Nada notifikasi berdenting pada telefon bimbit Kaii menandakan ada mel elektronik memasuki sistem peti masuknya.Dibukanya dengan pantas dan aksara demi aksara kandunga mel elektronik tersebut dibaca.

Permohonannya untuk menyertai semula kem latihan di Majlis Sukan Kebangsaan telah diluluskan dan kem latihan bermula pada hujung bulan hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi sukan paralimpik musim panas tahun hadapan.

Keputusan Kaii untuk bangkit semula daripada kemelut hidupnya itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia bermakna Kaii perlu memulakan segalanya sekali lagi namun keberadaannya di dunia Babad Saribu Bhyangkara banyak mengajar agar dia perlu sentiasa menghargai kehidupan dan setiap saat yang dilaluinya.Mahukan kehidupan sama seperti orang lain bukanlah sesuatu yang patut diinginkan.

Kaiiara dalam Babad Saribu Bhyangkara misalnya.Berapa ramai yang mencemburuinya namun tidak ada sesiapa pun yang tahu apa yang dilalui Kaiiara untuk berada di tempat tersebut.Yang mereka lihat hanyalah gemilang hidupnya sebagai seorang puteri mahkota.

Dan jika dibandingkan kehidupan mereka berdua,Kaii merasakan hidupnya sebagai Kaiiara di dunia sebelah sini tidaklah terlalu teruk.Dia hanya kehilangan upaya untuk menggunakan kakinya seperti orang lain.Teruk sangatkah hal itu?Soal hidup mati,ia adalah kitaran alam.Hanya masa yang membezakan.

Masih berbaki sejam setengah sebelum kenderaan yang ditempahnya melalui sistem tempahan kenderaan dalam talian itu sampai, Kaii duduk berlama-lama di halaman belakang hospital tersebut.Menghirup bau daun kering yang luruh dari pohon sebagai penanda masa bahawa musim luruh akan bermula beberapa hari lagi.

Buat kesekian kalinya,Kaii mengeluarkan lagi berbatang-batang pen pelbagai warna dan cuba untuk menuliskan aksara pada helaian kosong Babad Saribu Bhyangkara tetapi seperti usahanya sebelum ini,kali itu juga menunjukkan hasil yang sama.

Dakwat pen tersebut tidak pernah berjaya melekat ke permukaan kertas.

Tujuannya hanya satu.Jika dia boleh menuliskan perkataan pada helaian kertas tersebut,dia akan menyudahi jalan cerita Babad Saribu Bhyangkara seperti sepatutnya.

Tapi..tunggu sebentar..Angin dari utara yang bertiup ke arahnya membawa bau seseorang.Sambil mengetap gigi,Kaii menghayun tongkat di pangkuannya ke belakang.

"Boleh tahan.."

Tschhhh....Kaii malas berdebat panjang lebar dengan manusia yang satu itu kerana akan ada sahaja ulahnya untuk membuatkan Kaii jengkel bukan kepalang.Yang hilang upaya hanyalah kakinya dan bukan keseluruhan anggota.Setakat menghayun tongkat sehingga membuatkan lutut seseorang bengkak,bukan masalah besar juga rasanya.

" Sudah selesai?"

" Setengah jam yang lepas.Doktor Aidan ada hal jadi sesi kali ini dibatalkan."

Kaii mencapai roda kerusinya lalu menggerakkan roda tersebut meredah padang kecil di kawasan belakang hospital tersebut namun hanya berselang beberapa saat dirasakan Kayden sudah mendorong kerusi rodanya seperti biasa.

" Saya datang menagih janji.Bila Kaii boleh siapkan cerita Babad Saribu Bhyangkara tu?"

"Sejak bila hal tu jadi urusan Tuan Kayden yang terhormat??"

Kayden menahan tawanya daripada meletus.Kaiiara tetaplah Kaiiara yang sinisnya minta ampun.

"Mungkin ia perlukan penulis dan jalan cerita yang baru.."

