• 1 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Anak didik ayah pin mana yang cakap aku tak sayang kau, markonah? Siapa yang lagi tak sayang kawan, aku ke kau? Daripada tadi aku asyik fikirkan kesihatan kau. Aku suruh masuk, kau taknak masuk. Ni aku dah kunci pintu apa semua baru gelabah minta masuk." Erdyna menyambung tugasnya sebagai pembebel setia Haura.

Orang degil tahap gaban macam Haura ni memang kena ada tukang bebel. Kalau tak, sampai bila pun takkan dengar kata, bak kata bonda Haura.

"Ehee yelah yelah. Kau sayang aku. Aku sayang kau. Lepasni aku dengar cakap kau, okay?" Haura memujuk. Sudah tidak sanggup lagi mendengar bebelan suci dan wajah garang Erdyna. Garang betul! Dah macam nak dilumatnya orang yang ada dihadapannya ini.

Erdyna yang berdiri berhadapan Haura hanya diam. Matanya dikecilkan. Lalu, dia terus berjalan menuju tempat tidurnya. Haura ditinggal sendiri. Kantuk sudah menguasai diri. Daripada melayan minah seorang ini, lebih berbaloilah jika dia tidur.

Terangkat kedua-dua belah kening Haura melihat Erdyna yang sudah medahului langkah. Tertanya-tanya.

"Aik, merajuk ke? Eh takkanlah Dyna tiba-tiba jadi sensitif. Tapi biasanya kalau dia sensitif pun waktu miss moon dia datang. Tapi rasanya baru minggu lepas habis. Takkan datang lagi? Habislah. Macam mana nak pujuk jemah ni?!" Haura menggumam sendiri sambil melihat susuk tubuh Erdyna yang sudah menjauh. Ditekup kedua-dua belah pipi mulusnya.

Habislah dia kalau seketul Erdyna tu dah mula diam dan menjauh. Siapa pula yang nak teman dia nanti? Siapa nak teman dia waktu makan, minum, yakyak, shi shi nanti?

Walaupun hari ini hari terakhinya disini, dan tiada lagi hari lain. Tetapi hari terakhirlah dia harus bersama sahabat tersayangnya sentiasa.

Aduhai.

Tanpa berfikir lebih lama, Haura terus mengejar langkah Erdyna. Katil double decker Erdyna yang berada bersebelahan dengan katilnya dituju.

Erdyna yang sudah berbaring diatas katil, terasa ruang kosong disebelahnya terhenyak. Tandanya, ada makhluk yang duduk. Sangat kukenal makhluk yang duduk di atas katilku ini.

"Weh Dynaaa... Kau merajuk dengan aku ke?" meleret suara Haura berbisik di telinga kanan Erdyna.

Boleh pula disoalnya merajuk atau tak?

Erdyna tidak memberi respon. Sengaja nak buat-buat merajuk. Dia cuma mengantuk bukan merajuk. Tiada masa lah nak merajuk. Ini bukan zaman budak-budak yang kira mahu kawan atau tak nak kawan.

Kedua-dua belah matanya kekal terkatup. Tandanya, Erdyna sudah tidur.

Bukan.

Pura-pura tidur. Penat melayan manusia degil macam Haura. Tidur lagi best!

"Dyna, Jangan lah macam ni.. Aku tahu kau tak tidur pun lagi.." sambung Haura. Tidak berputus asa untuk memujuk. Nada suaranya tidak jauh seperti kanak-kanak riang yang meminta ampun kepada ibu kerana sudah memecahkan pasu bunga.

Umur Haura sudahpun mencecah 18 tahun, tetapi perangainya tidak jauh beza dengan kanak-kanak berumur 8 tahun.

Tetapi, perangai versi 8 tahun Haura hanya akan muncul apabila bersama kenalan rapatnya dan keluarga sahaja. Jikalau bersama dengan orang lain, memang mustahillah untuk dia berperangai sebegitu. Diluar, dia tidak gemar untuk bersikap dan berfikiran kebudak-budakkan.

Melihatkan Erdyna yang masih tidak terjaga dan lena tidur, Haura menarik-narik hujung lengan baju Erdyna. Dipintal-pintalnya hingga Erdyna merasa merengus.

"Ya, Raeesha. Tidurlah." keras suara Erdyna. Kelopak matanya masih enggan dibuka.

Kita kalau berlakon, haruslah kena tiptop! Suara pun kena ubah supaya nampak real.

"Hmm.. Maafkanlah aku dulu." Kalau tidak salah dengar, jelaslah suara yang menahan tangis.

Drama nya! Sejak bila kawan aku ini suka berdrama?

"Ya, Raeesha. Aku maafkan kau. Dah. Tidur. Aku taknak kau sakit. Rehatlah." Mata Erdyna sudah luas terbuka. Jelas pandangannya dihiasi dengan wajah cantik Haura yang sudah bertukar gundah. Dibirai mata cantik Haura juga sudah bertakung dengan air. Tinggal masa sahaja untuk jatuh menyentuh bumi.

Lembut benar hatinya jikalau bersama dengan orang yang dia sayang.

"Alahai markonah aku seorang ni. Benda kecil pun nak menangis. Nasib sayang. Kalau tak memang makan selipar jamban aku la jawabnya." monolog Erdyna dari dalam hati. Nak sebut seketul-seketul nanti takut ada yang kena hempuk.

"Hm okaylah.. Thanks Dyna, sebab selalu risaukan aku."

"Ya. Dah. Tidur."

"Laila sa'eidah, Erdyna." bisik Haura betul-betul ditelinga kiri Erdyna sebelum dia bangun lalu menghempas tubuh kecilnya diatas katil.

"Nauman sa'eidah, Raeesha." perlahan Erdyna membalas.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now