°∘∘11∘∘°

Começar do início
                                    

"Ikut aku balik sekali."

"Hah? Untuk apa?" Terangkat kening Evren mendengar pernyataan dari sahabatnya.

"I think she looks like something's wrong. Siap ajak datang makan lepastu cakap lembut je dengan aku."

"Mama kau mana pernah marah-marah gila."

"Kalau takda perempuan dalam rumahni, sekarang jugak aku tembak kepala kau tu."

"Bagi lah pendapat. Kut-kut pergi kang, mama ada ajak someone ke.."

Melihat wajah mencebik Khalaf membuatkan Evren tertawa kuat pada waktu itu.

"Someone? Maksud kau?" Evren menghabiskan sisa tawanya sambil secawan jus oren diteguk perlahan.

"Lily.." 

"Oh damn--" Tercengang Evren mendengar nama perempuan yang disebut oleh Khalaf tadi.

"Mama kau da hlama nak dia jadi menantu. So, what's your plan? Takkan kau taknak pergi."

"Kau nak tolong aku Ev?" Wajah Khalaf yang tadinya masam kini serta merta berubah.

Melihat Evren mengangguk laju tanda setuju, Khalaf mengukir senyuman sinisnya.

"Dah siap?" Khalaf dari tadi leka menilik iPhone-nya di luar rumah, berhadapan dengan pintu utama

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

"Dah siap?" Khalaf dari tadi leka menilik iPhone-nya di luar rumah, berhadapan dengan pintu utama. Lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Aisy yang baru saja melangkah keluar dari pintu tersebut.

"Ikut aku.." Laju Khalaf mengatur langkah hendak ke kereta mewahnya. Dibiarkan saja Aisy yang terkebil-kebil mengikut langkahnya dibelakang.

Pintu perut kereta belakang dibuka perlahan oleh Khalaf. Lantas Aisy masuk ke dalam tanpa membantah. Lelaki itu kembali menutup pintu kereta sebelum kakinya melangkah ke pintu bahagian memandu pula. Selesai mereka semua masuk ke dalam perut kereta...

Hairan Aisy melihat ada seorang lelaki yang duduk bersebelah dengan seat Khalaf. Lelaki itu tampak sangat akrab dengan Khalaf.

Namun hatinya kuat mengatakan bahawa mungkin lelaki itulah kawan baik Khalaf yang dimaksudkan oleh Fareez kelmarin.

Kereta mewah milik Khalaf mula meluncur keluar dari perkarangan rumah agam tersebut. Rumah Tengku Rossa hendak dituju memandangkan jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9:40 pagi. Bermakna masih ada waktu tersisa untuk memulakan perjalanan.

"Lei è bellissima, Khalaf--" (She's beautiful, Khalaf)

"Yea, more than you know."

Beberapa kali Aisy cuba untuk memahami apa bahasa yang digunakan oleh Evren. Gadis itu hanya membisu sambil telinganya fokus mendengar apa yang dibualkan oleh mereka pada ketika itu.

FARREL'S BOO©️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora