Chapter 8

328 38 35
                                    


Pagi yang indah terus diganggu oleh satu panggilan telifon.

Dengan mamai Hali menjawab panggilan tersebut.

H: hello?

??: Solar kritikal!

Terus Hali bangun dari baringnya dan berlari keluar dari bilik tanpa sempat dia mandi atau basuh muka terlebih dahulu.

Entah kenapa sejak dia bermimpi Solar haritu dia jadi risau kalau perkara tersebut jadi kenyataan.

Nina yang melihat tidak sempat bertanya kemana Hali mahu pergi.

"Mana pula budak nih nak pergi pagi-pagi buta nihh..",soalnya sendirian.

Telifon yang berada di atas meja diambil lalu satu panggilan dibuat.

N: ikut Hali dan bagitahu aku kemana dia pergi.

Senyuman sinis terukir di wajahnya.

Berbalik kepada Hali...

Dia membawa kereta dengan laju hampir kesemua lampu isyarat dilanggar walaupun masih berwarna merah.

"Aku harap kau baik-baik sahaja.."

*





*

Skip time

*




*

Di hospital...

Pintu wad Solar dibuka kasar dari luar. Terlihat Hali termengah-mengah akibat berlari menggunakan tangga.

"Kau ok?!",soal Hali risau.

Solar memandang Hali dengan mulutnya penuh dengan nasi goreng.

Erk..

Dengan langkah laju Hali terus pergi kearah Solar lalu badannya di diperiksa.

"Doktor call kata kau kritikal..",kata Hali.

"Mana ada...aku ok je.",balas Solar pelik.

Pintu wad dibuka dari luar lalu muncul Ain bersama Nirah.

"Saya yang call kamu tadi..",ngaku Ain.

"Aku takde masa untuk bergurau.",desis Hali.

Baru sahaja dia membuka langkah untuk pergi lengannya dipegang oleh Nirah.

"Saya tidak mampu melihat kamu berdua jadi macam nih disebabkan salah faham 11 tahun yang lalu."

Satu video terus ditunjuk kepada Hali.

"Ini video original.",dengan perlahan Nirah berkata.

Suasana bilik menjadi sunyi sepi dan video tersebut dimainkan sehingga habis.

Solar yang melihat hanya diam ditempatnya.

Habis sahaja video dimainkan, Nirah terus menyimpan semula telifonnya.

Belum sempat dia berkata apa-apa kepada Hali...Hali sudah lari kearah Solar lalu memeluknya erat.

"A-aku minta maaf! Sumpah aku memang tak sangka akan jadi macam nih...aku memang bodoh sebab percaya benda tuh...m-maafkan aku Solar.."

Hali memandang Solar yang hanya memandangnya.

"Kembalikan masa 11 tahun yang kita tak dapat luangkan bersama.",pinta Solar.

Anggukan laju diberi.

Kerusi roda yang berada di bawah katil ditarik keluar lalu Hali mengangkat Solar dan meletakkannya di atas kerusi roda.

"Jom. Doktor kata kau masih lemah jadi aku tolak kau."

"Eh cop! Kau belum mandi kan? Muka pun tak basuh...pergi mandi baru boleh bawa aku.",arah Solar.

"Nanti pun boleh mandi.",kata Hali malas.

"No! Pergi mandi sekarang!"

Dengan pasrah Hali terus ke bilik air dan mandi. Nasib Solar ada baju lebih untuknya.

Selesai mandi Hali terus membawa Solar jalan-jalan di taman bunga belakang hospital.

Di taman bunga...

Hali memetik beberapa kuntum bunga ros berwarna kuning dan diberikan kepada Solar.

"Mulai harini aku akan percaya kau sorang je..",dengan yakin Hali berkata.

"Aku harap begitulah..",balas Solar lalu tersenyum.

Tanpa mereka berdua sedar ada yang sedang menangkap gambar mereka berdua.

Hali menolak perlahan kerusi roda yang diduduki oleh Solar.

"Kalau kau nak apa-apa minta je...aku akan kasi semua yang kau nak..",pesan Hali.

"Kalau camtu bawa aku ke karnival sains!",pinta Solar riang.

Erk...

Menyesal pula tanya. Memang Hali bosan lah jawabnya kalau pergi sana. Tapi dah adiknya mahu kesana dia pun ikutkan sahaja.

Terus ceria Solar dibuatnya. Memang dah lama dia nak pergi karnival tuh tapi Nirah selalu tak kasi sebab bahaya kalau pergi seorang diri.

Jadi dengan patah hatinya Solar pun hanya mampu mendengar keseronokan di karnival daripada kawannya.

Tapi tahun nih ialah tahun paling bahagia dalam dirinya kerana dapat bersama dengan abangnya semula.

"Kau janji takkan tinggalkan aku?",tanya Solar dengan nada perlahan.

Hali terus melutut di depan Solar lalu memegang tangannya erat.

"Mulai harini aku janji akan jaga kau dan takkan lukai kau lagi.",jawab Hali lalu tersenyum di depan Solar.

Klik. Klik.

Beberapa keping gambar diambil lalu lelaki tersebut tersenyum sinis.

"Baiklah..."

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now