• 8 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Yeayy, macam ini lah mama Aahil An-Nuhaan! okay, shoot mama!" bersinar-sinar matanya memandang Jannah yang baru sahaja mahu memulakan cerita.

Jannah menggeleng-geleng kepala apabila melihat karenah anak bujang seorang ini. Tidak boleh dinafikan lagi, jika mahu dibandingkan anaknya yang bernama Nuhaan pada waktu itu seperti kanak-kanak ribena, sungguh serupa.

Tetapi sebagai seorang ibu, dia juga sangat kenal dengan anaknya ini. Nuhaan hanya akan berkelakuan sebegitu ketika bersama dengan mama dan adik-beradik perempuannya sahaja.

Mahu diharapkan Nuhaan untuk melayan perempuan lain sebegitu? Memang agak mustahil untuk berlaku. Dan dia juga tidak mahu benda itu berlaku.

Lebih baiklah, Nuhaan memberikan layanan yang seperti mana yang dia selalu berikan kepada perempuan ajnabiah. Layanannya langsung tidak mesra dan beku sahaja.

Jannah memulakan cerita, "Tadi waktu majlis khatam Al-Quran, Haan dengar tak setiap bacaan yang dibacakan daripada para hafiz dan hafizah tadi? Merdu kan suara mereka? Tapi, mama paling tertarik dengan suara seorang budak perempuan ini. Giliran bacaan dia, kedua terakhir. Haan ingat tak?" soal Jannah. Kening nya juga ikut terjongket tanda bertanya.

"Ermm.."

"Oohh iya! Budak perempuan yang baca surah Al-Qalam tadi tu ya?" soal Nuhaan semula selepas termenung jauh selama lima saat untuk mengingat kembali situasi yang dicerita oleh mamanya tadi.

"Haa, haah yang itulah! MashaAllah merdu kan suara dia? Sudahlah mempunyai rupa yang cantik, tambah lagi memiliki suara yang indah." Melambung-lambung pujian yang diberikan oleh Jannah kepada 'budak perempuan' yang digelarnya tadi.

Kening sebelah kanannya digaru-garu tanda sedang berfikir. "Hmm.. disebabkan surah yang dibacanya tadi adalah surah kegemaran Haan. Jadi Haan setuju dengan pujian mama." balas Nuhaan bersama senyuman manis. Diukirkan khas buat Jannah.

Bohong. Nuhaan bohong. Padahal sebenarnya, di sudut lubuk hatinya yang paling dalam tetap saja terdapat rasa kagum yang teramat kepada gadis itu.

Entah mengapa. Jarang-jarang dia merasa kagum dengan wanita. Ya. Tak pernah sama sekali dia mengagumi wanita selain keluarganya.

"Wahh, first time mama dengar anak mama seorang ni nak puji perempuan! Macam ada something je. Entah-entah anak bujang mama ni dah terjatuh hati dekat budak perempuan tu. Iye dak?" Terangkat-angkat kening Jannah. Sengaja mahu mengusik Nuhaan.

Jujur, dia juga agak kaget apabila anaknya yang beku ini mendengar tentang perempuan lain hingga tersenyum-senyum, tambah lagi ketika mendengar cerita daripadanya tadi. Tersenyum aje. Walaupun tipis, tetapi tetap jelas dimatanya.

"Ish apa pula mama merepek ni. Haan hanya setuju dengan mama je." jawab Nuhaan bersama riak wajah yang jelas-jelas tidak puas hati sambil menyelukkan kedua-dua belah pergelangan tangannya ke dalam poket kurta yang dipakai.

Terletus tawa Jannah. Ini apa ni tiba-tiba cemberut wajah anaknya ni?

"Mama saja jelah nak bergurau dengan anak mama sorang ini." balas Jannah sambil mencuit-cuit pinggang Nuhaan.

Mahu mencuit pipi, jauh pula. Mana tidaknya, jika ingin mengukur ketinggiannya dengan Nuhaan, kepalanya hanya separas bawah dada Nuhaan sahaja.

"Adik dah nak selesai nampaknya tu, mama masuk kereta dulu untuk panaskan enjin. Haan tolong tunggukan adik sampai dia betul-betul selesai ya? Dah tak lama rasanya tu." Pinta Jannah.

"Hm, baik ma." Jawab Nuhaan.

Tak berapa ikhlas sebenarnya. Dia tidak gemar dalam menunggu orang ni.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now