7

201 50 5
                                    

Jumpa dekat pantai pukul 9 malam ni boleh? Aku tunggu kau datang.

Orkid baca mesej yang di hantar oleh Ghazal itu. Cawan berisi air anggur dipegang dengan kemas. Dia pandang jam berdekatan. Sekarang pukul 8.30 malam. Mesej tersebut diabaikan. Dia naik ke tingkat atas dengan air anggur di tangan.







_____




Ghazal berdiri dari duduk. Satu jam dia menunggu, Orkid masih belum tiba. Dia menampar belakang badannya untuk buang pasir yang melekat. Sedikit berat hatinya untuk pulang namun hari telahpun larut malam. Ghazal lontarkan pandangannya yang terakhir di pantai ini. Tempat ini merupakan kawasan mereka selalu duduk melepak dahulu.

Sebelum dirinya mengambil keputusan bodoh dan mengakibatkan segalanya mula berubah. Ghazal melepaskan satu keluhan berat,

"Nak balik dah?" Langkahnya mati. Kepala dipusingkan ke arah suara yang datang tadi. Seorang perempuan dengan dress serba putih berjalan mendekatinya. Orkid ketawa perlahan, "kena sidai sekejap je kot?"

Orkid duduk di atas pasir pantai tanpa menunggu lawaan Ghazal. Selendang putihnya berterbangan mengikut tiupan angin pantai. Ghazal masih lagi termenung melihat Orkid. Wanita itu seakan berkali ganda cantik dengan pakaian yang dia hadiahkan tahun lepas. Dia ingat lagi saat Orkid berkeras tidak akan pakai dress tersebut kerana ia terlalu keperempuanan baginya.

"Ingatkan kau tak nak datang." Ghazal akhirnya duduk bersebelahan wanita itu, Orkid diam sejenak sambil memerhatikan keindahan pantai waktu malam.

"Aku tertidur lepas solat Isyak." Keadaan kembali sepi. Orkid leka memerhatikan pemandangan tatkala Ghazal tenggelam dengan kecantikka wanita itu. Mereka diam untuk beberapa minit sebelum Ghazal membuka bicara,

"Aku nak minta maaf." Orkid alihkan kepala mandang Ghazal. Lelaki itu kaku sebentar bila mereka bertentangan mata, "aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya jealous kalau kau ada kawan baru. Tak akan kau nak stuck dengan aku sampai bila-bila kan?"

Kening Orkid berkerut, dia tayangkan riaksi pelik.

"Kau jealous? Dengan siapa?" Orkid mula keliru. Dia tak terfikir langsung Ghazal akan cemburu dengan sesiapa. Ghazal alihkan mukanya daripada berterusan menatap wajah Orkid,

"Entahlah. Aku rasa marah bila lelaki lain minta kau ajarkan diorang or tumpangkan kau balik or berlanja kau makan. Even kalau dia bernafas sebelah kau." Ghazal jeda sejenak. Dia meraup rambut yang menutupi dahinya kebelakang,

"Aku tak patut marah benda macam tu kan? Kau bebas buat semua benda, kau bukan milik aku." Dia pandang Orkid kembali, "kau rasa benda yang sama aku rasa? Maksud aku, bila aku dengan perempuan lain?"

Orkid seakan berfikir. Dia tatap wajah Ghazal lama, rindu yang teramat untuk melihat wajah lelaki tersebut sedekat ini, "aku cuma sedih kau mengadu hal kau dekat perempuan lain. Kalau girlfriend kau aku tak kisah, ini Dina? Kau baru kenal dia tahun ni."

"So kau...tak jealous?" Orkid angguk,

"Kenapa kena jealous? Aku tahu at the end kau akan cari aku jugak." Jawapan Orkid membuatkan Ghazal sedikit kecewa. Itu bukan jawapan yang dia ingin dengarkan. "Aku tahu Ghazal, kau tak boleh hidup tak ada aku. Lately ni hidup kau miserable gila. Aku sengaja tak nak tolong, nak tengok berapa lama kau boleh tahan."

Deruan ombak menemani mereka buat seketika, "aku hilang diri aku bila kau tak ada. Dalam masa ni baru aku sedar, kau berharga dalam hidup aku Orkid."

"Kau kena belajar buat semuanya sendiri Ghazal. Kalau aku tak ada nanti, kau nak suruh siapa tolong kau?" Ghazal melantunkan keningnya ke atas,

"Sebab tu kau tak boleh tinggalkan aku."

"Tapi sampai bila?"

Perbualan mati.

"Kau ada girlfriend Ghazal, ingat tu. Aku tak nak kau sakitkan hati dia. Kalau kau terus bergantung pada aku macam ni, macam mana kau nak bahagiakan dia?" Orkid betulkan sedikit selendangnya yang senget ditiup angin. Dia melepaskan keluhan berat dan menguis pasir di kaki.

"Aku pasti kau akan setia dengan dia. Setia tak bawa hasil kalau dia tak gembira. Aku tak nak jadi sebab kau tinggalkan dia."

"Tapi macam mana dengan engkau?"

"Aku boleh jaga diri sendiri. Aku tak nak dengar alasan tak ada jodoh between kau dengan Mawar. Kau kena make sure relationship korang terjaga. Faham?"  Ghazal seakan ditampar dengan kata-kata Orkid itu. Dia mendongak pandang langit,

"Faham."

"Janji ya Ahmad Ghazal?"

"Saya janji, Nik Orkid."

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now