19

22.8K 1.6K 611
                                    

"Ini bilik saya." Pintu biliknya dikuak. Jarinya membuka suis lampu dan kipas serta penghawa dingin.

Langkah dibawa masuk ke dalam bilik Mia. "Ya tahu. Aku pernah masuk." Balas Zander selamba.

Mia dibelakang sengih. "Oh ya..." Kalau bukan sebab Zander masuk bilik dia, tak ada lah mereka disatukan hari ini.

"Awak."

Zander toleh memandang Mia. Kening diangkatkan, menanti ayat yang seterusnya.

"Macam mana awak boleh masuk sini? And...awak sengaja je ke? Awak nak perangkap saya?" Soal Mia tanpa berdalih.

Dari haritu dia rasa pelik dan ragu-ragu. Dia kenal Zander. Dan dia tahu tahap kemampuan Zander. Ini semua pasti dirancang. Tapi apa sebabnya?

"Mana kau tahu." Balas Zander tidak berperasaan. Mia terkedu sedikit mendengar jawapan yang keluar dari mulut suaminya.

"Haah. Betul lah tu apa yang kau cakap. Aku saja je. Aku yang perangkap kau." Zander mengorak langkah kembali ke Mia.

Mia masih diam dan statik di tempat mana dia berdiri.

Zander berdiri betul-betul di depan Mia. "Kau marah ke?"

Satu tangan Zander naik memegang pinggang Mia, "Oh..." Zander senyum herot, "Ke kau suka?"

Mia pula bagaikan kaku. Terkejut dengan tindakan tiba-tiba Zander.

Mia geleng kepala, "Mana ada-"

"Tak apa. Suka lah aku. Aku suka." Satu tangannya yang lagi sebelah naik memegang wajah Mia.

Ibu jari Zander mula mengusap pipi Mia. Zander senyum seraya menarik kepala Mia ke dadanya, "I love this."

Mia diam lagi. Wajahnya yang disembabkan pada dada Zander itu mula membahang akibat malu.

"I love it when now I can call you as mine."

Zander jarakkan sedikit jarak antara mereka. Tangannya yang tadi di wajah Mia kini memegang satu tangan Mia, tangan yang berada di pinggang Mia dikekalkan.

Wajah Mia ditatap dalam-dalam.

Zander mengerakkan kakinya perlahan-lahan ke kiri dan kanan dan Mia hanya mengikut rentak Zander.

"Awak tahu menari?" Soal Mia sedikit terkejut.

"Setakat ball dance. Apalah sangat." Badan Mia dipusingkan.

Satu tangan Mia diletakkan pada bahu Zander. "Saya suka." Mia senyum.

Jarak antara mereka dirapatkan, "Then we will dance for the rest of our life."

"I love it." Mia senyum lebar dan lagi sekali badannya dipusingkan dan kali ini dia mendarat pada sebelah lengan Zander.

"And I love you." Anak mata hitam milik Zander memandang menikam lembut sepasang anak mata Mia.

Mia kehilangan kata-kata. Dia hanya sekadar menatap wajah Zander yang berada diatasnya.

Lama mereka dalam posisi begitu. Zander kemudian berdehem.

Mia didirikan semula.

"Dah, aku dah balas balik yang haritu." Tangan Zander naik membelai rambut Mia.

"Pergi mandi Mia bella. Lepas tu, rehat." Dahi Mia dikucup lalu Zander berjalan ke katil.

"Nanti bagitahu aku bila kau dah habis mandi. Nak lelap kejap. Penat." Zander baring di atas katil. Belakang tapak tangan diletakkan atas dahi.

Mia yang masih memakai dress pengantin itu kaku di mana dia berdiri.

Zander yang dia kenal sebelum berkahwin dan Zander yang di depan matanya ialah seperti dua orang yang berbeza.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now