• 2 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Segala rentaknya, sama seperti apa yang Haura lakukan tadi.

"Done?" soal Haura.

Daripada tadi lagi dia hanya membontoti dan meneliti sahaja setiap apa yang dilakukan Erdyna. Sehinggalah selepas Erdyna siap bertelekung, baru dia menyoal.

"I'm done, Alhamdulillah. Jom!" riang suaranya. Lebih segar daripada tadi. Tersenyum lebar. Tidak sabar mahu meluangkan masa bersama Sang Pencipta.

"Alhamdulillah. Jom!"

Haura menggapai jari-jemari Erdyna. Erdyna pula tidak membantah, dia menyambut jari-jemari Haura dengan mesra. Berpegangan tangan sehinggalah tiba di hadapan pintu utama musolla muslimat.
.
.

"Esha, Aarya tak join sekali?" Erdyna menyoal. Berkerut keningnya bertanya.

Pelik. Biasanya Aarya akan turun musolla untuk bertahajjud bersama. Tetapi kali ini, tak nampak pula mata sepet korea dia.

"Dia tengah in moon tu. Lagi satu, sebab malam tadi dia tidur lewat. Itu sebab aku taknak kacau dia. Biarlah dia tidur." kalau tidak tidur lewat, mahu sahaja dia kejutkan budak kecil itu.

Sekurang-kurangnya boleh sahaja berniat untuk bertahajjud tetapi bukan solat malah dengan zikir atau selawat. InsyaAllah, tidak sia sia. Malah mendapat ganjaran dari yang Maha Esa.

"Oh faham faham. Patutlah semalam aku tak nampak Aarya tadarus sekali."

Aarya. Nama penuhnya,
Aarya An-Nuhaa. Nak betul-betul penuh? Han Aarya An-Nuhaa. Ibu Aarya berasal korea. Maka, sebab itulah ada nama Han di hadapan. Mahu menzahirkan kacukan korea lah katakan.

Di tahfiz ini, Aarya adalah junior yang paling rapat dengan Haura dan Erdyna.
.
.​

"Dyna,​ apa kata lepas subuh nanti kita bagi last words or like last talk untuk junior-junior kita tu. Iyalah, diorang bukan tahupun kita berdua akan berhenti dari sini. So, pagi nantilah masanya untuk bagitahu.. Kan kan?" cadang Haura. Wajahnya dipalingkan menghadap sisi wajah Erdyna dengan kening yang terangkat.

Kini, mereka berdua sedang duduk berdua di buayan besi ditepi musolla. Mereka baru sahaja selesai solat sunat dan membaca Al-Quran.

Sekarang, tibalah masanya hanya untuk berehat dan berbual sambil menunggu azan subuh.

Daripada tadi lagi, kedua-dua gadis itu lebih selesa menikmati suramnya subuh. Tidak bercakap walau sepatah. Lebih selesa begitu. Sehinggalah suara Haura yang memecahkan kesunyian.

Erdyna mengangguk kecil. "Setuju setuju. Takdelah nanti lepas habis cuti, mereka tercari-cari akak senior kesayangan mereka ni. Takut juga nanti kalau ada yang meroyan cari kau."

Haura mencebik. "Banyaklah kau punya 'senior kesayangan'. Takde makna-"

"Hai Kak Esha, Kak Dyna!"

Terputus percakapan Haura tadi apabila ada yang tiba-tiba sahaja memanggil namanya dan Erdyna daripada belakang. Apabila mereka berdua berpaling kepada si pemanggil,

"Eh, Aarya! Awal pula bangun." sahut Haura. Erdyna yang berada disebelah hanya memandang susuk tubuh Aarya yang muncul di pintu asrama. Tersenyum.

Aarya tersenyum riang. "Aarya saja je bangun awal sikit. Lagipun, hari inikan hari last korang..Lepas ini takde dah nak duduk berbual-bual macam ni." serta merta riak wajahnya bertukar sedih tambah kecewa.

"Haloh sedihnya dia. Meh lah duduk sini sekali. Kita borak sama-sama. Last love memories gitu.. Kan Esha?" ajak Erdyna. Haura mengangguk.

Ditepuk-tepuknya buayan besi itu. Ada ruang diantaranya dan Haura. Mempelawa Aarya untuk duduk bersama.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now