epilog

275 61 16
                                    

Orkid, bunga yang indah.
Orkid, seindah namanya.

Mungkin apa yang dikatakan orang itu benar. Mereka yang bertiga akan akhirnya menjadi dua. Namun, kisah kita nampaknya diakhir dengan pemergian engkau buat selamanya.

Terima kasih buat segalanya Orkid. Terima kasih kerana ada walaupun sementara. Dunia sememangnya tempat kita bertemu. Harapnya kita dapat bertemu sekali lagi kelak. Sakit untuk menerima takdir ini. Walaupun ini takdir yang sudahpun tertulis dan pasti kita akan laluinya, aku tak terfikir untuk hilang engkau secepat ini. Engkau mengorbankan engkau tatkala kami ada yang lain dan engkau sendiri.

Mungkin benar, tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Dia berikan engkau rehat selepas berjuang di atas dunia-Nya ini. Dengan berlapang dada aku izinkan engkau pergi,

Berehatlah, Nik Orkid.







_____

W

an Hadeq

Saat dia pergi, saat itulah dunia seakan turut berhenti. Sejujurnya aku gagal untuk melindungi mereka daripada ego yang didirikan oleh mereka sendiri. Aku amat berharap bahagia itu boleh diisi dalam beg kertas. Tidaklah aku buntu memikirkan cara untuk membahagiakan orang lain.

Ketabahan Orkid mengharungi kehidupannya membuatkan dirinya lain daripada mereka yang ada di dunia. Tambahan dengan setianya pada janji dan teguhnya cintanya pada yang satu. Aku begitu berharap dirinya tidak disia-siakan.

Akan tetapi, aku sedar ia sudah terlambat. Tiada apa lagi yang aku boleh lakukan untuk mengubah masa.

Ghazal? Dia bahagia bersama Mawar. Walaupun pada awalnya dia hilang dirinya sendiri. Dia memarahi aku kerana merahsiakan hal Orkid. Mawar bantu dia keluar dari kegelapan. Sama seperti yang Orkid lakukan padanya dahulu. Aku berharap dia mampu menjadi suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab.

Tugas aku sebagai pencerita tamat di sini sahaja,

Buat mereka yang membaca kisah ini, aku harap bahawa kalian menghargai apa yang kalian ada. Sememangnya kita tidak tahu apa yang perlu dihargai, kita akan mula mengetahuinya saat ia hilang.

Jadi, sebelum ia hilang,

Hargai.

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now