"Nak hempuk tapi takut mati terus" bisik suara hati. Langsung kaki kanan Safyna menapak masuk ke dalam rumah, dia berlalu pergi ke dapur.

Beberapa minit setelah mengerah keringat, kini tiba masa untuk buka spa percuma. Air pili ditadah ke dalam sebuah besen biru sebelum beberapa ketul ais dimasukkan. Entah ikhlas atau tidak, lantaklah. Ikhlas pun sebab nak pahala saja, apa ingat dia betul-betul nak buat? Tak akan pernah tercatat dalam sejarah hidup. Amal kebaikan dan pahalanya hanya untuk diri dan arwah ibu sahaja.

Safyna meletakkan besen tersebut di atas lantai, helaian rambut yang merimaskan diri diselitkan ke belakang telinga. Kakinya berjalan untuk ke ruang tamu, mencari pelanggan yang telah menempah perkhidmatan tak berbayar.

"Cik Arla, benda tu dah siap" ujar Safyna apabila melihat wanita itu berada di ruang tamu.

Tiada balasan.

Sememangnya mana mahu toleh kalau diri sedang dilanda ombak bahagia. Sepasang mata Safyna kini dijamah dengan sebuah pemandangan indah. Dia menyaksikan benda yang sama sekali lagi.

Arla, wanita itu sedang khusyuk bermain sambil bergelak ketawa bersama tunangnya dan dua orang anak kesayangan. Terhibur apabila melihat Yasmin yang digendong oleh Pak Zail menghalakan pistol mainan ke arah Airil lalu bibir terkumat-kamit bercakap sesuatu. Airil pula menggunakan perisai Captain America sebagai pelindung, melawan balik setiap kali adiknya menghantar serangan.

Pak Zail dan Arla dijadikan sebagai rakan sepasukan masing-masing. Mereka juga turut ikut bermain, itu lah sebab kenapa rumah ni dari tadi kecoh tak bertempat. Dari budak sampai ke orang tua sekepala. Malangnya, Safyna tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Dia berdehem.

"Cik Arla! Besen air ais tu dah siap!" Laung Safyna kuat. Keempat-empat kepala tersebut lantas berpaling menghadap dirinya. Pasangan kekasih itu berbicara sesuatu sebelum wanita itu bangun lalu menapak ke arah Safyna.

"Oh dah siap? Good, let's start it. Aku nak buat dalam bilik, kat sini tak ada katil and aircond so.. tak best! Jadi, aku nak dalam bilik" ujar Arla senang. Wah satu hal pula nak angkat besen berat tu pergi masuk dalam bilik.

"Cakap macam nak bersetubuh pula" kata Safyna perlahan. Bibir dikemam lalu angguk kepala. Badan pusing untuk ke dapur kembali, sekali dengan mata dia pusingkan. Jeling.

Katil empuk yang berada di dalam master bedroom tersebut diduduki. Arla melepaskan rambutnya ke belakang lalu kaki disilangkan ala-ala lady boss. Tangannya dipanjangkan sedikit untuk mengambil gambar sambil hujung mata sibuk mengerling Safyna.

"Hey, bibik! Cepat lah sikit! Jalan pun lembab! Macam orang tua!" Lantang dia bersuara. Tetapi arahannya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja oleh Safyna, bukan semakin laju apabila ditegur malah semakin perlahan. Suka hati aku lah nak high speed low speed.

TUP! Besen diletakkan di sisi kaki Arla, lantas dengan itu dia mencelupkan kakinya ke dalam besen.

"Argh! Sejuknya!! Sejuknya! Arghhh!" Terpekik terlolong suara nyamuk itu akibat kesejukan. Safyna tayang muka menyampah, rasa nak mencarut lah.

"Dah benda letak ais, memang sejuk lah ceritanya" perlahan suara Safyna memberi reaksi. Dia turun duduk mencangkung di sisi kaki Arla, mahu meneruskan kerja tukang urut.

"Kau letak ais berapa banyak sampai sejuk macam ni?! Beku kaki aku kau tahu?! Ergh!!" Kaki diangkat ke atas, terketar-ketar Arla menahannya. Safyna putar bebola mata lagi, dia menarik nafas singkat melihat karenah wanita tersebut.

"Cik Arla, tolong jangan over sangat boleh tak? Bukan sejuk mana pun, ais tu saya letak satu per dua je. Lain lah kalau saya humban satu guni ais, itu bukan beku je, itu kedua belah kaki Cik Arla pun tak dapat rasa apa-apa. Saya nak urut pun susah lepastu complain macam-macam. Diri sendiri tak nak bagi kerjasama lepas tu harap yang terbaik je. Tolong bagi kerjasama!" Dengan satu nafas yang mendatar Safyna menjawab.

Ingat dia ada masa nak layan perangai macam itu? Arla pula terdiam setelah ditegur Safyna, perlahan-lahan kaki diturunkan semula sambil tayang muka jijik.

"Berani kau cakap macam tu dekat aku? Hey, bibik! Kau ingat kau siapa hah? Nak aku report dekat tuan rumah kau ke?!"

"Hah report lah! Report! Report! Mengadu je kerja kau!" Safyna balas balik sambil tangan memegang sebelah kaki wanita itu, baru sahaja dia pegang tiba-tiba Arla menarik sekilas kakinya. Kerana kecekapan, hanya sebelah kaki sahaja yang boleh ditarik. Sebelah lagi telah dipaku di dalam genggaman Safyna.

"Eii, apa ni.. Lep—" belum sempat dia mahu menghabiskan ayat, terasa urutan kuat di kaki.

Safyna hanya mempersetankan semuanya, dia terus memicit-micit kaki wanita itu dengan kuat. Dari bawah ke atas sambil pandangan redup memanah anak mata Arla. Banyak betul karenahnya, sudah aku buat je lah.

"Jangan sentuh kaki aku lah! Kau tu pengotor, eiii!! Tolonglah!" Makin dilarang makin Safyna menguatkan urutan sehingga si pelanggan murahan mengaduh kesakitan.

"Sakit-sakit, lenguh-lenguh, sejuk-sejuk, tak payah ada kaki lah kau. Mengada sia" sejurus itu tanpa diduga, Safyna terus mencengkam kuat seolah-olah mahu pecah isi akibat terlalu mampat—

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now