°∘∘6∘∘°

Start from the beginning
                                    

Memandangkan tiada respon yang diberikan oleh Khalaf dari tadi, dia terus melangkah menjauhi ruangan tersebut. Meninggalkan Khalaf seorang diri.

Khalaf duduk di salah satu kerusi pelawat di luar wad peribadi yang menempatkan Harizz. Rasa bersalah menghurungi dirinya pada waktu itu.

"Awak-"

"Doktor cakap apa?"

Tersentak Khalaf apabila menyedari yang Aisy baru saja melangkah mendekati ruangan itu. Dia mengalihkan pandangannya pada wajah kerisauan Aisy yang masih tertanya-tanya.

Perlahan-lahan Khalaf bangun lantas mendekati Aisy. Wajah polos gadis itu direnung penuh sayu hatinya. Bagaimana dia hendak memberi tahu perkara sebenar, sudahlah pula disebabkan kemalangan pada malam kelmarin, Aisy Melina kehilangan adik perempuan kesayangannya buat selama-lamanya.

"Kenapa muka awak macamni?"

"Awak, cakapla!?"

Jelas wajah Aisy tampak sangat resah pada waktu itu. Hatinya mula bercelaru. Melihat wajah teragak-agak Khalaf lebih membuatkan dia berasa ada perkara buruk yang telah di khabarkan oleh doktor.

"Aa-adik kau.." Tergagap Khalaf bertutur.

"CAKAP LA?!" Semakin kasar suara yang dilontarkan oleh Aisy.

"Sumayyah.. dia dah takda," Khalaf hanya berterus terang akan hal tersebut.

Terjatuh dua cawan air coklat yang masih panas dari pegangan Aisy. Serta merta dia diam, sepatah perkataan pun tiada yang dikeluarkan lagi.

Hanya Tuhan yang tahu bertapa peritnya berita yang disampaikan oleh Khalaf itu buat Aisy. Tidak pernah yang dia sangkakan hanya pada malam sebelum kemalangan itu berlaku lah, kali terakhir Aisy dapat meluangkan masa bersama Sumayyah.

Tiga orang insan yang penting di dalam hidupnya, telahpun pergi buat selama-lamanya. Ibu, ayah dan Sumayyah.

Aisy membiarkan sahaja air yang tertumpah ke lantai tadi. Air matanya automatik keluar, membasahi pipi. Hanya wajah kesal Khalaf direnung penuh sakit hati.

Aisy sedar, bahawa itu ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan buat adik perempuannya. Jikalau bukan disebabkan Sumayyah melulu saja melintas jalan seorang diri pada malam itu, sehingga menyebabkan Khalaf tanpa sengaja melanggar tubuh si kecil, tetap jua Sumayyah akan menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini.

"Ya Allah apa aku buat ni?"

"Arghh.."

Terduduk Aisy di atas lantai. Bahunya terhincut akibat tangisnya semakin teresak-esak. Bercelaru fikirannya pada waktu itu.

"Awak tipu kan!" Jerit Aisy.

Khalaf menggelengkan kepalanya laju. Walaupun hatinya tidak senang melihat tangisan yang dikeluarkan oleh Aisy pada waktu itu, riak wajahnya masih tampak beku.

Tersentak Khalaf apabila Aisy bertindak bangun dari duduknya tadi lantas memegang kolar leher di bajunya. Aisy merentap kasar kolar tersebut.

"Saya..."

"SAYA TAKKAN MAAFKAN AWAK!"

"ADIK SAYA MATI SEBAB AWAK"

Khalaf hanya biarkan Aisy menampar dada bidangnya yang berlapikkan kemeja putih yang dipakainya itu. Sekuat mana pun tamparan yang diberikan, sedetik pun tubuhnya tidak bergerak.

"Awak tahu tak, saya dah janji dengan ibu dan ayah saya. Yang saya akan sentiasa lindungi Sumayyah--"

"HAA..HAHH.."

Semakin kuat suara yang dilontarkan oleh Aisy semakin kuat tamparannya pada dada Khalaf.

Tanpa sepatah perkataan yang dikeluarkan oleh Khalaf, dia menggenggam kedua-dua tangan kecil Aisy. Genggaman tersebut membuatkan Aisy berhenti dari mengamuk lebih lagi.

Beberapa saat Khalaf mengeratkan genggamannya pada tangan Aisy, gadis itu serta merta menghentikan rontaannya tadi. Aisy diam tidak bergerak, tetapi tangisannya masih teresak-esak.

"Diam jangan nangis." Khalaf dengan spontannya mengesat air mata Aisy, berlapikkan selendang yang dipakai oleh gadis itu.

"Macam mana adik lelaki kau nak jumpa kau, kalau dia tengok kau menangis macam ni--" Sisa air mata Aisy dikesat sehingga selesai walaupun bahu gadis itu masih terhincut.

Aisy perhatikan saja setiap perbuatan Khalaf. Wajah tenang lelaki itu ditatap penuh sayu. Matanya sembab.

"HaHarizz.." Lembut nada suara Aisy apabila Khalaf menyebut tentang adik lelakinya.

"Shh.."

"Balik dulu, nanti kita datang ambil dia. Besok dah boleh discharge." Kedengaran jelas suara serak basah Khalaf. Dapat menenangkan diri Aisy pada ketika itu.

Fareez, anak buah kepada Khalaf Farrel baru saja melangkah mendekati ruangan tersebut. Terdiam seraya terhenti pergerakannya apabila melihat Tuan Mudanya berlembut dengan Aisy. Apa yang dah jadi ni? Macam mana Tuan Muda boleh pujuk perempuan? Pelbagai soalan yang bermain di dalam fikiran lelaki itu.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now