°∘∘14∘∘°

Start from the beginning
                                    

Digenggam erat secara bersulam tangan gadis itu. Tersorok tangan kecil Aisy disebalik tangan Khalaf yang besar itu. Dengan hanya menggunakan sebelah tangan lelaki itu memandu.

"Tidur. Lambat lagi nak sampai."

Sedang asyik Aisy merenung lama ke arah dimana tangannya diletakkan tadi, tersentak gadis itu apabila disapa. Aisy menganggukkan kepala. Dibiarkan sahaja Khalaf menggenggam tangannya. Terasa dilindungi, terasa dihormati. Mudah saja lelaki itu membuatkan dirinya jatuh cinta sekelip mata.

 Mudah saja lelaki itu membuatkan dirinya jatuh cinta sekelip mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa jam sudah pun berlalu. Maka, destinasi yang dituju sampai jua. Sebuah rumah kampung yang dihadapannya ada beberapa khemah.

Kereta mewah milik Khalaf jelas meluncur masuk kedalam kawasan rumah tersebut. Dipakirnya rapi kereta di ruang yang masih kosong. Memandangkan kereta saudara-mara nya yang lain turut ada pada ketika itu, menandakan di dalam rumah nanti pasti ramai dan sibuk dengan persiapan.

"Aisy.."

"Wake up-" Perlahan-lahan Khalaf mengejutkan isterinya yang masih lena dibuai mimpi.

Beberapa saat selepas itu, Aisy membuka kelopak matanya. Anak matanya melirik ke arah luar tingkap kereta.

"Dah sampai?" Terkebil-kebil gadis itu menyoal.

Khalaf mengangguk perlahan. Lelaki itu membuka seatbelt di dudukan Aisy. Selesai itu, seatbelt di dudukannya pula dibuka.

"Jum masuk." Khalaf mengajak isterinya keluar. Pintu kereta dibuka perlahan sebelum kakinya melangkah keluar mendekati pintu sisi Aisy pula.

Beberapa minit memastikan Aisy keluar dari perut kereta, pintu kembali ditutup rapat.

Tanpa melengahkan masa, lantas Khalaf menarik lembut lengan isterinya lalu dibawa ke arah pintu rumah.

Terkial-kial Aisy pada ketika itu mengekori langkah suaminya dari berlakang.

"Beg tak bawa masuk ke Farrel?" 

"Biar aku angkatkan nanti sayang." Sekilas wajah isterinya dipandang.

Pintu rumah tersebut secara tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Jelas dimata Aisy pada ketika itu melihat seorang wanita yang mungkin umurnya dalam lingkungan 60-an sedang mengukir senyuman buatnya dan Khalaf dari jauh.

"Assalamualaikum Tok Ma" Khalaf menyapa Hajah Rossila.

"Waalaikumsalam. Segaknya isteri hang--" Jelas tampak teruja wajah wanita tua itu.

Walaupun Aisy berasa kekok pada ketika itu, dia memberanikan diri menyalam tangan Hajah Rossila. Kemudian langkahnya kembali keberlakang sebalik tubuh tegap suaminya. Senyuman kelat diukir.

"Sapa ada kat dalam Tok Ma?" Khalaf menyoal, memandangkan ada banyak selipar dan kasut yang berada di atas lantai.

"Pak Long ngan anak bini dia ja--"

"Lekaih masuk." Lembut Hajah Rossila mengajak mereka agar masuk.

Khalaf hanya menurut. Sebelum kakinya melangkah masuk, sempat lelaki itu meletakkan tangan kiri Aisy di hujung bajunya. Menyuruh agar gadis itu sentiasa menggenggam dan mengikut setiap langkahnya dari belakang.

"Jangan takut." Perlahan Khalaf membisikkan ayat itu ditelinga isterinya.

Ketika mereka mendekati ruang tamu, ada dua orang yang sedang rancak berbual.

"Hah! Pengantin baru dah mai dah.." Teruja Rezza yang digelar Pak Long itu melihat keberadaan Khalaf dan Aisy.

"Tahniah Khalaf." Aminah si isterinya pula menyapa.

