?

Yup :
Sorry but aku sengaja
nak diri kau yang cam sendiri

Me : dia dah lain.
Lain sangat, Eed.
Aku hampir tak cam dia.

Yeah, Ik. :
Jadinya macam mana kau
Dapat cam dia pula?

Me : her eyes.
her eyes remind me
of everything.

tapi aku tak yakin
yang aku masih ada dalam
kotak memori dia.

*typing.. * :

Belum sempat Nuhaan melihat apa yang di balas oleh Raeed, tiba-tiba ada yang memanggilnya. Aarya.

Sedang berlari anak kearahnya. Tersengih-sengih tidak bersalah.

Haih budak ini lah.

Dah sidai dekat setengah jam, boleh tersengih-sengih. Nasiblah dapat abang yang penyabar. Dengan disuruhnya pegangkan beg kertas ini lagi. Haih macam macam.

Tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk Aarya sampai kepadanya. Tiba-tiba sahaja Aarya memberhentikan langkah. Seakan ingin pergi kearah seseorang.

Aduh nak kemana pula tu? Jalan je lah cepat kesini.

"Kak esha!" laung Aarya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Onde histórias criam vida. Descubra agora