• 4 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Dengan itu, Aarya pun terus mendakap erat tubuh sasa abangnya. Abangnya juga hanya menerima dakapan itu seraya mengusap-usap belakang tubuh Aarya yang berlapik tudung labuh.

Haura dan Erdyna yang berdiri dihadapan pintu asrama daripada tadi masih kekal setia menjadi penonton tidak berbayar bagi drama jejak kasih antara si abang dan si adik.

Maklumlah, member dah bertahun tak jumpa.

"Adik, beg mana? Biar abang angkatkan." dileraikan pelukan semasa bertanya.

"Itu. Kat sana.. Hehe macam biasalah, beg adik mana pernah kurang dari tiga." jawab Aarya sambil menunjuk kearah beg-begnya yang tersusun elok di depan pintu asrama. Tidak jauh daripada tempat dia berdiri.

Abangnya terus menghalakan anak mata pada arah yang ditunjuk Aarya. Terangkat sebelah keningnya.

"Tak boleh banyak lagi ke dik? Tambahlah lagi, sikit sangat tu." abangnya memerli. Seriouslah itu beg-beg adik aku? Dia nak cuti ke nak berhenti.

Aarya berdecit. "Kira sikitlah tu, kalau tidak, banyak lagi tau barang yang adik nak bawa balik." Aarya membalas. Bibirnya mencebik tanda tidak puas hati.

Tadi serba salah, ini tidak puas hati pula!

Terletus tawa kecil abangnya. "Okay-okay. Pergi buka bonnet kereta." dihulurnya kunci kereta kepada Aarya.

"Okay."

"Kak Dyna, Kak Esha! Mari sini kejap!" laung Aarya yang baru sahaja berura-ura mahu pergi ke tempat letak kereta.

Terhenti langkah Erdyna dan Haura yang berhajat mahu masuk kedalam asrama. Langsung menoleh, wajah Aarya dipandang.

"Err.." Erdyna dan Haura menjadi teragak-agak untuk menerima ajakan Aarya.

Bukan apa, jalan mereka untuk keluar daripada pintu asrama itu sudah disekat oleh seorang lelaki tadi, Abang Aarya. Jadi malu pula untuk lalu disitu.

Aarya yang melihat mereka dalam keraguan itu, lebih pantas berjalan laju kearah pintu asrama, selamba menolak tubuh abangnya ke tepi lalu terus menarik tangan Haura dan Erdyna serentak.

Kereta abangnya yang berada diluar pagar asrama dituju.

Haura dan Erdyna pula sudah pasrah dengan paksaan Aarya. Mereka hanya mengikut sahaja langkah Aarya.

Sempat Erdyna mengerling wajah lelaki tadi. Berkerut dahinya kerana ditolak Aarya begitu sahaja.
Haha, kesian betul.

Setelah beberapa langkah berjalan. Akhirnya sampai dibahagian belakang kereta. Bahagian bonnet.

Aarya melepaskan genggaman pada tangan Erdyna dan Raeesha. Lalu bonnet kereta yang ditutup rapi itu dibuka. Memudahkan abangnya untuk meletakkan segala barangnya didalam.

"Kenapa Aarya tiba-tiba nak kitorang ikut sampai kereta ni? Siap tarik tangan pula tu." soal Erdyna. Agak pelik dengan tindakan Aarya tadi. Biasanya Aarya ini tidak suka memaksa-maksa, tapi kali ini dengan bersungguh-sungguhnya dia menarik tangan Haura dan Erdyna.

"Aarya nak bagi something untuk akak berdua." kata Aarya.

Dia terus menuju ke pintu kereta bahagian sebelah pemandu lalu digapainya sebuah beg kertas putih yang bersaiz sederhana kecil. Lalu dikeluarkan dua buah kotak kecil yang berwarna putih dan hitam.

"Nah. Yang ni untuk Kak Esha dan yang ini pula untuk Kak Dyna." Aarya menghulurkan kotak berwarna hitam kepada Erdyna dan kotak berwarna putih kepada Haura.

Haura dan Erdyna beriak aneh. Apa? Ingat Aarya nak bagi racun? Ish la.

Teragak-agak mereka menyambut huluran Aarya. Selepas kedua-dua kotak itu sudah bertukar tangan, mereka berdua tidak berkata apa-apa.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now