• 5 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Jelaslah bahawa kereta mewah yang berada di hadapan pagar asrama sekarang ini adalah kereta milik abi Haura.

"Abi, Bonda!" tersenyum lebar bibir kemerehannya. Lantas Haura bangun dari duduk lalu terus berlari kearah bonda dan abinya yang baru sahaja keluar daripada perut kereta.

Selepas bersalaman, didakapnya tubuh kedua-dua insan tercintanya itu dengan erat. Rindu.

"Intan payung bonda, sihat?" soal Hadeeya selepas puas berjejak kasih dengan anak sendiri.

"Alhamdulillah, sihat. Bonda dan abi pula?"

"Alhamdulillah sihat-sihat sahaja." jawab Ridhwan dan Hadeeya serentak. Tersenyum manis. Khas buat puteri bongsu mereka.

Haura mengangguk-angguk seraya membalas senyuman orang tuanya.

"ByCha kata Erdyna akan tumpang kita sekali kan. Mana dia?" Kepala Hadeeya menjenguk-jenguk kearah dalam pagar asrama.

Mencari-cari susuk tubuh gadis yang bernama Erdyna itu.

"Itu dia, bonda." dihalakan kelima-lima jarinya kearah pintu utama asrama.

Sunnah nabi bukan menunjuk sesuatu dengan menghalakan ibu jari, tetapi kelima-lima jari. Tanda betapa kita memberikan kehormatan pada orang yang bertanya.

Erdyna yang seakan tahu ada yang memerhati, langsung menoleh kearah tiga beranak itu. Terus bangun lalu berjalan menuju kearah mereka.

"Assalam'alaikum. Aunty Deeya, Uncle Ridhwan." Erdyna menghulur tangan untuk bersalaman dengan bonda Haura. Hadeeya pula semestinya tidak menolak. Dia menyambut salam Erdyna dengan mesra.

Ridhwan pula hanya menyambut dengan senyuman.

"Waalaikumussalam. Erdyna sihat? Nampak makin berisi dah sekarang. Makin comel aunty tengok. Bukan macam Raeesha ni, keding je." omel Hadeeya.

Seronok mengutuk anak sendiri. Depan-depan pula tu!

Tidak dihiraunya wajah cantik Haura disebelah yang sudah cemberut mendengar bondanya mengumpat depan-depan. Biarlah orang kurus macam ni! Penat tau diet. Kurus salah, gemuk pun salah.

Terletus tawa kecil Erdyna. "Alhamdulillah, sihat aunty. Haza min fadhli rabbi. Ini makin gemuklah, bukannya comel aunty. Dah macam tenung panda bila duduk depan cermin." balas Erdyna. Malu sebenarnya, tapi itulah. Hakikat.

Duduk asrama ini harapnya dapat turun berat badan, tapi tidak! Makin mendadak naik. Menyesal tak join Haura berdiet.

"ByCha, mana beg kamu berdua? Biar abi tolong bawakan masuk ke dalam kereta." Ridhwan yang sedari tadi hanya membisu, kini dia mencelah. Cukuplah menjadi tugu hidup disisi isteri tercinta.

Baik dia membuat sesuatu yang akan menjimatkan masa. Ya! Mengangkatkan beg-beg Haura dan Erdyna ke dalam kereta.

Balik kepada gelaran yang digelar Ridhwan buat Haura tadi, ByCha. ByCha adalah gelaran manja buat Haura. Gelaran itu hanya akan digelar daripada keluarganya sahaja. Daripada kecil lagi mereka sudah terbiasa menggelar Haura dengan panggilan 'ByCha'. 'By' itu berasal daripada perkataan baby.

Seperti yang sedia tahu, Haura adalah anak bongsu di dalam keluarga kecil itu. Makanya ketika dia masih kecil dahulu, keluarganya sering memanggilnya sebagai 'baby'. Kerana dialah yang paling muda dalam keluarga.

Ketika Haura sudah lonjak usia, didalam lingkungan darjah enam. Gelarannya sudah ditambah dengan 'Cha' dibelakang. Cha pula berasal daripada Raeesha. Pergi ke Esha. Dan akhirnya, Cha. Maka jadilah ByCha. Begitulah ceritanya asal-usul gelaran buat Haura.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now