°∘∘12∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Siapa kata aku takda perasaan dekat kau-- " Ringkas lelaki itu menjawab.

Terdiam serta merta Aisy pada ketika itu. Cuba memahami apa yang disampaikan. Wajah Khalaf yang mendatar itu direnung lembut. Tenungan antara mereka itu membuatkan diri Aisy berfiikiran melayang entah kemana, sehinggakan matanya pada ketika itu mula berkaca.

"Aisy?" Terkejut Khalaf melihat wajah sayu gadis itu.

"Kalau ayah dengan ibu masih hidup, mesti diorang rasa bersalah sebab orang yang mewah macam awak ni---"

"Sa-sanggup jadikan perempuan yang susah macam saya sebagai seorang isteri.." Sambung Aisy lagi. Pada ketika itu, air mata mula berjurai membasahi pipi mulusnya. Mengenangkan nasib diri, sebagai anak sulung perempuan juga anak yatim piatu, malah sebatang kara menjaga adik - adiknya.

Dengan pantas, Khalaf bertindak bangun lalu mendekati Aisy. Lelaki itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu. Jarak dudukan antara mereka pada ketika itu ibarat hanya beberapa jengkal sahaja.

"Tapi aku takkan sia-siakan anak perempuan diorang ni--"

"Please, I want to takecare of you, forever. Don't put your trust on me honey, but I'll prove it." Lembut nada suara yang digunakan oleh Khalaf.

Renungan yang lama antara mereka berdua bertentang mata. Setiap ayat yang dikeluarkan oleh lelaki itu sentiasa membuatkan diri Aisy berasa tenang.

Air mata masih lebat membasahi pipi, tapi entah mengapa pada ketika itu automatik bibir Aisy mengukir senyumannya yang manis. Sehingga jelas lesung pipitnya kelihatan.

"Aku suka lesung pipit tu--"

Tergelak kecil Aisy pada ketika itu mendengar ayat tersebut. Gadis itu menyeka air matanya, lembut.

"Saya percayakan Farrel."

"Good, lap air mata."

"Aku akan bincangkan dengan mama untuk buat majlis doa selamat arwah ibu ayah kau dan Sumayyah, okay?" Sambung Khalaf lagi. Rambutnya diraupkan keberlakang bersama riak wajahnya yang tenang.

"Okay Farrel.." Ringkas Aisy menjawab. Kepalanya laju mengangguk menandakan setuju.

Mengambil masa seminggu sahaja segala urusan pernikahan mereka dilakukan. Dan semuanya Khalaf serahkan pada Tengku Rossa. Dalam masa yang sama dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Jika apa yang Khalaf rasakan sekarang dalam dirinya ini dibalas oleh seorang gadis bernama Aisy Melina, maka akan dia pastikan hanya nama gadis itu sahaja yang diselitkan dalam doanya sehingga hujung nyawa.

Jika apa yang Khalaf rasakan sekarang dalam dirinya ini dibalas oleh seorang gadis bernama Aisy Melina, maka akan dia pastikan hanya nama gadis itu sahaja yang diselitkan dalam doanya sehingga hujung nyawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan hanya satu lafaz akad nikah, Khalaf Farrel dan Aisy Melina sah menjadi pasangan suami isteri.

Hari pernikahan dijalankan di rumah agam Tengku Rossa. Ramai yang hadir pada ketika itu, tiada seorang pun yang dikenali oleh Aisy.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now