9

243 51 5
                                    

"Orkid, jawab soalan aku. Kenapa kau berhenti buat check up? Benda ni bukan boleh buat main Orkid." Orkid termenung sahaja dan mengendahkan aku yang duduk di hadapannya ini. Melissa di sebelah tidak henti menyuruh aku untuk bersabar.

"Aku penat." Balasnya dua patah. Aku lepaskan keluhan hampa, kenapa dia perlu ambil langkah ni? Apa yang dia fikirkan sebenarnya?

"Orkid kenapa kau macam ni? Benda ni bahaya Orkid."

"Kau tak faham Hadeq."

"Kau yang tak faham diri sendiri!"

"Hadeq, enough! Tunggu Orkid punya penjelasan dulu." Melissa menyampuk, aku abaikan sahaja dia dan menatap wajah Orkid tajam.

"9 tahun Hadeq, 9 tahun aku hidup dalam rasa serba salah. Aku ada kau dengan Ghazal je selama 9 tahun ni. Aku hidup sorang, family aku semuanya meninggal terbakar." Orkid bersuara tanpa memandang aku yang duduk di hadapannya, dia mendongak pandang siling rumah yang berwarna putih.

"Kau orang ada family sendiri. Aku tak ada sesiapa Hadeq. Aku penat hidup macam ni. Aku dah penat dengan dunia, dengan takdir aku yang entah bila nak ada bahagia. Aku harap kau faham kenapa ini jalan yang aku pilih." Aku terdiam mendengar penjelasannya itu. Orkid kesat air mata yang mengalir. Melissa mengambil tempat duduk bersebelahan Orkid, dia cuba menenagkan wanita itu. Orkid pandang aku yang sudah kehilangan kata ini,

"At least aku dah jagakan Ghazal sampai akhir nyawa aku kan?"







_____








"Orkid kau okay?" Kami sama-sama turun dari pelamin selepas bersalaman dengan pengantin. Orkid cuma angguk walaupun dia sedari tadi memicit kepalanya, "kau nak balik ke?"

Dia geleng, "kan kejap lagi nak tangkap gambar?"

Kami duduk kembali di meja bulat yang berhampiran pelamin ini. Orkid keluarkan beberapa biji panadol dan meneguk air anggur yang aku ambilkan tadi. Melissa juga menayangkan riaksi risau dengan keadaan Orkid. Namun kami hanya mampu mengikuti arahannya sahaja.

"Orkid kenapa? Demam ke?" Soal Huda yang duduk di sebelah Orkid. Aku balaskan soalan tersebut dengan anggukkan kepala.

Kami duduk lagi untuk beberapa minit. Majlis ini diisi dengan beberapa persembahan. Makanan di atas meja mula beransur habis. Sesi fotografi akhirnya tiba, aku bangun dari duduk dan diikuti Orkid. Kami berdua diminta mengambil gambar dahulu atas arahan Ghazal.

Ghazal dan Mawar duduk di tengah, Orkid ambil tempat duduk bersebelahan Mawar manakala aku bersebelahan Ghazal. Beberapa gambar diambil oleh jurugambar. Hampir 15 minit kami di atas pelamin melayankan karenah Orkid yang tidak suka gambarnya hodoh.

"Jom tangkap gambar bertiga? For the last time." Orkid meminta. Faham dengan permintaan itu, Mawar berlalu pergi ke tempat lain untuk memberi ruang kepada kami bertiga. Kami beri Orkid duduk di bahagian tengah, aku sebelah kanan dan Ghazal kiri.

"Orkid, kau okay?" Bisik aku kepada dia. Orkid angguk sahaja dan mula memandang arah kamera.

"Satu, dua—" Cahaya flash menerangi, jurugambar ulang perkara yang sama beberapa kali,

"Okay last, satu, dua—"

Mata aku tertumpu ke arah Melissa di bawah pentas, dia berlari ke arah pelamin ini. Melihat riaksi itu, aku terus lihat Orkid di sebelah. Hidungnya mula mengalirkan cecair merah atau lebih tepat lagi, darah. Badan wanita itu mula seakan lemah-longlai. Orkid pegang peha aku untuk menampung dirinya,

"Orkid? Orkid?!" Aku berdiri dari duduk, Ghazal sambut Orkid yang jatuh ke arahnya. Keadaan mula menjadi huru-hara dengan suara manusia yang tertanya-tanya.

"Hadeq, kenapa ni?" Soal Ghazal cemas. Badan Orkid yang tidak sedarkan diri itu dipegang dengan teliti,

"Bawak dia pergi hospital, sekarang." Ghazal masih lagi terkial-kial. Aku ketuk kepala dia kuat dan ulang arahan yang sama,

"SEKARANG BODOH, KAU NAK TUNGGU DIA MAMPOS KE?"

Aku capai Orkid disebabkan sakit hati dengan Ghazal yang lembap. Ghazal tepis tangan aku. Badan Orkid diangkat oleh dia dan dia mula berdiri. Kami berdua sama-sama keluar dari kawasan hotel dengan Orkid yang tidak sedarkan diri.

Orkid, tolong kuat untuk kami.

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now