43. Epilog

49 2 0
                                        

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Mari kita bahagiakan diri kita dan membina semula memori antara kita semua."

•••

Eun Rin membawa dulang yang berisi manisan yang dibawa balik oleh Savvy dan Jake.

Setelah Yeonjun membebel segalanya, Savvy dan Jake bersetuju untuk membina perniagaan pastri di Itali. Eun Rin bahagia Mereka semua boleh berkumpul walaupun Ethan masih tak sepenuhnya sembuh, ada yang pergi.

Jay? Dia berkerja di syarikat keluarga Louis. Syarikat pengeluaran makanan. Sekali dengan Steve. Yeonjun tolong Savvy dan Jake menguruskan kedai pastri.

Ethan? Eun Rin yang menjaganya. Disebabkan kemungkinan yang rendah untuk Ethan mendapat kembali ingatan dia, Eun Rin hanya pasrah. Biarlah Ethan tidak mengingati segala perit kisah silam antara mereka berdua. Terlalu banyak yang mereka alami untuk hidup sebagai manusia yang normal dan cuci tangan daripada dunia mafia.

Seokjin juga tersenyum melihat Eun Rin dan Ethan bersama semula. Taehyung masih setia menjadi butler keluarga Louis. Eun Rin pernah bertanya Taehyung tak mahukah mencari keluarga sendiri membina? Katanya,

"Hidup saya sudah ditakdirkan disini. Keluarga Louis. Kalau ada yang sanggup hidup sebagai keluarga butler dan setia akan keluarga Louis sama seperti saya, saya akan pertimbangkan? Hahaha."

Eun Rin memegang lengan Ethan. Mereka berdua sedang bersiar-siar di taman berdekatan bandar.

"Rin, kenapa aku rasa macam familiar dengan taman ni?"tanya Ethan pada gadis disebelahnya.

"Taman nilah permulaan memori kita berdua." Katanya sambil tersenyum mengingat memori yang indah itu.

Dari Ethan senyap-senyap memerhatikan dia, berjumpa di taman ini mendengar luahan masing-masing, pergi ke funfair yang selalu ada setiap hujung tahun, memberi rantai soulmate dan berpisah.

Semua itu membuat Eun Rin tersenyum tapi dalam masa yang sama sebak kerana Ethan tidak mengingati satu pun dari memori itu.

"Ethan?"

Ethan memandang Eun Rin.

Airmata Eun Rin jatuh juga. "Hey kenapa kau menangis? Aku ada buat salah ke?" Tanya Ethan risau sambil mengesat airmata lembut dengan tangannya.

"Nah awak pakailah." Kata Eun Rin menghulurkan seutas rantai soulmate yang pernah dibelinya.

"Ni rantai awak. Saya warna putih, awak warna hitam. Kita dah pernah janji untuk bersama-sama sampai bila-bila."

"Saya faham, susah untuk awak ingat semuanya, tapi saya sanggup tunggu sampai lah mati yang memisahkan saya dengan awak."

Ethan mula merasa bersalah kerana dia hilang ingatan. Sama persis seperti saat Eun Rin hilang ingatan dahulu.

"Saya-"

"Aku minta maaf. Tapi aku akan cuba untuk ingat kau, dan yang lain. Aku dapat rasa kita semua dah alami macam-macam untuk sampai ke tahap ni. Aku harap,kau takkan putus asa dengan aku."kata Ethan memegang kedua-dua tangan Eun Rin.

THE MEMORY •LHS• [C]Where stories live. Discover now