6

216 50 5
                                    

Sebulan lamanya Orkid menghilang. Seorangpun tidak tahu ke mana perginya dia, atau lebih tepat lagi, tiada siapa peduli. Ghazal masih bersama egonya. Baginya dia sudah lali dengan keadaan Orkid yang seringkali meminggirkan diri. Hilang tiap kali masalah melanda.

"Chicken Pizzaz Delivery!" Ghazal ketuk pintu rumah condominium yang menjadi alamat untuk pesanannya itu. Sepanjang cuti dia berkerja untuk mencari duit tambahan. Perkara tersebut sering kali dihalang oleh Orkid kerana ia membuatkan Ghazal leka untuk belajar. Namun dia masih juga berdegil.

Beberapa minit kemudian pintu rumah itu dibuka dari dalam. Kedua-dua mereka diam menatap mata satu sama lain buat beberapa saat. Ghazal sekali lagi melihat nombor rumah yang diketuknya itu. Pasti itulah rumah pemesan,

"Ada oder ke?"

"Betullah tu." Orkid betulkan kain tuala yang digunakan untuk menutup kepala, kotak pizza yang berada di tangan Ghazal dicapai olehnya. Dia mahu berjalan masuk dan menutup pintu rumah. Pantas ia dihalang oleh Ghazal yang ada di luar.

"Orkid, kalau kuku panjang yang dibuangnya kuku bukan jari. Kalau ada masalah, yang dibuang tu masalah bukan persahabatan." Orkid termenung melihat Ghazal yang berdiri di hadapan pintu rumahnya itu. Sekejapan sahaja matanya mula berkaca. Ghazal sedar akan perkara tersebut, lantas lelaki itu mengalihkan pandangannya ke arah bertentangan.

"Masalah dalam persahabatan kita ni, diri engkau Ghazal. Patut ke aku buang kau?"

"Apa kau cakap ni? Aku?" Balasan tidak bersalah Ghazal itu membuatkan Orkid mula naik angin, dia letak kotak pizza di tangan ke tepi dan memeluk tubuh

"Lepas tu? Aku yang salah? Kau yang anggap aku toxic. Kau mengadu domba cari simpati perempuan lain supaya orang nampak kau baik. Kau tak pernah hargai aku macam mana aku hargai engkau. Kau cari aku waktu kau susah, waktu kau tak ada sesiapa yang sanggup nak tolong kau lagi sebab aku je yang sanggup gadai nyawa untuk kau!" Nafas perempuan itu tidak teratur akibat marah yang teramat. Orkid kesat air mata yang membasahi pipi,

"Aku buat semua benda yang aku boleh untuk tolong kau. Untuk ended up jadi 'perempuan toxic' dalam hidup Ahmad Ghazal. I get it, aku bodoh. Aku tak pandai macam girlfriend kau or perempuan yang kau try dekat kolej sana. Tapi aku yang ada dalam hidup kau waktu orang pandang kau macam sampah!" Suaranya mula tenggelam timbul dalam tangisan. Orkid diam sejenak untuk memperoleh kekuatan. Ghazal cuma mampu diam mendengar. Dia tahu Orkid memang mudah menangis tapi...

Ini kali pertama dia sendiri punca perempuan itu mengalirkan air mata.

"Pergilah Ghazal, pergi cari orang lain yang boleh gantikan aku. Orang yang mungkin tak setoksik aku."







_____






Hampir dua bulan pergaduhan antara mereka tercetus. Ghazal masih dengan egonya dan Orkid hanya meneruskan kehidupan seperti biasa. Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada hidup Ghazal. Lelaki itu kini dalam keadaan tidak terurus. Orkid sikitpun tidak ambil peduli dengan hidup dia lagi.

Peperiksaan penggal kedua hampir tiba dalam beberapa minggu. Ia memberikan lagi tekanan kepada Ghazal. Baginya dia boleh melakukan segalanya sendiri tanpa pertolongan Orkid. Orkid juga menunjukkan balasan yang sama. Bezanya Orkid berjaya dan Ghazal tidak. Lelaki itu helpless.

Keadaan riuh pelajar untuk pulang tidak diendahkan oleh Ghazal. Matanya tertacap pada susuk tubuh Orkid yang berjalan di hadapannya. Orkid sudah pasti mahu pulang juga. Hatinya berat untuk menegur perempuan itu namun otak mendesak juga untuk dia menegur.

"Orkid." Nama wanita itu akhirnya keluar juga dari mulutnya. Orkid menoleh ke belakang, mukanya tiada riaksi memandang Ghazal yang memanggil tadi. Ghazal seakan hilang kata, dia diam sahaja tidak menyambung niat sebenarnya memanggil Orkid.

"What?"

"Nev—"

"Orkid! Jom pergi grab some coffee? Razael nak belanja Starbucks hari ni." Perhatian Orkid beralih kepada sekumpulan pelajar yang tidak jauh daripadanya. Senyuman manis terukir di bibir wanita itu. Dia angguk kepala dan meninggalkan Ghazal.

Ghazal seakan terkesima. Dia pasti itu merupakan cara Orkid melepaskan diri daripada duduk lama dengannya di sini. Dia sedar bahawa hidup Orkid lebih bahagia tanpa dia yang membebankan,

"But she don't likes coffee."

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now