4

250 49 32
                                    

"Orkid."

"Orkid?"

"Awak bangun, dah balik ni." Masih tiada balasan, Ghazal goncangkan badan rakannya itu sambil menyimpan alat tulis di atas meja milik Orkid yang berteraburan. Balasannya tetap sama, Orkid masih lena dibuai mimpi. Lelaki itu memilih untuk memasukkan barangan milik Orkid ke dalam beg sekolahnya.

"Orkid?" Gelora mula menyerang jiwa. Ghazal tarik tangan Orkid yang terletak atas meja dan dipegangnya dengan lembut. Tangan wanita itu kesejukkan. Ghazal mula berasa cemas, sekali lagi dia menggoncangkan badan Orkid. Kali ini lebih kuat,

"Orkid?!" Pasti akan keadaan Orkid sekarang, tanpa berfikir panjang dia lantas mengangkat badan wanita itu untuk bangun. Orkid terkulai lemah. Melihat keadaan itu, terus dia angkat Orkid dan masuk ke dalam dakapannya. Langkah besar diambil untuk keluar secepat boleh dari kawasan kolej.

Kawasan yang sesak dengan kerumunan pelajar itu dia harungi tanpa sebarang masalah. Tujuannya cuma satu, iaitu ingin cepat sampai ke hospital. Guru-guru yang menghalangnya untuk pergi diendahkan. Apa yang cikgu boleh buat waktu sekarang? Tunggu bantuan kecemasan sampai? Mustahil.

Pintu kereta bahagian belakang dibuka olehnya, dia letakkan Orkid dengan penuh berhati-hati di bahagian tempat duduk. Selesai memastikan keadaan Orkid selamat, dia berlari ke arah bahagian pemandu pula.

"Ghazal! Kejap!"

"Apa dia?! Aku tak ada masa lah!" Pertama kali dia meninggikan suara kepada perempuan, Ghazal berikan pandangan bengis kepada ketua kelasnya itu — Huda. Huda seakan kecut perut. Dia mendekati kereta lelaki itu dengan keadaan diri yang penat berlari.

"Aku ikut, cikgu suruh aku ikut."

"Masuk cepat!"

Usai sahaja hidupkan enjin, kereta memecut laju ke arah hospital yang berhampiran. Ghazal fokus semasa memandu. Air wajahnya nampak seperti dalam kegusaran yang teramat. Seketika dia melihat Orkid melalui cermin pandang belakang. Jalan yang penuh dengan kereta membuatkan dirinya bertambah angin.

"Aku faham kau risau pasal Orkid, tapi Ghaz, kalau macam ni kau bawak kereta, mahu dengan kita sekali masuk hospital." Huda bersuara. Dia pasang tali pinggang keledar walaupun sebelum ini dia tiada kesedaran untuk memakainya. Ghazal cuma balas sindiran itu dengan jelingan,

"Aku nak tanya. Wakil semua orang dekat kolej tingkatan 6 ni. Kau dengan Orkid ada apa-apa ke?" Tambah Huda lagi. Dia dalam masa yang sama memerhatikan keadaan Orkid di bahagian belakang. Risau akan kelajuan dan cara Ghazal bawa kereta mungkin. Ghazal seakan tertekan dengan soalan yang tak kena tempat tersebut,

"Dia..." Ghazal diam sejenak. Fikirkan jawapan, "dia nyawa aku."

"Klise. Perempuan yang kau post setiap hujung minggu tu siapa pulak? Akal engkau?" Huda membidas. Dia terkenal dengan sikapnya yang cakap lepas. Oleh disebabkan itu dia dipilih untuk menjadi ketua. Ghazal seakan terkesima dengan ayat Huda itu. Dia telan air liur yang tika ini terasa amat kelat.

"Kitorang..." Tangan mengetuk-ngetuk steering. Fikirkan jawapan terbaik dan fikirkan bila tempat yang ingin dituju itu tiba. Lama-kelamaan dalam kereta dengan Huda boleh buatkan dia gila. "Kitorang kawan. Tak lebih daripada tu."

"Mat, mulut boleh tipu mat. Hati tak ley."

"Huda, aku rasa memang tak patut aku bawak kau sekali."

"Kan? Sebab kau takut akan kenyataan."






_____







"Luekimia?" Orkid diam seketika, dia termenung sejenak selepas mendengar khabar berita yang keluar dari mulut doktor yang bertugas. Hatinya seakan hancur saat ini. Doktor tersebut anggukkan kepala,

"Mengikut penyelidikan kami ia berpunca daripada genetik. Cik tahu sesiapa ahli keluarga ada masalah yang sama? Mungkin sejarah kanser darah?" Orkid geleng, dia tidak beberapa mengenali keluarganya. Apakan lagi bapa atau ibu saudara.

"Doktor ada bagitahu sesiapa ke pasal benda ni?" Sekali lagi doktor tersebut geleng kepala,

"Kami cuba hubungi waris kamu, tapi kami gagal jumpa sebarang waris. Kalau tidak keberatan, boleh kamu bawa waris kamu berjumpa saya?" Pertanyaan tersebut meremukkan lagi hatinya. Orkid kemam bibir dan menundukkan kepala,

"Saya tak ada waris." Keadaan sunyi seketika. Doktor dan jururawat tersentap dengan balasan wanita itu. Salah seorang daripada mereka melihat biodata Orkid yang tertulis untuk mengenal pasti umur wanita bernasib malang itu. Riaksi terkejut terpalar di setiap wajah mereka. Orkid cuma mampu tersenyum hambar,

"Maafkan saya Orkid. Kami akan rujuk segalanya pada awak nanti." Doktor cuba untuk lari dari keadaan tegang, dia hadiahkan sebuah senyuman penyejuk hati kepada Orkid.

"Boleh, tapi saya nak minta tolong sikit boleh tak?"

"Ya? Kami tolong selagi mampu."

"Saya tak nak orang lain tahu tentang sakit saya. Kalau boleh biarlah saya sorang je yang tahu."

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now