• 2 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Saiz tubuh mereka memang sejenis yang kurus-kurus aje. Jadinya tak mustahillah tempat duduk buayan yang bersaiz sederhana itu boleh muat tiga orang sekali.

"Okay!" seronok Aarya apabila Kak Dyna nya mempelawa untuk duduk bersama. Terus dia berlari kearah buayan dan laju dihimpapnya buayan besi itu dengan kasar. Bergoyang besi itu.

Tetapi yang dihimpapnya itu terasa sesuatu yang lembut,gebu. Padahal buayan itu kan besi, keras.

"Allah! sakit peha akak ni Aarya! Kalau awak tu ringan tidak apalah, ini tidak!" Haura mengerang sakit apabila peha-nya dihempap Aarya. Berkerut dahi mulusnya menahan sakit.

Dia langsung tak menyangka dan tak bersedia dengan tindakan mengejut Aarya tadi. Memang bertambah sakitlah peha-nya itu. Dah lah buayan ini besi bukannya buayan daripada kekabu empuk!

Aarya menekup mulutnya sebelum tersengih tidak bersalah memandang Haura. "Sorry not sorry kak. But peha akak ni terlalu menarik minat Aarya. Nampak je kurus tapi sebenarnya.. Ugh kalah bantal anak raja ni." balas Aarya. Gelak sakan dia. Suka betul cari pasal dengan Haura.

Dia masih tidak berganjak daripada peha Haura. Erdyna yang duduk bersebelahan dengan Haura sudah ketawa terkekek-kekek seraya menggeleng-geleng kepala melihat dua ketul kawan pungutnya itu.

Haura hanya mampu pasrah.

"Kak Dyna! Kak Dyna." panggil Aarya dengan riak wajah teruja.

"Hm?" sahut Erdyna yang sedang meneguk air kopi. Hanya mampu meng-guman sahaja. Kalau membalas menggunakan suara nanti, takut tak pasal-pasal pula ada yang mandi air kopi.

"Akak nak dengar love story paling latest tak?"

"Wah, boleh juga. Cerita pasal apa pula ni? Best tak?"

"Best gila! Pasal ketua pengawas yang ada hati dekat Kak Esha." Aarya memberitahu tajuk cerita.

Haura yang menjadi tempat duduk empuknya langsung tidak dihiraukan. Seperti mereka berdua sahaja yang ada disitu.

Dia tahu, Haura ini paling tak suka kalau diajak untuk bergossip-gossip. Kalau dengar pun dia tak suka, apatah lagi untuk membuka mulut kan?

Itulah sebabnya Aarya hanya mempelawa Erdyna untuk mendengar ceritanya. Kalau dipelawa Haura, pasti Haura akan membalas 'taknak tahu'. Tambah lagi apabila cerita itu ada kena mengena dengan ajnabi. Bertambah rapilah lubang telinganya akan tertutup.

"Okey! So macam mana pula lovestory kali ni?" teruja benar suara Erdyna membalas. Bersinar-sinar anak mata hitamnya.

Dengan itu, mendapat jelingan sedas dari Haura. Eh lah dia ni, teruja betul.

Istilah Lovestory yang digunakan oleh Erdyna dan Aarya itu adalah kisah seorang lelaki yang berusaha keras untuk meraih hati seketul Haura. Mudah kata, ada yang suka Haura dalam diam. Secret admire.

Usah dicerita, hampir setiap minggu ada aje cerita tentang lelaki yang sukakan Haura, kejarkan Haura. Hinggakan ada tajuk khas yang dicipta oleh pelajar perempuan di sekolah ini iaitu Love story.

Mana tidaknya, Haura ini walaupun sudah memakai pakaian yang bertutup litup malah separuh wajahnya juga ditutup, tetapi masih lagi ramai lelaki yang akan sukakannya.

Kalau bukan asbab rupa sekalipun pasti kerana attitudenya, adabnya, akhlaknya, pelajarannya, penampilannya dan juga kelebihan yang ada pada dirinya. Huh! Susah betul dapat kawan perfect macam dia ni.

Erdyna memandang sekilas kearah Haura. Nampaknya, sahabat itu sudahpun mengeluarkan buku novel. Tahulah dia bahawa itu tandanya Haura betul-betul tak minat dan tak mahu mendengar apa yang dibualkan oleh Erdyna dan Aarya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now