Hadeeya mengangguk.

Langsung Erdyna mengeluarkan telefon pintar daripada poket totebagnya lalu ditekan ruangan recently call. Nama 'My Heroin❤️ ' yang dipilih lalu dilekapkan screen telefon itu di telinga yang beralaskan tudung.

Selepas selesai sahaja berbual ringkas dan memberitahu serba sedikit lokasi tempat duduk bonda Haura kepada ibunya. Langsung punat merah ditekan lalu terputuslah panggilan bersama ibunya tadi.

"Okay sudah. Ibu kata, dalam beberapa minit lagi ibu akan sampai sini. Sekarang, ibu masih ada di gerai-gerai kecil kat luar pagar sana. Tengah belikan makanan untuk adik-adik." kata Erdyna selepas memasukkan telefon pintarnya kedalam beg semula.

Hadeeya mengangguk sekali. "Okay, aunty tunggu sini."

Erdyna mengangguk sebelum tersenyum.

"Esha, jomlah masuk sekarang. Kita berdua kena masuk dewan awal-awal. Kalau tak nanti, ada juga yang kena tazkirah percuma dengan ustaz sebab lambat masuk dewan." kata Erdyna.

Haura yang mendengar, hanya diam. Tidak membalas. Hanya memandang sahaja wajah Erdyna. Seperti sedang menganalisis apakah makna yang diujarkan oleh Erdyna tadi.

Sebenarnya bukan menganalisis. Tetapi dia memang tidak mahu masuk ke dalam dewan. Gerun!

Melihat Haura yang masih terkebil-kebil dengan kenyataan yang disampaikannya, dengan selamba Erdyna terus menarik lengan halus Haura lalu segera menuju ke pintu dewan.

Hadeeya yang daripada tadi lagi melihat gelagat dua orang anak gadis itu, langsung tersenyum lucu. Kasihankan Erdyna yang terpaksa melayan perangai Haura yang sebegitu.

'Tak apa makcik, saya dah biasa.'

"Ehh, janganlah tarik tangan Esha." bidas Haura. Tersentak dia kerana tiba-tiba sahaja lengannya ditarik lalu digenggam erat. Erat tapi tidak sakit. Kakinya juga dipaksa berjalan laju membontoti langkah Erdyna.

"Kalau Dyna biarkan aje Esha terjegat kat situ daripada tadi, mahunya malam esok baru nak gerak masuk dewan." Erdyna membebel. Ya macam biasalah!

"Erm..aku cuma takut.."

"Tak payah takut Raeesha, aku kan ada. Macamlah aku tak naik sekali waktu dekat atas pentas nanti." Erdyna yang membalas. Tahu-tahu aje dia apa yang ditakutkan Haura.

Ya, asbab gementar yang dipendam oleh Haura daripada tadi adalah gementar untuk berhadapan dengan orang ramai dan membacakan beberapa ayat Al-Quran di atas pentas sana.

Meskipun ini bukanlah kali pertama untuk Haura berhadapan dengan orang ramai, tetapi aura orang ramai kali ini terasa lain macam betul!

Takut. Takut tak dapat untuk buat yang terbaik. Takut tersalah langkah. Takut bacaan tiba-tiba tersangkut. Takut tiba-tiba suara sumbang. Takut para tetamu tidak suka akan bacaan dan lagu yang akan dibawanya.

Haura mengumam seraya mengangguk kecil. Ya memang Erdyna akan ada sekali nanti. Dan dia tidak harus segementar ini. Dia harus tenang..

Perlu tenang..

"Doakan untuk aku, Dyna."

"Ya, Esha. Kau pun jangan lupa doakan untuk aku. Aku percaya.. Aku, kau dan kita semua dapat buat yang terbaik. Aamiin insyaAllah."

"Aamiin."
.
.

📍MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERLANGSUNG.

Di atas pentas yang megah ini mempunyai pelajar perempuan seramai lima orang dan pelajar lelaki seramai enam orang.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα