"Yang ni pulak bilik D."

Amza menguak pintu bilik yang terakhir, membiarkan Delilah masuk untuk melihatnya keadaan biliknya.

Kali ini Delilah benar-benar terpaku. Apa yang terpampang di depannya kini adalah bilik idamannya!

Tema hijau dengan cat glitter sikit.

Langsir polkadot. Perabot rona putih. Katil king size.

Ada rak yang melekat kat dinding. Ada meja belajar lengkap dengan komputer yang semestinya bukan miliknya. Selama ini dia hanya menggunakan laptop. Di sebelahnya terdapat satu lagi rak tinggi.

Lantas wajah Amza dipandang. Meminta kepastian.

"Uncle tanya pada mama reka bentuk yang macam mana D suka. Maaf kalau bilik ni masih lagi tak menepati citarasa D atau nampak keterlaluan." Ujar Tuan Amza rendah diri.

Seiring itu satu perasaan hangat menyelubungi hati Delilah. Dia pernah merasai situasi ini. Dan sekarang lelaki yang bergelar bapa tirinya ini mengembalikan semula rasa itu.

"D suka. Sangat-sangat. Tapi D tak perlu semua ni. D taknak susahkan uncle." Katanya berterus-terang.

"D dah jadi sebahagian hidup uncle. Uncle buat semua ni sebab uncle nak D selesa."

Delilah diam. Kali ini dia pandang mamanya pula. Serba salah sebenarnya untuk menerima 'keselesaan' yang diberi oleh Tuan Amza.

Lea hanya mengangguk kecil. Memberi isyarat kepada anaknya bahawa dia wajar menerimanya.

Hela nafas, Delilah menutur ucapan terima kasih seikhlas hati. "Terima kasih uncle."

"D kemaslah apa yang patut. Nanti jangan lupa turun dinner." Usul Lea sebelum keluar dari bilik itu bersama Tuan Amza. Meninggalkan Delilah yang termangu sendiri.

Untuk beberapa saat, dia memerhati lagi setiap sudut bilik itu. Dulu dia juga punya bilik mirip seperti ini. Tak sangka sekarang dia bakal mendiaminya lagi. Cuma apa yang berbeza adalah suasana. Indahnya bilik ini tak mampu untuk menutupi kelamnya perasaan.

Puas mengagumi dekorasi dan susun atur bilik yang kini menjadi miliknya, dia atur langkah menuju ke koridor kecil. Langsir polkadot yang tergantung diselak, memperlihatkan pemandangan luar yang sejuk selepas hujan.

Dari arah koridor itu dia boleh nampak laman rumah yang luas dengan rumput menghijau. Saat sliding door ditolak kesisi, angin dingin pula menyapa wajahnya.

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian dia hembus perlahan. Ini permulaan dia hidup disini. Di bandar ini. Jauh dari insan-insan yang menoreh luka di hatinya.

Harapannya cuma satu. Dia ingin mamanya bahagia di samping lelaki yang bernama Amza Khaizan. Cukup sekadar itu.

*****

SELESAI membersihkan diri dan mengemas segala barang, Delilah keluar dari bilik dengan baju tidur tersarung di tubuhnya. Dikerling seketika bilik sang 'jiran' yang masih bertutup rapat.

Kebiasannya dia tidak suka mengambil tahu tentang orang lain. Apatah lagi orang yang tidak pernah dikenalinya. Tapi kali ini, entah mengapa hatinya meronta-ronta mahu melihat anak teruna Tuan Amza yang kini menjadi adik- beradik tirinya.

Namun dia juga sedar diri. Pastinya jejaka itu tidak ingin menemui dia dan mamanya. Pasti sangat sulit untuk jejaka itu menerima mereka.

Jadi apa lagi yang kau harapkan Delilah? Dulu pun kau pernah merasai situasi itu. Memang wajar semua ini berlaku.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now