• 1 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

Dah kata Dheo Han tu tak wujud, tapi nak juga diimpi menjadi suami. Eh bukan-bukan! Bukan awak, dia tu ha.

"Hah tengok lah tu, ada je yang nak dijawabnya. Aku report kat bonda kau karang baru tahu." Erdyna mengecilkan matanya.

"Eh mana ada aku jawab apa-apa. Soalan pun kau tak bagi, nak jawab apa nya?" selamba Haura membalas sebelum dihirupnya hot mocha itu dengan rakus.

"Diam lah Raeesha. Aku cepuk kau nanti. Amnesia terus." bengang terus Erdyna dibuatnya.

Tanpa sepatah dua kata, Erdyna terus bangun daripada duduk. Ada ura-ura mahu beredar daripada situ.

"Alaa, nak masuk dah ke? Awal lagi ni Dyna." Haura sudah merungut. Dikerling jam yang terlilit elok di pergelangan tangannya. Sudah pukul 10.35 malam. Hm, baru pukul sepuluh, belum sebelas.

"Takde takde. Cepat masuk, sebelum aku suruh akak ponti kat pokok tua sebelah bangunan tu seret kau masuk, baik kau masuk sekarang." arah Erdyna sambil bercekak pinggang.

Terletus tawa Haura. "Akak ponti eh? Kalau akak ponti, aku tak takut. Kalau abang sup bunjut, aku takut!" omel Haura. Selamba menyeru dua makhluk itu. Datang betul-betul nanti tahulah dia.

"Ah merepek. Cepat, aku kira sampai tiga je! Kalau kau still taknak masuk, aku kunci pintu." tombol pintu bulat itu sudah digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk ditutup dan dikunci.

"Satu,"

Haura masih tak bangun dari duduk.

"Dua,"

Dia masih lagi buat muka selamba mak nenek dia taknak bangun.

Okay fine!

'klak'

Suara pintu dikunci.

Sekaligus Erdyna tutup semua suis lampu yang ada diluar dorm. Habis gelap gelita kawasan dimana dia dan Haura duduk tadi.

Terus berdiri tegak kedua-dua belah kaki Haura. Langkah diatur laju kearah pintu utama asrama. Gelabah.

"Ha gelabah. Tahupun gelabah!" bisik Erdyna dari dalam hati. Mengintai rakannya yang terkedek-kedek berlari kearah pintu.

"ASTAGHFIRULLAH ERDYNA! Gelap sangat ni weh! Ok ok aku nak masuklah ni. Jangan tinggal aku sorang-sorang kat luar ni, Dyna!" pekik Haura. Diketuk-ketuknya pintu kayu jati itu. Tombol pintu juga menjadi sasaran jari-jemarinya untuk dipulas-pulas.

Malangnya, jeritan Haura tadi tiada sahutan. Erdyna yang berada didalam hanya membiarkan Haura terjerit-jerit ketakukan disebalik pintu.

Setelah hampir beberapa minit, Erdyna buka semula pintu kayu itu. Tersenyum lucu.

Dia tidaklah sekejam manusia yang lain untuk membiarkan kawan sendiri tergendalai di luar malam-malam. Karang kalau ada akak ponti yang betul-betul rembat Haura macam mana? Kan dah susah kena rebut pulak dengan akak ponti.

Selepas dibuka pintu kayu besar itu, terpampanglah riak wajah Haura yang jelas ketakutan. Berpeluh dahinya. Aih baru sekejap dah berpeluh?

Erdyna galak ketawa apabila melihat wajah gundah rakannya. "Gelabah betul eh muka kau, Raeesha. Tahu juga kau untuk takut ya? Ingatkan bila asik berlagak-lagak tadi, takdelah nak rasa takut." omel Erdyna sambil mengunci semula pintu dorm itu. Haura juga sudah berada didalam. Tercungap-cungap nafas gadis itu.

"Huh! Kalau betul tak sayang aku pun tak payahlah sampai kunci pintu." gigih Haura menjawab bersama dengan nafas yang tercungap-cungap. Cemberut wajahnya.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now