Kaii menahan putaran roda kerusinya dengan tangan dan serta-merta juga kerusi rodanya berhenti.

"Well.." Kaii menyua sebatang pen " Try it,then!"

Nada mencabar Kaii hanya dibalas dengan senyuman senget Kayden.Tanpa memperdulikan tatapan gadis itu yang seakan mahu mencekiknya,dia merapatkan sila ke atas permukaan rumput dan meletakkan Babad Saribu Bhyangkara ke atas riba.Penutup pen yang disuakan Kaii dibuka dan dengan berhati-hati dia menuliskan sesuatu.

"See?"

Bangga sekali Kayden menunjukkan susunan aksara yang dituliskannya kepada Kaii dan jelas sekali gadis itu tergamam seperti baru melihat hantu.

"Bagaimana...."

"Kaii tak tahu bagaimana untuk menulis?"

Kerut tidak senang pada wajah Kaii tampak tidak mampu diselindungkan tetapi itulah tujuan sebenar Kayden.Untuk melihat gadis itu marah-marah dan menatapnya sengit merupakan hiburan yang sangat menyenangkan baginya entah mengapa.Bahkan ketika terkenangkan bagaimana Kaii selalu sahaja menyinggahkan penumbuknya yang comel kepada Kayden,pemuda itu sukar menahan diri untuk tidak tersenyum sendiri.

"Kayden kena tolong saya.."

Jengkel sungguh Kaii melihat pemuda itu jika dia sedang memperlihatkan gestur khasnya.Mengangkat kening kanan,kepala yang senget jua ke kanan dan mencebikkan mulut.

"Anything for you my Rose.."

Duakkkk....

"Adoihhhh!!!"

Kayden terloncat-loncat mengusap tulang keringnya yang disinggahi tongkat sambil meringis kesakitan.Rasa sakit aneh yang membuatkan dia seakan-akan hendak menangis dan tertawa sekaligus.Menggerenyat sehingga ke kepala.Pembantu peribadinya yang berdiri di sudut sana meringis sambil memalingkan wajah ke arah lain barangkali tidak sanggup melihat kesengsaraan sang majikan.

Tahukah Kaiiara siapa yang sedang dibulinya itu???

"Seriuslah.." Gadis itu menujah lutut Kayden denga hujung tongkat membuatkannya segera menjauh.

"Okay..okay..fine..Kaii mahu saya buat apa?"

"Saya akan tuliskan pada helaian kertas lain.Saya cuma perlukan Kayden untuk menyalinnya semula ke dalam naskah Babad Saribu Bhyangkara.Bolehkan?"

"Harga saya mahal,tahu?"

Damn..

"Kayden nak apa? Saya hanya mampu belanja makan sekali atau dua kali. I am broke,okay!"

Melihat pemuda itu tertawa mahu benar Kaii menujah lagi tempurung lututnya dengan hujung tongkat tetapi dia risau Kayden akan berubah fikiran.Tanpa bantuan Kayden,cerita Babad Saribu Bhyangkara akan terus tergantung tanpa penamat sementara Kaii sangat menginginkan cerita itu berakhir seperti yang sepatutnya.Dan untuk itu,dia memerlukan Kayden.Hanya dia yang boleh melakukannya.Maka demi itu,akan ditahan sahaja dulu rasa geram Kaii akibat karenah Kayden yang aneh-aneh begitu.

Kayden dan Babad Saribu Bhyangkara.Ada apa dengan pemuda itu sebenarnya?? Mengapa hanya dia yang boleh menuliskan aksara pada helaian buku tersebut?

Sambil melihat susuk para pemuda berkot hitam yang segera menepi sebaik sahaja melihat mereka,Kaii tidak habis fikir.Apakah akan ada kisah baru yang bakal tercatat pada helaian Babad Saribu Bhyangkara??

GUNS AND ROSES.

Begitu perkataan yang dituliskan Kayden sebentar tadi.Apa jangan-jangan.....

* * *

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now