• 6 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Dulu, waktu abang-abang awak ni masih kecil...​

Throwback mode on by bonda :

"Bonda, makesure dalam eyut bonda ini, baby girl tau. Hehehe." Tangan kecil Raeed naik mengusap lembut perut Hadeeya yang sudah membulat besar.

Tunggu masa sahaja untuk meletop.

Raees yang berada disebelah Raeed turut mengangguk-angguk beberapa kali tanda setuju.

Pada waktu itu, Raeed dan Raees baru sahaja berusia enam tahun. Sudah petah sungguh dalam berkata-kata. Bukan petah berbahasa ibundanya sahaja, malah bahasa ayahndanya juga. Bahasa Inggeris juga tidak lupa.

Ridhwan dan Hadeeya sungguh rajin dalam mempraktikkan anak-anaknya untuk bercakap dalam pelbagai bahasa.

Kadang-kadang risau juga jika mereka keliru dengan penggunaan banyak bahasa. Tetapi itu tidak jadi masalah, kerana lama kelamaan, mereka pasti faham.

"InsyaAllah sayang, tapi kenapa tiba-tiba je Raeed dan Raees nak baby girl? Awak berdua mahukah jaga dan sayang dia nanti?" soal Hadeeya kepada kedua-dua putera kecilnya itu. Sengaja mahu bertanyakan soalan sebegitu.

"Of course! kami pwomis, if dalam peyut bonda ni baby girl, kami akan sayang dan jaga dia macam pwincess!"

"Hmm.. Macam princess ya? Betul ni? Promise?" duga Puan Hadeeya. Terangkat keningnya, meraih kepastian.

Dihalakan kedua-dua belah jari kelingkingnya kepada Raees dan Raeed. Seakan mahu berjanji.

"Pwomis!" jerit Raees dan Raeed serentak sambil menyambungkan jari kelingking kecil mereka bersama jari kelingking Hadeeya.

Berjanji.

Throwback mode off by bonda :

"Haa begitulah ceritanya, sweet betulkan abang-abang Raeesha ni? Rindu pula kenangan waktu dua ketul ni masih kecil." kata Puan Hadeeya selepas panjang lebar dia bercerita.

Tersenyum sahaja bibir Haura ketika mendengar cerita bonda.

"Ya Allah comelnya! Parah dah abang Ees, Eed ni. kecil-kecil dah jadi sweet talker. Siapalah yang mengajarnya tu." Sampai memerah pipi putih mulusnya. Dikalihkan pandangannya kearah wajah kembar itu.

Raees macam biasalah dengan wajah bangganya. Raeed pula, beriak malu. Kemudian buat-buat tak tahu. Aik? Kenapa pula nak malu?

Hadeeya pula menyiku lengan suaminya apabila Haura bertanya kan siapa yang mengajar kembar itu berkata manis. Huh! Siapa lagi kalau bukan lelaki segak di sebelah dia ni.

Ridhwan tersenyum sumbing.

Tidak tahu mengapa, tetapi hati perempuan Haura terasa begitu hangat dengan cerita bonda tadi.

Rasa dihargai. Rasa disayangi. Siapa sahaja tidak gembira apabila tahu bahawa kelahiran dirinya begitu dihargai orang lain? Tambah lagi keluarga.

Haura sangat bersyukur kerana memiliki dua orang abang yang sangat baik. Tidak pernah memarahi atau memukulnya.

Malah, abang-abangnya ini sentiasa menjaga, menghormati dan menghargainya.

Dan barulah dia tahu, mengapa dan daripada bila mulanya abang-abangnya ini suka menggelarkan dirinya sebagai..

'Princess'.

.
.​
.​

KEESOKAN PAGINYA

"MashaAllah, you look so beautiful in that pink abaya, princess!" ikhlas Raees memuji dengan nada yang teruja melihat Haura yang lengkap mengenakan pakaian berwarna serba merah jambu dihadapan cermin. Masih lagi sedang bersiap.

Cantik. Ya, sangat cantik. Haura terlihat sungguh cantik apabila dia mengenakan pakaian serba merah jambu itu. Keindahan yang ada pada dirinya terlihat lebih menyerlah! Pakaian itu sendiri disediakan oleh ustazah di tahfiznya.

Satu set pakaian yang berbagai warna telah disediakan untuk setiap pelajar yang sudah digelar Hafidz Hafidzah. Bagi perempuan, mereka mempunyai set abaya, bawal labuh dan purdah yang setona saja warnanya. Bagi lelaki pula hanya jubah, serban dan rida'. Warna sahaja yang berbeza tetapi corak dan designnya tetap sama.

"Cantikkan? Tengoklah adik siapa." sampuk Raeed yang daripada tadi lagi sudah duduk di atas sofa ruang tamu sambil bermain dengan telefon pintarnya yang mempunyai tiga kamera itu.

Raeed sangat berbeza dengan Raees. Dia seorang introvert. Manakala Raees pula seorang extrovert. Kembar itu tersangatlah kontra.

"Eh engko! Itu adik aku juga okay." balas Raees seraya memeluk tubuh. Raeed sudah mendongak memandang kembarnya.

Belum sempat, dia membuka mulut..

"Heyy.. Ha nak mula dahlah tu. Elok sangat lawan mulut pagi-pagi ni. ByCha ni lawa sebab ikut bonda dan abi lah. Bukan ikut korang. Hoho!" sampuk bonda sebelum dia melangkah keluar daripada pintu rumah.

Haura yang baru sahaja selesai bersiap terkekek-kekek ketawa melihat abang kembarnya yang beriak tidak puas hati.

"Dahlah tak handsome, lepas itu buat muka pula. Ingat comel?" sambung Haura selamba sambil memakai kasut kulit nya yang berada di tepi rak Haura juga tidak kurang dengan bondanya. Sama naik aje ingin kenakan Raees dan Raeed.

"Eh eh dia. Sukahati dia je kata kita tak handsome!" Raees acah-acah mahu mengetuk kepala Haura, pantas Haura mengelak. Raeed pula hanya diam sambil menjeling Haura.

Nak marah. Tapi kena sabar. Rasa nak marah, tapi kena SABAR.

"Sudah-sudah, cepat masuk kereta. Nanti lambat pula nak sampai." pantas Haura berjalan masuk kedalam perut kereta. Bonda dan abinya juga sudah lama bertapa didalam kereta.

Sabar sahaja mereka menunggu anak-anak yang suka benar melengahkan masa.

Terletus tawa besar Haura ketika melihat wajah abang-abangnya yang jelas lagi nyata beriak tidak puas hati dengan kenyataannya tadi. Mata kebiruan Raees tidak lepas memandangnya dengan mengecilkan mata. Raeed sahaja yang berwajah selamba.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now