°∘∘29∘∘°

Start from the beginning
                                    

Setelah lama Aisy mengesat rambut keperangannya yang basah, baru dia perasan kelibat Khalaf dari awal pagi tadi tidak muncul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah lama Aisy mengesat rambut keperangannya yang basah, baru dia perasan kelibat Khalaf dari awal pagi tadi tidak muncul.

Aisy terbangun lewat harini. Namun yakin yang suaminya itu masih ada di dalam rumah. Berani tinggal dia sorang-sorang?

Tuala kecil yang dipegang telahpun dia sidaikan di penyangkut yang berada di sudut bilik. Sempat gadis itu mengetatkan cadar katil agar tampak lebih kemas mata memandang. Usai itu Aisy keluar dari bilik hendak mencari dimana Khalaf berada.

Niatnya sebelum hendak cari Khalaf, memang nak jumpa Aida, tetapi terbantut apabila ruangan utama rumah agam itu tiada kelibat sesiapapun.

"Mana Kak Aida pergi..." Setiap sudut diperhatikan, tiada sesiapa. Kemudian, Aisy naik ke aras dua. Kelibat Khalaf pula dicari. 

"Farrel, saya masuk--" Bilik yang didalamnya ada piano serta barang berharga suaminya dimasuk. Takda. Haih, habistu kat mana? Dengus hatinya.

Sanggup Aisy naik ke aras tiga, bilik peribadi Khalaf dituju pada waktu itu. Jawapannya masih sama, tiada.

Hilang akal Aisy apabila dia terasa seperti hanya dia seorang diri didalam rumah agam itu. Takut.

"Farrel!" Berlari anak gadis itu kesana kesini. Setiap ruangan diterjahnya. Bibir diketap seketika, bagaimana jika memang betul Khalaf tinggalkan dia seorang diri didalam rumah?

Niatnya terbatas. Penat juga dari tadi tercari-cari. Terduduk gadis itu atas sofa empuk ruang tamu. Hujung baju dimain, gelisah. Terleka Aisy, hanya dinding direnungnya. Nak buka TV pun takda mood.

"Sayang?"

"Dah turun?"

Dalam 10 minit ruang tamu yang luas itu sunyi, muncul Khalaf memecahkan suasana tersebut.

Hairan lelaki itu melihat isterinya diam tanpa respon. Macam patung pun ada. Duduk termenung. Terus Khalaf mendekati sofa dimana Aisy duduk.

Selesai saja duduk, terus diperhatinya wajah kosong Aisy. Diam, pandang diapun tidak.

"Aisy, kau kenapani? Nampak hantu ke--" Pipi kanan isterinya ditarik menggunakan jari kasarnya sahaja. Menoleh wajah gadis itu agar berpaling menghadapnya.

Berkerut dahi Khalaf apabila anak mata Aisy langsung tidak memandang dia. Entah kemana dia pandang, walaupun muka sepenuhnya menghadap Khalaf.

"This face is like asking me to kiss.." Ulas bibir merah jambu Aisy disentuh lembut.

"Nak tengok Kak Aida buat sarapan apa jap." Pantas saja Aisy bangun dari duduk. Sekilaspun wajah suaminya itu tidak dipandang.

Dengan perlahan, lengan gadis itu ditarik oleh Khalaf. Terhenti seketika pergerakan Aisy.

"Kak Aida dah balik. Dia tak sempat buat sarapan. Jum, lapar kan?" Tangan kiri Aisy pula diambilnya, lalu dia masukkan kedalam poket sweatpants yang dipakai.

"Jangan keluarkan tangan." Pesanan ringkas diberi sebelum gadis itu terlebih dahulu membantah. Sengaja dia pamerkan riak wajah tegang. Langkah diatur menuju ke dapur.

"Eh takpalah. Biar Aisy bancuhkan adunan waffle tu." Tidak senang Aisy melihat Khalaf yang dari tadi ralit membancuh adunan. Diperhatinya kotak tepung yang suaminya keluarkan dari kabinet tadi, tepung waffle. Tak selesa rasanya, nampak seperti susahkan lelaki itu pula.

"What did I tell you just now? Duduk kan?" Terlebih dahulu Khalaf menarik mangkuk bancuhan itu dari diambil oleh Aisy.

"Ta-tapi saya nak tolong Farrel jugak--" Aisy memberanikan diri tatap wajah suaminya yang dari tadi beku semacam. Rasa bersalah pula dia diam dekat ruang tamu tadi. Lagi sekali dia dekatkan tangan ke arah mangkuk tersebut.

"I said no, Aisy." Dalam hati Khalaf, sudah dapat dia agak yang isterinya itu dari tadi tarik muka, merajuk. Tetapi sengaja dia lagak tegas pada waktu itu.

Akhirnya senyap juga Aisy, meja makan kembali didekati. Dengan nafas yang agak berat dihembus sebelum duduk.

Lebih kurang 15 minit Khalaf menyediakan sarapan pagi, tiga keping waffle telahpun siap dihidang. Dengan teliti lelaki itu menyapu jem peanut bersama butter. Hanya sekeping dia sapukan bersama jem coklat, untuk Aisy.

Pinggan dibawa ke arah isterinya yang sedang duduk menyepi dari tadi. Milk coffee kesukaannya turut disediakan buat gadis itu.

"Makan." Khalaf melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan kerusi Aisy.

"Farrel makan lah. Saya tak lapar." Walaupun dia terliur melihat makanan yang menyelerakan didepan mata sekarang, nafsu ditahan sebaik mungkin. Perempuan lah katakan.

"Ta-taknak. Tadi awak marah Aisy." Walaupun nada suara Aisy perlahan, tetapi masih didengar jelas oleh suaminya.

Khalaf mengetap bibirnya, menahan senyum dari terukir. Padahal dia yang tarik muka tadi, taknak balas langsung pula tu bila disoal dekat ruang tamu tadi.

"Makan sekarang. Ke nak tunggu aku makan kau? Hm sayang?" Khalaf merapatkan mulutnya di telinga Aisy. Dan sengaja dia bercakap secara berbisik.

"Fa-Farrel tak marah Aisy..?" Walaupun gugup apabila wajah lelaki itu berada dekat dengannya, tetapi masih dia cuba menahan malu.

Apabila Khalaf menjauhkan sedikit jarak, barulah berani gadis itu hendak alihkan pandangan. Wajah kacukan suaminya ditatap.

"Kau yang marah aku ada lah. Apa lagi yang aku boleh buat untuk pujuk kau?"

"I made this waffles for you, Aisy. Jangan buat aku pujuk kau dengan cara lain. Nak ke?" Kerusi yang diduduk oleh Aisy semakin Khalaf tarik agar merapatinya.

"Aa-Aisy.. Aisy nak makan." Degupan jantungnya bagaikan baru lepas berlari pada waktu itu. Kenapa aura suaminya pada awal pagi harini lain semacam?

Lama Aisy merenung Khalaf yang sedang ralit memotong keping waffle itu. Di-bahagikan kepada kepingan yang kecil, agar mudah isterinya itu hendak makan. Penyabar bukan?

"Bismillah first.." Tegas Khalaf menyuruh. Kepala digeleng perlahan. Milk coffee dihirup menghilangkan dahaga.

Lagi sekali Aisy lupa nak baca doa. Tak dapat dia kawal dari tersengih. Lantas dia suapkan kedalam mulut waffle tersebut. Cover sikitlah, nanti kantoi pula tersenyum kan.

 Cover sikitlah, nanti kantoi pula tersenyum kan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now