Chapter 5

338 38 116
                                    


Sampai sahaja di rumah Hali sudah disoal oleh keluarganya.

"Hali pergi mana? Risau tau mama bila Ez call kata Hali lari entah kemana..",soalnya risau.

"Ada hal."

Dengan malas Hali menjawab lalu dia terus masuk ke biliknya. Pintu dihempas kuat sehingga membuatkan yang lain tersentak.

"Persiapan untuk sambutan hari jadi Hali sudah siap?"

"Semua dah siap puan Nena..."

Hari jadi Hali akan disambut besar-besaran dan ramai pelakon terkenal dijemput datang.

Maklumlah dia pelakon yang semakin naik sekarang.

....

Di bilik Hali...

Laci dibuka kasar lalu gambarnya bersama Solar sewaktu mereka kecil dilihat lama.

"Kalau kau tak cakap macam tuh dulu mesti aku akan bersama kau...kau memang bodoh Solar.",dingin Hali berkata sebelum dia menutup laci kasar.

Badannya direbahkan di atas katil kerana kepenatan.

Telifon dikeluarkan dari poket lalu satu nombor di dail.

H: hello?

??: Asal?

H: nanti kau belikan kek hari jadi...tapi bukan untuk aku tapi untuk budak aku jumpa harini dia sakit teruk jadi aku nak kasi hadiah dekat dia..kau boleh tolong tak Fang?

F: mesti ah boleh...nanti kau hantar maklumat hospital mana wad nombor berapa...senang sikit aku nak cari nanti...

H: ok nanti aku mesej.

Panggilan dimatikan lalu telifon dicampak ketepi.

Hali memejam mata dan dia tertidur dengan lenanya.

*****

Solar membuka matanya perlahan selepas 2 hari dia tidak sedarkan diri sejak kejadian yang berlaku sebelum nih.

Ergh...

Nirah yang sedang meletakkan bunga di dalam pasu terus berlari anak kearah Solar.

"Solar nak air? Lapar ke?..eh jap akak panggilkan doktor.",kelam kabut Nirah berlari keluar dari wad untuk memanggil doktor yang bertugas.

Solar hanya melihatnya dari jauh.

*



*

Skip time

*



*

Selesai doktor melihat Solar dia terus keluar dari wad selepas memberi beberapa nasihat.

Nasihat yang selalu didengari oleh Solar beratus kali kalau dia ditahan hospital iaitu...

"Jangan paksa diri...kerja berat tuh kurangkan...mental juga kena jaga jangan stress sangat...pastikan kamu dapat rehat secukupnya."

Keluhan kecil dilepaskan.

Nirah mula bersuara untuk memecahkan kesunyian.

"Jadi apa kamu nak untuk hari jadi tahun nih?",tanya Nirah teruja.

"Erm...tak kesah apa pun..",jawab Solar lalu tersenyum manis.

"Baiklah kalau camtu.."

Selepas sejam Nirah pun balik ke rumah anak yatim. Solar masih ditahan wad untuk rawatan lanjut.

....

3 hari kemudian...

Sambutan hari jadi Hali sangat meriah.

Dia terlihat sangat gembira di depan semua orang.

Tapi bagi Solar...hari itu adalah kali ke 12 dia sambut birthday seorang diri sebab diabaikan oleh kembarnya sendiri.

Dan harini juga dia terpaksa sambut seorang diri selepas Nirah ada urusan penting di rumah anak yatim.

Di wad Solar...

Coklat pie yang berada di dalam laci dikeluarkan dan diletakkan di atas meja berhadapan Solar.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 malam.

Hisk...hisk...hisk..

Pipinya dikesat berkali-kali tetapi air mata terus menerus mengalir di pipi.

"Halili..hisk...selamat hari jadi. Makin tua kita berdua kan...aku doakan kau dipanjangkan umur sihat selalu dan berjaya dengan cita-cita kau...aku nak kau tahu yang kasih sayang terhadap kau tak pernah berkurang walaupun kau sendiri hina aku...aku maafkan semua tuh...",ucap Solar sambil melihat gambar Hali pada skrin telifonnya.

Dengan perlahan Solar makan coklat pie tersebut sambil menangis.

Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sakitnya hatinya waktu tuh.

Ting!

Satu notification masuk dan Solar terus membukanya.

Muncul satu gambar yang di upload di media sosial milik Hali.

Gambar dia menyambut hari jadinya dengan orang ramai.

"Kau nampak...gembira...memang kau tak ingatkan aku ke? Apa salah aku pada kau Hali sampai kau buang aku camni...",bisik Solar lalu dia mencampak telifon tersebut ke lantai sehingga pecah.

Kepalanya terasa sakit dan nafasnya mula tidak teratur. Dia mula lupa apa yang dinasihatkan oleh doktor kepadanya pagi tadi.

Ergh...ha....ha....ha...

Dengan tenaga yang ada Solar terus menekan punat merah yang berada di atas kepala katilnya berkali-kali sebelum dia pengsan tak sedarkan diri.

Fang yang baru sahaja tiba di hospital berasa pelik melihat beberapa nurse berlari ke wad yang diduduki oleh Solar.

Nasib Fang sempat menarik salah seorang nurse.

"Apa jadi?"

"Pesakit di wad 003 pengsan tak sedarkan diri.",jawabnya lalu pergi ke wad Solar.

Pantas tangannya mengambil telifon yang berada di dalam poket seluar lalu menelifon Hali.

F: hello! Orang yang kau suruh bagi kek nih pengsan tak sedarkan diri.

H: ouh...takyah bagi ah camtu...kau balik jelah

Belum sempat Fang menjawab Hali terus memutuskan panggilan.

Adakah Solar kena mati baru Hali nak sedar diri?

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

Abandon Twins[Complete]Where stories live. Discover now