5

227 47 14
                                    

"Ghazal tahu pasal ni?" Orkid geleng kepala di hadapan laptop yang sedang terpasang panggilan video bersama Hadeq. Hadeq seka air mata yang melimpah tanpa henti walaupun Orkid dari tadi suruh dia berhenti menangis.

"Aku tak nak dia tahu. Nanti dia jadi annoying, tiap lima minit nak call." Orkid tayangkan muka rimas. Hadeq jeda seketika sebelum sambung memberi pendapatnya,

"Kau kena bagi tahu dia juga Orkid. Bahaya, aku jauh. At least ada sesiapa yang boleh tengok—" Lelaki itu berhenti selepas tersedar dia baru sahaja terlepas kata. Hadeq diam sejenak, cuba fikir cara untuk betulkan ayatnya kembali, "maksud aku—"

"Aku faham. Aku boleh buat semuanya sendiri, jangan risau. Aku tahu kau nak kata aku tak ada keluarga yang boleh perhatikan keadaan aku kan? Takpe Hadeq, sakit aku tak teruk lagi. Aku boleh hidup lagi 5 ke 6 tahun untuk datang wedding korang." Orkid lepaskan ketawa kecil di akhir percakapannya itu,

Dia tayangkan wajah yang penuh berkeyakinan pula untuk memastikan lelaki tersebut berhenti merisaukannya, "kalau teruk sekalipun, aku akan make sure aku hidup sampai korang kahwin."

"Kau kuat Orkid. Aku bangga dengan kau." Hadeq senyum segaris. Dia faham sekali dengan perangai wanita itu, menutup kesedihan diri agar rakannya tidak turut bersedih.

"Thank you. Tapi janji dengan aku jangan bagi tahu Ghazal tau?" Hadeq angguk bersama bibir yang menghampar. Janji tersebut akan dipegang hingga ke hujung nyawa.

"Jaga kesihatan ya Orkid."




_____




"Did he really says that?" Orkid menatap skrin telefon pintar yang diarahkan ke mukanya itu sekali lagi. Hatinya remuk seakan ditusuk belati yang tajam selapas membaca perbualan itu. Dadanya mula berombak dan matanya mula terasa panas. Dia cuba menahan air mata yang mula bertakung. Nafas sedalam boleh diambil.

"Ye Orkid. Ni chat aku dengan dia. Kau tak percaya?" Perempuan tersebut cuba lagi menambah kesedihan Orkid. Dia simpan kembali telefonnya ke dalam saku seluar. Orkid angguk kepala dan duduk di mejanya kembali.

"Tak sangka dia sanggup cakap macam tu." Suara Orkid mula bergetar. Tangan digenggamkan untuk memperoleh kekuatan. Wanita itu lembut hatinya, mudah menangis walaupun perkara tersebut sangat kecil. Sedaya-upaya dia mengelak daripada bertentangan mata dengan perempuan tersebut.

"Sabar tau Orkid. Cuba slow talk dengan dia." Kata perempuan itu sebelum beredar. Orkid kesat air mata yang sudah bertakung penuh. Perbualan antara perempuan itu dan Ghazal amat meremukkan hatinya. Mungkin ini sebab Ghazal tak lagi macam dulu? Ghazal sudah tidak perlukan Orkid lagi?

Kenapa kau tak rapat lagi dengan Orkid? Bukan korang together ke?

Sejak bila? Aku bukan apa, aku tak sukalah perangai dia. Toxic.

Selama mereka berkawan, tidak pernah sekalipun terdetik di hati Orkid untuk memandang Ghazal dengan pandangan toxic. Inikan pula mahu menggelarkan dia dengan gelaran tersebut. Ghazal sudah ada tempat mengadu yang lain? Ini sebab kenapa dia sudah jarang mengambil tahu hal Orkid lagi?

"Orkid! Cuti sebulan ni nak pergi mana? Malam ni jom aku berlanja makan macam last week nak?" Orkid tidak berani mahu menatap mata rakan sekelasnya itu — Razael. Dia sekali lagi kesat air matanya dan galas beg yang sudah siap dikemas,

"Sorry Raz, aku kena balik kampung. Tak dapat join korang malam ni." Orkid berdiri daripada duduk. Masih lagi dengan kepala yang menunduk dia bangun untuk beredar dari kelas. Razael hanya mampu melihat sahaja wanita itu berlalu pergi. Kebelakangan ini Orkid banyak membantunya dalam pembelajaran. Orkid baik dengan semua rakan sekelasnya. Dia dikenali dengan sifatnya yang tidak kedekut ilmu.

"Okay Orkid. Nanti kalau nak join, chat aku tau." Orkid angkat tangan dan berikan isyarat 'okey' kepada Razael. Dia berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Hari itu bermulanya cuti akhir tahun selama sebulan.

"Orkid, aku bawa kereta hari ni. Nak tumpang?" Seorang lagi rakan sekelas Orkid menegur. Orkid geleng kepala, balasan kepada soalan rakannya itu.

Tuhan sahaja mengerti betapa remuknya hati Orkid pada saat itu. Betapa sedihnya wanita itu mengenangkan persahabatannya yang selama ini diagungkan itu tidaklah seindah dahulu. Selama ini apa yang dilakukan untuk Ghazal hanyalah sia-sia. Lelaki itu menganggap ia sebagai satu bebanan.

Ahmad Ghazal, sudah lama mati. Yang ada cumalah jasatnya sahaja di mata Orkid.

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now