Chapter 2

349 49 39
                                    


Gadis tersebut terus memegang kedua-dua belah bahu Hali lembut.

"Solar mesti akan suruh Hali ikut kami..sebabnya dia taknak susahkan abang dia...",katanya dengan nada lembut.

"Solar tak pernah cakap macam tuh..",balas Hali tidak berpuas hati.

"Tapi dia cakap dekat aunty yang dia taknak Hali jaga dia dah..sebab dia dah besar boleh jaga diri dia sendiri.",katanya lagi.

"S-solar cakap macam tuh?"

Gadis itu mengangguk laju.

Lelaki tadi memberi telifon kepada gadis itu.

"Kalau tak percaya tengok video mesej nih.."

Satu video dimainkan dan kelihatan Solar yang duduk di katil sakitnya.

"Takyah dah jaga aku...kau pergilah dengan diorang...aku semak ah dengan kau 24 jam nak berkepit je...rimas tahu tak! Aku benci kau Hali!!"

Dengar sahaja apa yang dikatakan oleh Solar membuatkan Hali menangis kuat.

Huwargh!!!

"Solar benci Hali!!!"

Gadis itu terus memeluk Hali erat. Senyuman sinis terukir diwajahnya.

Nirah makin pelik dia tahu sangat kembar tuh memang rapat dari kali pertama dia berjumpa diorang dua.


Tiba-tiba Hali terus mengemas barangnya dan gambar Solar dicampak ketepi.

"Saya nak ikut korang dua! Sudi tak...korang jadi mama papa Hali?",tanya Hali sambil menggalas begnya.

"Mestilah kami sudi!"

"Kalau camtu dah setellah kan...kami akan bawa Hali balik ke rumah kami.."

Nirah terus memeluk Hali buat kali terakhir.

"Hali taknak jumpa S-

"Taknak!"

Nirah tersentak sedikit mendengar jawapan Hali. Tapi dia tidak mampu lakukan apa-apa. Dia hanya melihat Hali pergi bersama keluarga angkatnya.

Ring! Ring! Ring!

Panggilan dijawab.

N: hello?

D: hello...saya nak bagitahu Solar dihantar ke bilik kecemasan.

N: a- apa!? Baiklah saya datang sekarang.

Dengan tergesa-gesa Nirah pergi ke hospital.

....

Di hospital...

Sesampai sahaja di hospital Nirah berlari dengan laju ke wad Solar berada.

Bertapa terkejutnya dia apabila melihat keadaan Solar dengan hidungnya dimasukkan tiub oksigen.

"Ya Allah...Solar.."

Bahu Nirah ditepuk perlahan oleh seorang Doktor bernama Ain.

"Saya nak bagitahu keadaan Solar..",katanya lembut.

"Apa yang jadi sebenarnya Doktor? Tadi dia ok sahaja..",soal Nirah mukanya terlihat sangat risau.

"Solar tiba-tiba sahaja meronta cari abangnya...dia menangis dengan teruk sehingga saluran oksigen dia tersumbat...jadi kami terpaksa bawa dia ke bilik kecemasan untuk rawatan segera.",jawab Ain.

Nirah terus terduduk atas lantai.

"A-apa saya perlu buat? Abang dia dah pergi...Ya Allah...."

"Hali bukan ke sayangkan Solar?"

Pelik Ain dibuatnya.

"Hali terus setuju diambil anak angkat lepas tengok video mesej dari Solar...saya pun tak sangka Solar akan cakap macam tu..",jelas Nirah.

"Video mesej? Maksud Nirah yang nih?"

Ain mengeluarkan telifonnya lalu diberi kepada Nirah. Satu video dimainkan. Kelihatan Solar didalam video tersebut.


Ain: ok apa mesej untuk Hali?
Solar: jaga aku selalu..jangan tinggalkan aku tau!kalau boleh aku nak berkepit 24 jam dengan Halili!
Aku suka camtu! Aku sayang Halili sangat-sangat!

Nirah tergamam melihat video tersebut.

Itu bukan video yang dia lihat tadi!

Dengan pantas Nirah mengeluarkan telifonnya lalu cuba menghubungi gadis tadi tapi nombor tersebut tidak ada dalam sistem.

"D-diorang tipu...aku perlu buat laporan polis!",kata Nirah cemas.

"Diorang takkan dapat bantu...sebab kau dah tandatangan surat anak angkat tuh jadi kau dah takde hak keatas Hali..",balas Ain.

"A-apa aku patut buat sekarang?...Hali dah takde...apa aku nak cakap dekat Solar nanti? Hisk...hisk...",tangis Nirah. Dia rasa menyesal dengan apa yang berlaku.

"Kita terpaksa tipu atas kebaikan Solar....dia dalam keadaan tidak baik sekarang...kau setuju?",cadang Ain sebagai doktor dia tahu mana lebih baik untuk pesakitnya.

"B-baiklah...kalau itu yang terbaik."

Nirah melihat kembali keadaan Solar. Hatinya terasa sakit apabila mengingat kembali kejadian tadi.

"M-maafkan akak Solar.."

....

Di rumah baru Hali...

Membulat mata Hali melihat rumah yang besar dan mewah di depan matanya.

"Wahhh besarnya rumah nih!",puji Hali teruja.

"Baguslah kalau Hali suka...gembira mama mendengarnya.."

Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

Siapa sangka niat sebenar mereka berdua adalah menggunakan Hali sebagai penjana duit untuk mereka berdua.

Iaitu menjadikannya seorang pelakon terkenal.

Bersambung...
Vote dan coment 🤧

Abandon Twins[Complete]Kde žijí příběhy. Začni objevovat