• 6 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Bonda masak apa malam ni?" pekik Raees.

"Adalah. Mari sini turun dan tengok sendiri."

"Okay. We're coming!" serentak Haura dan Raees menyahut lalu turun ke tingkat bawah dengan menggunakan lift yang sudah sedia ada di rumah agam itu. Sebelum masuk kedalam lift, sempat Haura menanggalkan telekungnya dahulu.

Seperti ada yang terkurang.. Tapi apa ya?
.
.​

Setelah dua beradik itu sampai di tingkat bawah,

"Aik berdua saja. Raeed mana? Dah tolong bonda panggilkan?" Kepalanya turut menjenguk-jenguk ruangan didalam lift. Yang dilihatnya hanya ada dua orang, anaknya ada tiga. Jadinya mana pula lagi seorang?

"Allah! Ees lupa bonda, okay-okay Ees panggil dia sekarang." kelam kabut Raees bangun daripada kerusi lalu naik semula ke tingkat atas menggunakan tangga dan terus menuju kearah bilik tidur Raeed.

Haih susah betul cepat leka dengan arahan ni.

Sudahlah tadi wajah kejantanannya telah dicemari dengan riak wajah yang jelas cuak dengan soalan bonda. Habis hilang ke-macho-an nya.

Haura yang sudah mengambil tempat berhadapan dengan abinya pula terkekek-kekek ketawa melihat Raees yang berwajah cuak.

Jarang-jarang abang yang seorangnya itu berwajah begitu. Pada kebiasaannya hanya berwajah acah-acah macho sahaja.

Manakan tidak Raees bereaksi begitu? Bonda tercintanya itu paling tidak suka dengan orang yang suka melambat-lambatkan dan kuat leka.

"Haihlah anak..." kepala Hadeeya turut menggeleng-geleng apabila melihat Raees yang kelam kabut memanjat tangga.

Boleh makin meninggi juga darah tingginya dengan perangai anak bujang seorangnya ini. Nasiblah seorang sahaja. Kalau tiga orang?
.
.

"Esok, kita semua gerak ke tahfiz ByCha seawal 8 pagi. Kalau siap awal lagi bagus. Lagipun, ByCha kena get ready awal untuk persembahan tarannum kan?" kata Ridhwan, abi Haura.

Belum sempat Haura mengiyakan kata abi-nya, bonda pula menyoal. "One more thing, ByCha dah iron pakaian untuk esok? Jangan buat last minute pula dik."

"Na'am abi. Khalas, bonda." Haura mengerdipkan matanya sekali seraya mengukirkan senyuman. Mudah kerjanya, menjawab dua soalan dengan satu jawapan. Ya, betul. Kalau boleh mudah buat apa guna jalan susah kan?

Bonda dan abi hanya mengangguk. Lalu mereka berdua kembali menyuap nasi yang sudah sedia ada didalam genggaman.

Ya, mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam.

"Princess, minum air ni. Janganlah minum air sejuk tu. It is not good for your throat. Nanti esok nak kena guna lebih suara kan?" lembut Raeed berbisik ditelinga kanan Haura yang duduk bersebelahan dengannya.

Segelas air suam yang baru sahaja dituangnya tadi dihulur kepada Haura.

Haura tersengih seraya mengangguk."Syukran abang Eed."

"Afwan." jawab Raeed bersama makhraj sempurna. Bibirnya turut membalas dengan senyuman tipis.

Setelah beberapa minit meja makan itu menyepi. Akhirnya bonda memecah sunyi.

"ByCha, nak dengar satu cerita tak?" soal bonda.

Meluas mata Haura apabila mendengar pelawaan daripada bonda.

"Nak nak! Cerita pasal apa tu bonda?" Sudah lama dia tidak mendengar bondanya bercerita.

Bondanya ini kalau sudah dibuka tirai, pasti sungguh menarik isi-isi didalamnya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now