Khusyuk aku mengurut kakinya sampaikan dia tertidur pun aku tak perasan. Aku baru sahaja nak bercakap terus tak jadi nak sambung sebab tengok dia lena tidur.

"Okay dah siap , a-" , aku tersenyum melihatnya sudah tertidur itu. Mungkin penat sangat kot tadi berjalan kehulu-kehilir. Lagi satu dia pakai kasut tinggi jadi memang penat dia tu teramat lah kot. Aku hanya membiarkan dia tidur sementara aku mengemas semua barang-barang yang dia gunakan. Setelah selesai terus sahaja aku menutup televisyen dan membetulkan posisi baringnya itu. Takut tersalah baring nanti sakit pula yang dia dapat. 




Kaeyla pov : 


     "Ah awak tolong bawakan barang-barang tau saya nak masuk dulu" , selamba sahaja aku mengarahkan si Rin mengangkan barang-barangku itu while me meluru masuk rumah dia macam aku ni maám besar pula. Masuk sahaja dalam rumah terus aku menghampiri sofa dan menghempaskan badanku disitu. "Ya allah sedapnya dapat baring~~" , kataku sambil mengusap-usap bantal yang kini sudah pun berada di tanganku itu. Kalau mahu ikutkan hati nak sahaja aku tidur disitu tapi nanti kalau Rin yang angkat aku hmmmm tak jadi lah aku nak tidur. Baik aku masuk bilik sekarang juga. Terus sahaja aku bangun daripada pembaringanku dan menuju ke bilikku. Baru sahaja aku mahu hendak menutup pintu untuk menukar pakaianku tiba-tiba Rin datang membawa segala barangan shoppingku. Terkejut aku dibuatnya.

"Thanks and sorry kalau menyusahkan. Saya buat tuan macam kuli saya pula harini" , kataku lalu menundukkan pandangan.

"It's okay baby girl~Sikit jer ni. Tak menyusahkan pun. And ya after this don't need to call me 'tuan' , just call me Rin okay? If we're in the office then baru awak kena panggil saya tuan. Faham??" , katanya sambil tersenyum melihatku sebelum terus keluar dan membantuku untuk menutup pintu sekali. Kejap. Awat dia cakap macam tu?? Bukan dulu dia yang beria suruh aku panggil dia tuan ke? Dah sekarang ni lain pula. Adeh penat ah aku dengan dia ni. Ah lantak lah. Kaeyla baik kau mandi tukar baju sekarang. Lepas ni kau dah boleh rehat. Haish.


    Usai mandi , terus sahaja aku terjun ke atas katilku. Woah sedapnya dapat baring. Nikmat dia tak terkata. Baru sahaja aku hendak tidur aku teringat pasal story yang Mikaeyla cerita tadi. Terus tak jadi aku nak lelapkan mataku. Rin nak kawin dengan aku?? Eh please no lah. Dia tu kan mafia. Italian lak  tu. Mesti lah dia bukan Islam kan mesti kena covert dulu sebelum nak kawin dengan aku. But.....dia nak ke?? Eh tak mungkin lah dia nak convert. Mesti parents dia tak bagi kan? But tu keputusan dia parents dia pun tak leh nak buat apa. Arghhhh serabutnya kepala fikir pasal dia ni. Eh please aku masih muda. Biarlah si Aurora tu kawin dulu. Kenapa aku?? Banyak lagi benda yang aku nak buat. Kalau aku kawin mesti dah tak dapat freedom. 24 hours kena hadap dia jer. Apa benda ni? Apa benda ni tak nakk tak nakk!!! Okay relax Kaeyla. Dia tak kenal kau and kau pun baru jer kenal dia. So tak ada sebab dia nak masuk minang kau tetiba , okay? Dah sekarang ni baik kau tidur. Eh jap aku dah kemas rumah dia ke belum ni?? Ah sudah. Terus sahaja aku bangun daripada pembaringanku dan masuk ke dalam tandas untuk menukar pakaian. 


   Terlihat semuanya dalam keadaan yang bersih dan kemas. Oh aku lupa lah ni yang aku dah kemas rumah dia. Haish buat penat jer kau tukar baju Kaeyla. Eh wait. Baik aku check tingkat atas. Mana tahu aku still tak bersihkan ke?? Naya aku nanti. Kang tak pasal-pasal dia paksa aku kawin dengan dia. Ah sudah. No no please don't. Bergegas aku menaiki tangga untuk menuju ke tingkat atas. Ah kan aku sudah agak aku hanya bersihkan yang bawah sahaja. Untung sahaja aku ingat untuk mengecheck ke atas. Tanpa berlengah lagi terus aku memulakan tugasku. Rin? Entah jangan tanya aku. Aku bukan wife dia. 

Unexpected love (malay)Where stories live. Discover now