74

26.2K 1.6K 550
                                    

                 "Jangan buat macam tu lagi." Sempat Zander menjeling tajam ke arah Mia yang duduk di sisi katil. Sebabkan Mia, sudah berapa kali mereka terbabas, tersasar, dan segala ter yang wujud.

"Janji awak suka..." Mia membalas perlahan, tidak mahu didengari oleh Zander. Zander yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala itu pandang dia bagai nak telan.

Mia bangun dan berjalan ke arah Zander. "Awak." Zander hanya sekadar menjungkit kening sebagai tanda apa.

"Awak sayang saya tak?" Soalan Mia seperti gaya budak darjah tiga itu hanya dibiarkan tanpa jawapan. Sudah goda orang, terbabas banyak kali, mahu lagi tanya soalan macam tu.

"Jawablah Zakari-" Mia berhenti apabila tiba-tiba saja bibirnya diragut oleh Zander.

"Sayang. Puas?" Ucap Zander setelah beberapa saat mereka berkongsi nafas yang sama.

Anak mata gelap Zander memandang dalam wajah Mia. "Kalau kau panggil aku dengan nama tu lagi, siap."

Mia hanya tersenyum suka, sengaja aje dia panggil dengan nama itu. Suka mengusik Zander. Mahu lihat Zander marah.

"Jom," Zander menarik tangan Mia lalu mereka keluar dari kamar tidur mereka.

Langkah dibawa ke tingkat bawah dan mata mereka disajikan dengan kawan-kawan mereka yang sedang duduk di meja makan tanpa Adrian dan Kiara. Masih belum bangun ke mereka berdua?

"Dree dengan Kie mana?" Zander mengambil tempat duduk dan Mia duduk bersebelahan dengannya.

Semua diam, tiada seorang pun yang membalas.

"Mana Rian dengan Kie?" Kini Mia pula yang menyoal sambil sebelah tangan mengambil makanan namun masih sama, tiada siapa yang menjawab.

Baru saja Zander mahu tanya mengapa, suara Kiara dari belakang kedengaran. "Morning semua!" Kiara datang bersama Adrian disebelah.

Adrian dan Kiara mengambil tempat duduk. "Harini kita pergi theme park. Hayyaz, kau dah beli ticket?" Adrian menyoal lalu mencicip kopi panas.

Masih tiada siapa yang menjawab, buatkan Zander mula memandang mereka hairan. "Korang ni dah kenapa? Tak ada mulut dah ke nak jawab?"

Adrian toleh lihat Zander. "Asal ni?"

"Mana aku tahu kenapa. Tiba-tiba je semua jadi batu." Zander membalas lalu sempat kawannya yang lain dijeling.

"K, kenapa? Semalam tu kau dah okay belum?" Adrian menyoal, mengharapkan Keith akan membalas.

"Non parlare con me." (Jangan cakap dengan aku.) Dingin saja jejaka beriris biru itu membalas dalam bahasa Itali.

Zander dan Adrian saling berpandangan. Sudah kenapa mereka ni? "Ada buat salah ke?" Kini Zander yang menyoal.

Diam lagi. Mia dan Kiara pun turut bingung. Sudahlah tidak faham dengan apa yang dituturkan oleh Keith.

Oh! Baru Zander dan Adrian ingat. Dua lelaki itu sengih tidak bersalah. "Alamak. Tu pun nak marah, sorry ah." Zander kemudian bersuara lagi.

"Asf lilrukub." (Sorry naik lori.) Zayyan menjeling sambil menjawab dalam bahasa Arab.

"Bahasa apa kau cakap ni?" Adrian mengerut dahi tidak mengerti.

"Rian." Rafael memanggil. Adrian kalihkan pandangan memandang Rafael.

"Girlfriend aku cakap... ada satu benda ni, nama dia concealer tau."

"Benda tu boleh tutup kesan-kesan dosa kau. Sekali dengan tutup kebodohan kau pun boleh juga. Lain kali jangan lupa beli. Mur mur je." Dan sejurus itu Rafael bingkas bangun dari duduk. Berjalan ke arah dapur.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now