°∘∘11∘∘°

Mulai dari awal
                                    

Selama beberapa minit berada di atas jalan raya yang sibuk itu, akhirnya destinasi yang dituju sampai jua. Kereta yang dibawa, telah dipakir oleh Khalaf di sudut khas perkarangan rumah Tengku Rossa.

"Aku dah cakap Ev, tengok kereta tu--" Anak mata Khalaf merenung tepat ke arah sebuah kereta yang terletak di tempat yang sama. Ternyata betul tekaannya, Tengku Rossa mengajak anak lelakinya datang, disebabkan ada sesuatu.

"Ikut plan. Kau masuk dulu layan Ku Ros. Dengar je apa diorang borak. Then incase bila masuk je part Ku Ros suruh dia jadi menantu, kau elak cepat-cepat.

"Lastly, barulah aku masuk bawak Aisy." Panjang lebar luahan yang diberi oleh Evren, menenangkan sahabatnya yang sedang resah itu.

"Go bro. Takda apa punyalah. Ku Ros baik kot."

Khalaf hanya diam membisu. Renungannya lama menghadap stering kereta. Lelaki itu menghembus nafas berat. Pintu kereta dibuka, sebelum kakinya melangkah keluar dari perut kereta, sekilas wajah Aisy direnungnya.

Evren memerhati sahabatnya seorang itu sedang melangkah mendekati pintu masuk. Sekarang, hanya Aisy dan Evren berada di dalam perut kereta mewah tersebut.

"Aisy? Are you okay?" Evren tersenyum nipis melihat Aisy yang dibelakang sedang terkebil-kebil, anak matanya kusyuk memerhati di setiap penjuru luar rumah agam tersebut.

"Ini rumah siapa?" Perlahan Aisy menyoal.

"Rumah Tengku Rossa. Mama Khalaf."

"Tapi apa kita buat dekat sini? Saya.."

"Jangan risau, Aisy. Just wait a few minutes. Nanti aku bawa kau masuk dalam—"

"Hah?" Berkerut dahi Aisy pada ketika itu. Seriuslah aku kena masuk? Dengus hatinya. Kedudukannya yang tersandar kemas tadi dengan automatik sekarang berada dekat di tepi kedudukan Evren di seat hadapan.

Ketawa kecil Evren pada waktu itu, menyedari yang Aisy mendekatinya. Malah wajah Aisy pada saat itu sungguh penuh dengan tanda tanya, terkial-kial.

 Malah wajah Aisy pada saat itu sungguh penuh dengan tanda tanya, terkial-kial

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"I'm done. Farrel nak balik." Selamba Khalaf bangun seraya kakinya laju melangkah menjauhi meja makan. Meninggalkan Tengku Rossa dan gadis yang bernama Lily berdua sahaja.

"Lily dah habis makan? Mari kita kedepan." Tengku Rossa mengukir senyuman kelat. Kalau di ikutkan hati hendak saja dia memarahi anak lelakinya seorang itu.

"Da-dah aunty.." Tergagap Lily bertutur, berasa janggal. Diperhatikan saja setiap langkah Khalaf menjauhi ruangan tersebut.

Tengku Rossa bangun lantas turut mengatur langkah ke ruang tamu. Lily hanya mengikut dari berlakang.

Sistem penglihatan Tengku Rossa dipaparkan dengan figura anak lelakinya sedang ralit menonton TV. Wanita itu melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa empuk berhadapan dengan Khalaf. Lengan Lily ditarik lembut agar turut duduk bersebelahan dengannya.

FARREL'S BOO©️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang