2

285 51 2
                                    

Dua minggu rasanya aku tidak lagi mendengar khabar berita daripada Orkid. Hidup aku sibuk dengan kerja sambilan di kedai makanan segera dan persiapan berpindah. Ghazal juga sama, tapi dia kerap datang ke kedai ini berjumpa aku dan risaukan keadaan Orkid.

Kami sudah cuba hubungi dia, semuanya gagal. Terfikir juga ingin mencarinya di rumah, namun kami pernah berjanji untuk tidak datang ke rumahnya. Itu salah satu di dalam perjanjian persahabatan kami. Jangan datang rumah Orkid.

Menurut firasat aku, perempuan itu cuma mahu menenagkan diri. Walaupun ini kali pertama seluruh sosial medianya ditutup. Orkid seorang yang addicted dengan internet. Dirinya tidak boleh sekejappun berpisah dengan telefon pintarnya.

Kali terakhir kami berjumpa, di pantai sewaktu aku beri tahu aku akan berpindah tak lama lagi. Sebelum kami pulang, Orkid ada juga pesan yang dia penat dan mahu berehat. Mungkin itu salah-satu sebab mengapa dia hilang tanpa jejak.

"Hadeq! Hadeq!" Pintu restaurant dirempuh dari luar. Ghazal berlari sambil terjerit-jerit masuk ke dalam kedai. Aku geleng kepala dan letakkan telunjuk di bibir, memberi arahan kepadanya untuk senyap.

"Urgent apa sampai tak boleh tunggu aku habis kerja?" Ghazal berdiri di hadapan kaunter. Mujur tak ada orang tengah hari ini dan aku berkerja bahagian pelayan pesanan. Ghazal tarik nafas dan diam sekejap. Nafasnya tidak teratur akibat berlari.

"Orkid balas mesej aku!"

"What?" Dia keluarkan telefon bimbitnya dan tayangkan beberapa chat kepada aku.

Kau dekat mana Orkid? Kau okay je kan? Kenapa tak angkat call and reply WhatsApp? Ig pun deactivated. Kau tukar nombor ke?

Sorry Ghazal. Aku sihat je. At my lowest right now, inshaallah kalau semua dah okay I'll text you later. Take care.


"Allhamdulillah. Aku dah kata dia okay je. No worries bro." Ghazal senyum lebar sambil menatap skrin telefon bimbit. Dia simpan kembali telefonnya ke dalam saku seluar, "jangan push dia. Bagi dia masa sendiri. Mybe dia busy dengan interview IPG? Kau pun sama kan?"

"Doakan aku dapat masuk sama-sama dengan Orkid tau. Kau tahu kan kitorang nak sangat jadi cikgu." Aku angguk,

"Sekarang berambus, tu ada customers."







_____







"Permohonan gagal."

"Samalah."

"Both gagal, patutlah kita best friends."

Mereka berdua diam sebentar. Aku tak tahu kata-kata semangat mana yang berkesan pada saat ini. Mereka berdua nak sangat jadi seorang guru dan berharap sangat dapat mohon IPG. Malangnya mereka berdua gagal.

"Tak apa, kan ada jalan lain. Mungkin ini takdir." Aku bersuara dan meneguk Caramel Latte yang sudah sedikit sejuk.

"Second option aku sambung form 6." Orkid tutup telefon bimbit. Dia capai botol air bercorak bunga daisy miliknya yang sudah tentu isi botol tersebut merupakan air anggur. Penutup botol dibuka, bibir botol disuakan ke mulut.

"Kau tak nak tunggu UPU?" Soal Ghazal.

"Tak nak. Takde duit nak sambung diploma. Also lepas aku survey, untuk buat pinjaman at the age of 18 ialah satu benda yang merugikan. Lepastu kau nak pinjam untuk degree lagi? Seumur hidup kita berhutang aje nanti." Orkid sambung selepas meneguk air anggur miliknya, "kau nak buat apa lepas ni?"

Soalan tersebut ditujukan kepada Ghazal, "aku tunggu UPU. Tapi rasanya aku sambung form 6 jugak macam kau kot."

Aku pasti yang Ghazal cuba sedaya upaya untuk sambung belajar bersama Orkid di tempat yang sama. Orkid seakan penyuluh kepada kegelapan hidup seorang Ghazal. Sifat keibuan perempuan itu amat membantu lelaki cepat pelupa seperti dia.

Aku juga pasti. Sedikit sebanyak, Orkid juga merasakan benda yang sama. Dia juga semestinya berharap mereka akan bersama untuk beberapa tahun lagi. Walaupun tiada sorangpun antara mereka mengakui perkara tersebut, tingkah laku yang ditayangkan amatlah nyata.

Bagaimana mata Orkid bersinar tiap kali bertentangan mata dengan Ghazal dan Ghazal yang memerhatikan wanita itu setiap masa.

Semua itu tidak menipu. Walaupun hakikatnya tiada siapa yang mengaku. 

Kita Bukan Satu ©Where stories live. Discover now