• 4 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Err, tak tahu pun." Haura menggaru kepala yang jelas tidka gatal. Sejujurnya tak tahulah sama ada dia tidak tahu atau tak ingat

"Erm patutlah. Mungkin masatu Aarya cerita dekat Kak Dyna je kut. Kalau akak nak tahu, abang yang akan jemput Aarya ni dia baru je balik daripada luar negara. Belajar dan bekerja. Itulah sebabnya dia jarang ada di sini." cerita Aarya. Tahu-tahulah, Haura ini kalau tentang lelaki memang malas nak dengar. Sampaikan abang kawan baik sendiripun dia tak kenal.

"Oohh i see.. Umur dia mesti dah 30 lebih kan. Iyalah, sampai dah belajar jauh and kerja apa semua." teka Haura. Iyalah, tiada yang mustahil. Daripada cerita Aarya, si fulan itu sendiri sudah belajar dan juga bekerja kan? Pasti sudah melonjak usianya.

"Err tiada lah tua sangat, abang Aarya baru je umur dua puluh dua tahun." Aarya menafi. Betullah apa yang dia katakan, walaupun abangnya itu sudah bekerja, abangnya itu masih lagi berada diusia yang muda. Kan?

"Ya weh, umur dia muda lagi tapi dah dapat belajar tinggi-tinggi and kerja awal." Erdyna menyampuk semula.

"Wah. MashaAllah, dasyat! Untunglah dia. Rezeki awal." teruja suara Haura. Teruja tak teruja, cukuplah sampai di situ sahaja dia tahu tentang si fulan itu.

"Hmm itulah kak. Aarya harap Aarya dapat jadi macam dia satu hari nanti."

"Aamiin." serentak Haura dan Erdyna mengaminkan doa Aarya.

"Okay, so sekarang ni. Aarya dah letak beg and barang Aarya kat hall depan?" soal Haura. Memutuskan topik tadi.

"Belum lagi kak. Cadangnya lepas ni lah baru Aarya nak letak."

"Oh okay lah kalau macamtu, mari akak tolong angkatkan sekali. Kita letak di luar teruslah. Sebab abang Aarya pun dah on the way." Haura mempelawa diri. Erdyna juga berkata perkara yang sama. Ingin membantu Aarya.

"Haah, boleh juga tu. Tapi, tak menyusahkan kak Dyna dan Esha ke?"

"Eh, tak susah lah. Dah, jom kita angkat sekarang. Mood kitorang tengah rajin ni." kata Erdyna. Haura pula mengangguk-angguk setuju sebelum digapainya purdah hitam yang tersidai elok di dalam locker lalu diikat tali purdah itu kebahagian belakang kepala. Menutup separuh wajah cantiknya.

"Ehee bolehla-bolehla. Jom!"
.
.

"Huhh..Ada lagi tak beg Aarya?" soal Haura selepas menyusun beg sederhana besar diluar pintu asrama. Tercungap-cungap nafasnya. Berat sungguh beg Aarya. Keliru sama ada disumbatnya baju atau batu.

"Takde dah. Ini je. Thank you kak Esha, kak Dyna! Sebab sudi tolong Aarya. Kesian akak sampai tercungap-cungap angkut beg-beg Aarya. Ehehhe." senyum bersalah. Maklumlah, kali ini tempoh cuti agak lama jadi kena lah bawa banyak barang.

"Iyalah, sama sam-"

"Adik."

Terputus ucapan balas Haura dan Erdyna tadi apabila ada suara garau yang memotong. Kalau telinga tidak salah dengar, si pemilik suara itu datang daripada belakang, pagar besar asrama.

Terus mereka menoleh kebelakang, langsung mengundurkan langkah bagi mewujudkan jarak dengan si pemanggil. Kecuali Aarya. Tersenyum lebar dia.

"Eh, Abang Haan!"

Gembira benar wajah Aarya apabila abangnya yang dinanti-nanti daripada tadi, telahpun tiba didepan mata. Terus dia berlari kearah abangnya.

Abangnya yang seperti sudah sedia tahu dengan tindakan seterusnya, sudah siap sedia membongkokkan diri dan mendepakan kedua-dua belah tangannya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now