Bab 1

2.7K 155 28
                                    

"Ingat, Damia. Jangan cari nahas dengan Star Entertainment. Kita ni memang bergantung pada company tu. Kalau Mr. Kim tarik balik ratusan juta ringgit tu, kita memang tak ada peluang lagi. Remember." Damia masih lagi mengingati nasihat daripada bosnya, Cik Aira.

Pertama kali datang ke syarikat yang paling terkenal di dunia. Wah rasa banggalah pulak dek. Hoho. Cantik. Mewah. Terngaga mulut apabila menjejakkan kaki ke lantai yang berkilat tahap dewa. Uish, memang cantik gila, brother. Rasa macam bukan duduk dekat Malaysia je sekarang. Ofis tempat dia kerja pun, tak adalah sehebat dan segempak ni.

Kelihatan perabot mewah di situ diatur dengan kemas dan cantik. Bilik pejabat pekerja yang selesa. Nak lalu pun rasa segan. Hmm, nampaknya Star Entertainment ni bukan calang calang syarikat. Memang syarikat yang sangat gah! Rasa rasanya pemilik syarikat itu mesti disukai ramai. Patutnya bersyukur ler syarikat Empire Holdings kerana syarikat gempak ni sudi nak bekerjasama.

Damia tersedar dari lamunannya. Lamunannya terganggu apabila seorang perempuan berskirt merah menyapanya.

"Maaf kerana Cik Damia terpaksa menunggu lama. Cik Damia boleh masuk sekarang." Setiausaha Mr. Kim tersenyum manis.

"Thank you," ucap Damia. Senyuman dibalas kepada gadis itu.

"Mari saya tunjukkan jalannya," kata gadis itu lagi. Damia angguk. Wah, berbudi bahasa betul setiausaha Mr. Kim ni. Mesti dah ade pakwe. Mr. Kim pun mesti baik orangnya. Dah setiausaha dia baik, mestilah tuannya pun baik. Damia membayangkan Mr. Kim yang bakal dia berjumpa sebentar lagi.

"Thanks again,"

Damia mengambil langkahnya ke bilik pemilik syarikat itu. Kedatangnya ke sini adalah sebagai wakil Empire Holdings untuk mengucapkan terima kasih kepada Star Entertainment. Dia sendiri yang menawarkan diri untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Star Entertainment. Dia patut berasa beruntung sebab Encik Haqiem dan Cik Aira percaya terhadapnya. Kalau bukan sebab mereka yang baik hati, memang tak adalah dia nak jejak kaki dekat situ. Kerana Star Entertainment lah mereka dapat meneruskan projek besar di London.

"Um, Hi.." ucap Damia di sebalik pintu. Tak kan nak Assalamualaikum pulak kan? Lawak lah kalau macam tu. Pintu kayu itu diketuk sebelum ditolak perlahan.

"Shut up!" terpanar Damia mendengar suara garau itu. Hoi, bagus bagus orang dah bagi salam sebelum masuk tapi dia shut upkan aku pulak? Damia pun mengangkat kepalanya.

"You, Lisa. Better listen here carefully. You ni tak faham bahasa melayu ke? Nak I guna bahasa apa? Tamil? Thailand? Indonesia? Spanish? I dah cakapkan, kita dah tak ada hubungan lagi. Why dont you just understand me?"

Huh! Nasib mak kau dia tengah call orang rupa rupanya. Ingat kan dia marahkan aku. Damia mengurut dadanya.

Damia hanya memerhati gelagat lelaki yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Dia ni sedar ke tak yang aku ni lagi berdiri di belakang dia? Patut aku keluar aje ke atau stay? Damia merasa bersalah namun dia tetap juga berdiri tegak di situ.

"Jangan ganggu I lagi!" marah lelaki itu sebelum mematikan talian. Telefon bimbit canggihnya itu dicampak ke atas meja. Nasib baik kau lah tak berkecai. Kemudian dia pun berpaling menghadap Damia. Mereka bertentang sebelum Damia melarikan pandangan. Senyuman manis diberikan.

"Sorry sebab lama tunggu," kata lelaki itu. Senyuman pencair hati diberikan kepada Damia.

"Its okay," jawab Damia.

Kemudian mereka terdiam seketika. Damia menilik lelaki yang berada di depannya. Wah, rambut kau! Kau buat hairstyle jenis apa? Jenis thailand ke? Macam cicak baru lepas beranak je. Apa punya lelaki. Tambahan pula, ada pula rantai kat leher? Isy isy, tak senonoh betul! Muda and handsome. Handsome... Tapi sehandsome mana pun mamat ni takkan jadi future husband aku ler. Kalau perempuan lain mungkin rampas je tapi kalau aku, boleh bla lah. Wait a minute. Is this Mr. Kim? Mudanya. Tak caya aku.

"Mr. Kim?" Damia mengangkat kening kirinya meminta kepastian.

"Am I too old for you to say that?" soal lelaki itu sambil tersenyum ke arah Damia. Damia mengerutkan keningnya tanda tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh lelaki di hadapannya. Budak ni memang jenis blur agaknya.

"Anyway, forget about that. So I'm Kim Taehyung. Just call me Taehyung. Kalau nak lebih selesa panggil Taetae je," Taehyung menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun Damia hanya mengangguk. Dia tidak mahu menyambut huluran salam itu. Memang lah tak sambut, ingat aku ni perempuan murahan ke?

Taehyung mengangkat kedua dua belah keningnya. Interesting! Tak pernah pernah dia jumpa perempuan jenis macam ni sepanjang dia berkenalan dengan orang lain.

"Mianhae because tak cakap awal awal yang I dah dua bulan ganti tempat daddy I. Jadi, daddy I sekarang di MADE Group," kata Taehyung hanya sekadar menutup malu.

"It's fine. Um, excuse me. Apa mianhae tu?" Soal Damia kepada Taehyung. Taehyung menepuk dahinya.

"Sorry sorry. Mianhae tu sorry." Taehyung menjawab.

Tadi Damia yang seperti sakan menilik Taehyung, now giliran Taehyung pula yang memandang sakan ke arah Damia. Damia memakai jaket berwarna hitam dan seluar jeans biru biasa. And one more thing, bertudung hitam. Boleh tahan cantik. Berwajah putih melepak. Natural without makeup. Dagu dan bibirnya wah wah mesti banyak lelaki yang memikat minah ni. Bertudung? Ermm.. Memang gadis bertudung bukan gadis idamannya tetapi baginya tudung itu merupakan satu perkara yang wajib untuk perempuan. Susah nak pegang tangan, susah nak peluk dan susah nak cium. Sebab perempuan yang selama ni dia dampingi semuanya tidak bertudung.

"I'm Damia. An engineer of Empire Holdings."

Dan bermulalah sesi perkenalan di antara mereka.

Mr. Playboy | TaehyungWhere stories live. Discover now