°∘∘30∘∘°

Start from the beginning
                                    

Tubuh dipusing menghadap Khalaf sepenuhnya. Kedua-dua tangannya naik merangkul leher lelaki itu.

"Sayang, don't tease me like this. Kau tahu aku tengah buat apa kan sekarangni? Aku tengah settle kan document Ev--" Pinggang Aisy semakin ditarik kemas, sukahati je pusing-pusing atas riba aku ni ya? Jatuh siapa susah?

"Aisy tak buat apa-apa pun lah. Aisy tenung muka Farrel je. Tak salah kan?"

"Tenung tu tak salah. Ni.. tangan ni kenapa kat perut aku?" Diperhatikan saja tangan kecil yang sedang merayap pada perutnya yang berketul itu. Walaupun berlapikkan T-shirt tebal, tetapi masih dia rasa jejari gadis itu menyentuh.

"Aisy nak---" Berkali-kali dah Aisy sengaja tak habiskan ayat. Padahal sudah dipesan oleh Khalaf jangan selalu cakap separuh-separuh.

Senyuman manis, sengaja diukir sehingga menampakkan lesung pipit. Dia tak tahu ke lesung pipit diatu pantang dilihat oleh anak mata Khalaf.

"Lebih baik kau cakap sampai habis sebelum aku--"

"Takda lah. Aisy nak ajak Farrel keluar la dari bilik ni. Bosan. Jum turun!" Dengan selamba saja Aisy bangun dari pangkuan riba suaminya itu.

Baru sahaja kaki dicecah kelantai seraya selangkah hendak beredar, lengannya ditarik lembut oleh Khalaf. Walaupun tarikan itu tidaklah sekuat mana, tapi masih mampu membuatkan tubuhnya kembali terduduk di atas riba lelaki itu.

"Senang je ya kau ajak aku?"

"After you kiss my lips, do you think I'll just let you go out little dimples?" Tubuh Aisy ditarik kedalam pelukan, menghentikan pergerakan gadis itu.

"Sa-saya nak turun, itu yang saya ajak Farrel. Takut nak turun sorang-sorang." Terasa panas seketika leher apabila nafas suaminya sangat dekat. Wajahnya memerah menahan rasa janggal.

Silap siapa? Ha mana nak lari. Entah apa patut Aisy lakukan pada waktu itu. Pergerakan telah terkunci sepenuhnya.

"I think it's time for me to give you a special kiss--" Dengan pantas tubuh kecil Aisy diangkat lalu dicempung seraya kaki melangkah keluar dari bilik peribadi. Segala kertas atau dokumen yang sepatutnya diselesaikan tadi, telah ditangguh begitu sahaja.

IPhone berdering kuat, membuatkan lena Khalaf terganggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IPhone berdering kuat, membuatkan lena Khalaf terganggu. Berkerut dahi lelaki itu sebelum kelopak matanya dibuka perlahan. Sempat jam yang berada di skrin telefon di-teliti.

Langsir di dinding kaca bilik sememangnya tiada cahaya terang lagi. Hari sudah lanjut ke malam.

"Aku dekat bawah ni. Gila apa tidur awal? Baru pukul sepuluh." Jelas suara Evren didengarnya dalam panggilan itu. Baru teringat yang mamat ni nak datang.

"Ha kejap. Bagi aku lima minit." Anak mata mula beralih ke arah Aisy yang lena dibuai mimpi di atas lengan kekarnya.

Beralaskan lengannya sahaja boleh buat gadis itu lena. Tanpa menunggu respon dari Evren, panggilan terus dimatikan. Bibirnya mula mengukir senyuman nipis.

Berat rasanya badan nak bangun. Kepala Aisy perlahan-lahan dialihkan ke atas bantal. Ubun-ubun isterinya dikucup beberapa kali. Selimut tebal ditarik menyelubungi tubuh kecil gadis itu.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ricky."

"Here his personal information, aku suruh Aaren cari."  Fail hitam yang tertera dengan huruf F.E.X dihulurkan kepada Khalaf.

"Are you sure Ev? Younger brother to Robert?" Tangan Khalaf menyambut fail tersebut.

"I'm sure. And you always need to be prepared. Bila-bila masa benda buruk boleh jadi." Evren cuba memberi apa maklumat yang dia memang pasti. Dia adalah salah seorang yang penting dalam unit, juga dikenali sebagai 'orang dalam' Khalaf Farrel.

"Do you think he will do something unexpected?" Anak mata Khalaf menikam wajah seorang lelaki yang berada didalam fail maklumat itu. Rahang diketap, wajahnya tampak beku pada waktu itu.

"Dia lagi licik, Khalaf. Adik kau dah ambil alih RSE. Not only that, Tengku Zaim's company is yours now. Tak mustahil kalau si Ricky tu ikut perangai lahanat Robert--" Terselit pesanan ringkas dalam penerangannya itu.

"Stop there, Evren." Fail hitam itu kemudiannya dilempar ke atas meja. Khalaf menghentikan percakapan Evren. Anak mata hitam pekat miliknya bertembung dengan anak mata hazel sahabatnya.

"I know what I need to do. Der Görjunge ist für ein langes Leben nutzlos." (The brat boy is useless for longevity)

Disebalik bahasa German yang digunakan oleh Khalaf, Evren memahami maksud tersirat ayat tersebut. Jangan ganggu sesuatu yang kelihatan tenang diluaran jejaka itu. Padahnya perlu dihadam apabila Khalaf terasa dicabar.

Sekelip mata wajah tenang bak air yang mengalir perlahan itu boleh bertukar menjadi bengis yang menggerunkan.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now