8

214 50 7
                                    

Hadeq's Point of View

Setahun berlalu, Ghazal dan Orkid sudah habis pembelajaran di tingkatan 6. Orkid berjaya sambung degree di UKM manakala Ghazal di UM. Orkid terus dengan cita-citanya menjadi seorang pendidik.

Kejayaan Ghazal secara lazimnya aku boleh katakan yang ia dibentuk oleh Orkid yang tidak pernah berputus asa memaksa dia untuk berusaha. Tanpa wanita itu, mungkin Ghazal sudah terpesong jauh daripada laluan kerjayanya.

Mereka berdua akhirnya berpisah demi masa hadapan. Aku masih lagi di Politeknik, kini dalam sem yang keempat. Kami akan berjumpa tiap hujung bulan di pantai yang sama.

Cumanya perjumpaan kali ni, Orkid je yang munculkan diri.

"Macam mana first sem? Okay?" Aku bersuara. Orkid di sebelah cuma angguk lemah,

"Okay je. Easy rupanya belajar dekat uni ni. Struggle form 6 tak sama dengan struggle uni." Kami berdua sama-sama ketawa. Aku betulkan topi di kepala, pantai yang bersih tanpa sebarang sampah ini membuatkan hati terasa tenang melihatnya.

"Aku lagi setahun setengah lagi. Untunglah sambung degree awal." Orkid ambil makanan yang dibawa oleh kami berdua dan letakkan ke dalam pinggan. Dia mula menjamu selera sambil melihat pemandangan pantai,

"Takpelah, takdir kan?" Aku senyum segaris, rasanya itu ayat yang sama dengan hari terakhir aku menetap di sini.

"Betul tu." Aku buat perkara yang sama bila perut mula berbunyi, aku pandang Orkid sekilas. Jujur aku tak mampu melihat gadis itu lama, hati aku lemah mengenangkan nasib dirinya, "kau tak ada plan nak cari partner ke Orkid?"

Orkid termenung sebentar, mulut leka mengunyah ayam goreng. "Tak naklah."

"Tapi kenapa? Bukannya tak ada orang nak dekat kau, bersepah kot."

"Aku tak percaya cinta."

"Tapi kau percaya Ghazal kan?"

Orkid tersentak dengan balasan aku itu. Dia diam dan alihkan perhatiannya kepada perkara lain. Aku lepaskan keluhan berat. Jujur aku masih marah akan Ghazal sampai ke hari ini. Tapi aku tak boleh paksa takdir.

"Kau tunggu Ghazal?"

"For another 9 years."





_____





Time skips: 6 years after.

"Congratulations!" Riang Orkid mengucapkan tahniah kepada Ghazal dan Mawar. Dia memeluk badan Mawar yang berdiri di sebelah Ghazal. Aku tak boleh terima hakikat Orkid pura-pura gembira macam ni.

Beberapa hari sebelum majlis pertunangan ini berlangsung, aku dan tunang aku sendiri — Melissa — menjadi saksi kepada tangisan Orkid. Aku alihkan pandangan ke arah kekasih hati di sebelah. Dia melihat Orkid dengan pandangan sayu. Kami tahu, semua di sini tahu kecuali mereka.

"Tahniah Ghaz, to the next step." Aku bersalaman dengan Ghazal. Senyuman palsu dihadiahkan atas arahan daripada Orkid, "tahniah Mawar. Jaga Ghazal elok-elok."

Orkid menepuk bahu aku perlahan, aku beri tumpuan ke arahnya pula. Muka wanita itu nampak pucat. Dia menundukkan kepalanya agar tidak dilihat oleh sesiapa, membuatkan aku mula risau, "kau okay?"

Orkid geleng kepala, aku perasan hidungnya mula mengalirkan cecair berwarna merah,

"Okay, jom." Aku capai lengan Orkid dan membawanya pergi. Langsung tak sempat meminta diri dahulu kepada Ghazal. Melissa seakan faham dengan riaksi kami, dia turut ikut sama keluar dari kawasan perumahan Ghazal. Kami melangkah mendekati kereta yang tidak jauh dari sini.

"Orkid, nak pergi hospital?" Soal Melissa, dia keluarkan beberapa helai tisu daripada beg tangannya dan dihulurkan kepada Orkid. Kami masuk ke dalam kereta di mana Melissa duduk di bahagian depan dan Orkid di belakang.

"Balik rumah. Aku nak balik."

"Tak nak pergi hospital?" Orkid geleng,

"Tapi teruk tu Orkid." Melissa menbah. Namun Orkid masih lagi membantah,

"Tak boleh pergi hospital. Jangan." Nafasnya seperti tersekat-sekat, "aku nak balik rumah."







_____







Orkid sedang lena tidur di atas katil miliknya. Dia masih berkeras tidak mahu pergi ke hospital walaupun kami sudah memaksa. Pulang sahaja tadi, dia cuma ambil beberapa biji panadol dan ubat yang aku tak pasti apa namanya. Kami ambil keputusan untuk tunggu sehingga dia bangun, mungkin dia perlukan bantuan nanti.

Melissa leka membelek ubat-ubatan milik Orkid. Kami berdua diam melakukan hal masing-masing.

"Awak." Lamunan aku mati bila Melissa mula bersuara, aku alihkan kepala ke arah wanita itu.

"Yes? Kenapa?"

"Ubat Orkid semuanya dah expired." Aku berjalan mendekati Melissa, ubat yang bertaburan di atas meja itu dilihat satu-persatu.

"Haahlah. Kenapa eh?" Aku cuba menyelongkar lagi bahagian ubat-ubatan tersebut. Sehinggalah terjumpa sekeping kad yang aku pasti kad appointment milik Orkid, "kejap, Melissa tengok ni."

Kad bertukar tangan, Melissa melihat isi kad tersebut dengan teliti,

"Kali terakhir dia check up...tahun lepas?"

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now