"Terima kasih Mak Long." Khalaf melabuhkan pungunggnya berhadapan dengan pasangan itu. Tangan Aisy ditarik lembut, menyuruhnya agar duduk disebelah.

"Ha awat si Ros tu tak balik?"

"Mama ada hal. Lagipun esok dia kena pergi Italy." Ringkas Khalaf menjawab pertanyaan Rezza.

"Ada dia habaq mai kat mak semalam. Katanya ada urusan." Hajah Rossila mencelah sambil dia membawa beberapa gelas yang berisikan air kopi beralaskan dulang. Wanita itu perlahan-lahan meletakkan dulang tersebut ke atas meja ruang tamu.

"Berseri lagi noh muka. Padan baru nikah semalam." Mak Long mengukir senyuman manis buat Aisy.

Aisy hanya mampu tersenyum nipis, tidak tahu dia hendak memulakan perbualan. Puncak hidung yang tidak terasa gatal, digaru.

"Tok Ma ikan dah beli--"

"Eh Khalaf pun adalah!"

Anak perempuan Rezza iaitu Puteri, baru saja melangkah masuk mendekati ruangan tersebut. Ditangannya pula sedang memegang beberapa plastik basahan. Gadis itu mendekati mereka yang berada di situ.

Langsung sekilaspun Khalaf tidak mengalihkan pandangan ke arah Puteri yang menyapanya tadi. Hanya tangan kiri isterinya digenggam kemas.

"Eh-- Ni Aisy kan? Perempuan yang Makngah cerita dia takda mak bapak tu." Selamba Puteri.

"Put. Apa cakap macamtu? Aisy isteri Khalaf lah--" Mak Long tegas melontarkan suara.

"Memanglah Ros ada cerita, tapi dia pi habaq kat Tok Ma hang ja. Yang sibuk ambil tahu kenapa?" Pak Long menggelengkan kepalanya.

"Saja nak ambil tahu pasal dia. Kenapa? Salah? Betul apa dia takda mak bapak. Lepastu siap menyusahkan Khalaf lagi suruh jaga adik dia---"

"Cukup Puteri." Khalaf melepaskan genggaman tangannya pada Aisy. Lantas lelaki itu bangun dari duduknya. Rahang tajam digerak-gerakkan. Dia menyedari yang mata isterinya sedang berkaca, menahan rasa dari tadi.

"Aku datang sini sebab ada majlis kesyukuran. Jangan hina Aisy, walaupun kau tahu pasal latar berlakang dia." Renungan yang tajam diberikan oleh lelaki itu terhadap Puteri. Tertunduk-tunduk wajah gadis itu, takut hendak bertentang mata.

"Habiskan sekarang apa lagi yang kau nak cakap. Cakap depan aku." Sambung Khalaf lagi.

"Ta-takda, Put pergi dapur du-dulu." Tergagap gadis itu bertutur. Lantas kakinya laju menjauhi ruangan tersebut.

Terdiam serta merta mereka yang berada di situ. Rezza hanya diam membisu, membiarkan sahaja anak perempuannya ditegur oleh Khalaf. Sekilas wajah sayu Aisy dipandang. Hanya menunggu air matanya jatuh saja pada ketika itu.

"Hang pi bawa Aisy masuk dalam bilik, Khalaf. Berehat." Hajah Rossila memecahkan suasana yang sepi beberapa minit yang lalu tadi. Wanita tua itu memahami keadaan Aisy.

Khalaf mengangguk perlahan. Wajahnya masih menegang menahan marah, nasib saja Puteri terlebih dahulu beredar dari situ.

"Come sayang." Khalaf menghulurkan tangan kanannya buat Aisy.

Aisy hanya menurut, sambil dia menyambut huluran tangan suaminya. Lantas automatik gadis itu bangun. Lengan halusnya ditarik lembut.

Setiap langkah suaminya di ikuti, tetapi pada waktu itu air matanya sudah jelas membasahi pipi. Tidak dapat Aisy menahan tangisnya, lagi-lagi perlian yang dilontarkan tadi berkaitan dengan arwah ibu dan ayahnya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now