"Marah dia lagi." Dengan selamba Zander membalas membuatkan habis pecah tawa mereka semua. Mia memandang Zander sebal.

Menyampah!




"Dah siap ke Yan?" Rafael datang mendekat ke arah Zayyan yang sedang memasak di dapur.

"Fini!" (Done!)  Zayyan meletakkan pinggan masakannya di atas meja. Bersinar mata Rafael melihat mac and cheese kegemarannya sudah siap dimasak.

Mereka berdua bersama Harraz dan Hayyaz menyediakan tempat makan. Mereka semua menyewa satu banglo sepanjang percutian mereka di France.

"Rian dengan yang lain mana? Tak habis lagi?" Tanya Zayyan sambil memanjangkan leher. Tadi katanya Adrian, Zander, Keith, Kiara dan Mia mahu berlatih bertinju di tingkat bawah.

"Ada ni!" Kiara datang ke arah meja makan. Haruman bau masakan Zayyan dari jauh menarik perhatiannya.

Harraz mengepit hidungnya. "Eee korang ni busuklah. Pergilah mandi."

"Malas." Balas Keith bersahaja dan langsung labuhkan punggung.

Mereka lebih suka jika lakukan semuanya sendiri. Tiada pembantu, tiada orang lain. Privasi pun terjamin.

"Lepas ni nak buat apa?" Soal Zander. Mia pula sedang meletakkan makanan di atas pinggannya.

"Lepasni kita jalan-jalan jom? Takkan nak duduk bilik je." Hayyaz memberi cadangan.

"Haah. Lainlah Adrian dengan Zander. Duduk bilik pun ada bini." Rafael mencelah. Bagi satu pandangan gatal.

"Kalau jealous, pergilah kahwin. Korang pun dah tua." Balas Adrian. Tak habis-habis mahu perli dia sama Zander.

"Elok sikit. Kitaorang muda lagi." Bidas Keith. Suka hati je cakap tua.

"Itulah. Kau yang tua. Bapak Dree.." Ayat terakhir itu sengaja Rafael perlahankan suaranya. Takut akan dimarahi oleh Adrian.

Adrian hanya mengecilkan matanya. Dasar adik ipar tak jadi.

"Jom pergi theme park nak?" Cadang Mia. Semua mata tertumpu pada Mia.

"Kau nak pergi sana?" Soal Zander disebelah. Mia hanya mengangguk perlahan. Mestilah dia nak. Lama dia tak pergi.

"Okay set, theme park." Zander memberi kata putus. "Hayyaz tempah tiket."

"Yay! Theme park!" Sorak Mia dan Kiara serentak. Memang itu pun asbab mengapa mereka mahu ikut mereka semua. Tak sia-sia berlakon merajuk.

"Patutlah bestfriend, dua-dua macam budak." Gumam Harraz perlahan di telinga Keith.

"Betul. Lepastu bila marah, macam burung helang." Keith mengangguk-anggukkan kepalanya. Sambung mengumpat dengan Harraz.

"Apa dia?" Langsung saja Mia dan Kiara menoleh melihat dua orang lelaki itu.

Harraz mencapai gelas minumannya. "Apa? Mana ada apa-apa, kan K?" Harraz menolak bahu Keith.

Keith angguk. "Y-Ya. Mana ada apa-apa."






                 "Weh, dah siap ke?" Tanya Mia pada Kiara. Mereka sekarang sedang berada di dalam bilik Zander dan Mia.

Mia kata yang dia ada bawa baju tidur ekstra. Ekstra seksi sudah pasti. Mia ada beli lebih buatnya dan Kiara sekali. Sengaja dia ajak Kiara untuk cuba pakai pada malam ini.

"Dah!" Kiara keluar dari bilik air dan Mia keluar dari bilik persalinan. Keduanya sorak suka apabila melihat penampilan masing-masing.

"Cantiknya kita!" Puji Mia. Mereka berdua berpegangan tangan dan melompat-lompat suka.

Zander Mia : Her Bad BoyWhere stories live. Discover now