"Macam apa?"

"Macam tak kenal masing-masing. Stranger. Bila cakap pasal Hansa pun kau buat dia macam orang asing. Nak tak nak je cakap" okay mari kita jujur.  Bukan niatnya mahu menjadi seorang penyibuk tetapi sudah banyak kali dia notis benda sebegini.

Tambah pula dengan pandangan Hansa terhadap dirinya. Suspicious.

"Lagi satu.. adik kau tak suka aku ke?" Soal Safyna lagi. Dia buka mata dan terlihat Hannah seakan-akan terkedu.

"Eh tak adalah. Dia okay je dengan kau. Kalau dia tak suka kau, aku sendiri buat dia suka kau. Buat apa dia nak buat macam tu? Pernah kau bunuh hak milik dia ke?" Balas Hannah dalam nada yang seakan menahan marah. Muka pun mula tegang, telan liur Safyna dibuatnya.

"Oh.. tak apa lah kalau dia tak suka aku sekalipun. Hak dia, bukan?" Sebaris senyuman diukir.

"Pala hotok kamu."

"Kenapa? Dia ada buat apa-apa pelik dekat kau ke?" Hannah merapatkan jarak mereka, ingin tahu lebih lagi.

"Eh tak ada. Tapi tulah, setiap kali dia nampak aku mesti dia buat muka.. muka macam tak suka dengan keberadaan aku."

"Lagi?"

"Dia kadang-kadang nampak macam.. tak puas hati dengan aku. Cepat annoying dengan aku.. that's it" ujar Safyna lagi.

Hannah menoleh ke arah lain dengan muka tegangnya, masih cuba mengawal amarah dalam diri.

"Dia memang macam tu. Selalu sangat tak puas hati dengan orang. Bukan dengan kau je, dengan aku pun dia kemain biadap. Kecik lagi nak naik kepala. Masalah betul budak tu. Kalau dia buat lagi, kau balas balik."

"Tapi Hansa sebelum ni baik je dengan aku" Safyna berkerut dahi sambil berkata.

"Itu sebab dia tak tunjuk lagi belang dia."

"Aku pun tak tahu lah apa sebab minah tu nak benci kau. Budak tu memang tak betul sikit" sambung Hannah.

"Oh ta.."

"Dah lah, tukar topik" palet coklat itu ditutup lalu diletakkan di sisinya.

"Sekarang ni.. instead of blablabla tentang dia, apakata kita buat memori?" Hannah mengambil telefon pintarnya, dia membuka aplikasi kamera.

Safyna angguk kepala perlahan, dia bersetuju. Plastik kecil yang mengandungi tindik palsu dibuka lalu dipasang pada bibir bawahnya. Rambut bahagian depan dibetulkan lalu sesi berseronok yang sebenar-benarnya bermula.

.....

"But baby when I'm running, I'm running to you.. you won't see me cry.. I'm hiding inside.."

Lagu yang menjadi trend tiktok pada masa sekarang bermain di sekitar bilik Hannah. Bermacam-macam lagu yang dimainkan, sudah seperti disco.

"Hahahahaha dah macam penyamun aku tengok!"

Ujar Hannah yang sedang memegang telefon bimbitnya, galak merakam dan mengambil setiap detik. Safyna pula sudah rimas dengan topeng tersebut, dia terus membukanya. Pistol mainan diletakkan ke tepi, air Monster Energy berwarna putih diteguk kencang. Dahaga.

"Cheese!"  Butang kamera ditekan. Hannah meletuskan tawa apabila dapat mengambil gambar rupa baru Safyna yang terlihat hot di matanya. Tambah pula dengan gaya dia minum, simpan buat kenangan!

Safyna menjauhkan air tin itu daripada bibirnya. Mata dipejam rapat akibat gas yang terlampau kuat tetapi nikmat. Dia geleng kepala beberapa kali lalu pandang Hannah semula.

"Padu siut!" Laung Safyna.

Dia ketap bibir bawah dan menghampiri dinding bilik tidur tersebut. Sebelah tangan ditekap pada dinding lalu perlahan-lahan menundukkan kepala.

"Asal aku rasa high semacam?" Geleng kepala lagi.

Safyna betul-betul berasa seakan-akan dia berada dalam badan yang baharu. Suasana yang seronok dan dia menikmati ia sepuasnya. Gelak tawa Hannah dan diri sendiri menghiasi fikiran. Nikmat yang lain daripada yang lain, tidak terkata.

"Fyn, kau-"

KLAK!

"HANNAH! HANNAH!" Suara Datin Helena menerpa masuk ke dalam bilik.

Hannah terus pandang ibundanya sepantas kilat. Terkejut dengan tindakan si ibu yang tiba-tiba.

"Kenapa, bu?" Soal Hannah.

Safyna memusingkan kepalanya perlahan-lahan, melihat dua beranak yang sedang mengadakan perbualan.

Datin Helena tarik nafas sebelum membuka mulut.

"Kamu pergi bawak Safyna turun sekarang! Bapak dia datang! Serbu ibu tadi!"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now